FC Crotone
Football Club Crotone merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Crotone, Calabria. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1910 dan beraksi di gelanggang Stadio Ezio Scida, yang memuatkan 16,547 tempat duduk. Crotone saat ini beraksi di Serie A selepas layak dari Serie B pada 2016.
Fail:FC Crotone Logo.png | ||||
Nama penuh | Football Club Crotone | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | I Pitagorici (The Pythagoreans) Gli Squali (The Sharks) I Rossoblu (The Red and Blues) | |||
Diasaskan | 1910 | |||
Stadium | Ezio Scida (Kapasiti: 16,547) | |||
Pengerusi | Gianni Vrenna[1] | |||
Pengurus | Walter Zenga | |||
Liga | Serie A | |||
2016-17 | Serie A, ke-17 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Warna-warna kelab ini ialah warna biru gelap dan merah.
Sejarah
suntingMilone Crotone telah ditubuhkan pada tahun 1910 dan mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan liga kecil termasuklah Prima Divisione (kemudian dikenali sebagai Serie C). Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sebuah kelab baru, Unione Sportiva Crotone menggantikan kelab lama dan beraksi selama tujuh musim di Serie C.
Pada tahun 1963, kelab ini disingkirkan ke Serie D tetapi kembali ke divisyen ketiga pada tahun seterusnya. Mereka kekal selama 14 musim berturut-turut. Pada tahun 1977, mereka terlepas kelayakan ke divisyen kedua apabila menamatkan saingan di tangga ketiga di belakang Bari dan Paganese. Pada tahun 1978 iaitu selepas penyusunan semula sistem liga bola sepak Itali, Crotone disingkirkan ke Serie C2 dan pada tahun berikutnya, kelab ini mengisytiharkan bankrup. Sebuah kelab baru, Associazione Sportiva Crotone mula bersaing tetapi dari Prima Categoria (divisyen kelapan).
Crotone layak ke Serie C2 pada 1984–85 tetapi untuk hanya satu musim. Nama kelab ini turut berubah kepada Kroton Calcio dan mereka layak sekali lagi ke Serie C2 selepas musim 1986–87. Kelab ini beraksi di divisyen tersebut hingga 1991. Kelab ini menghadapi kebankrapan kedua dalam sejarahnya sekali gus menjurus kepada penubuhan Football Club Crotone Calcio dan Raffaele Vrenna sebagai pengerusi kelab. Mereka bersaing bermula di Promozione (divisyen ketujuh). Tuah memihak kepada Crotone apabila merekea layak ke Serie C2 dan C1 selepas memenangi perlawanan play-off menentang Locri dan Benevento.
Di bawah kendalian Antonello Cuccureddu, Crotone melangkah ke Serie B buat pertama kali pada tahun 2000. Namun, mereka tidak bertahan lama namun kembali ke divisyen kedua tersebut dua musim kemudian. Pada tahun 2004, selepas tewas kepada Viterbese dalam perlawanan kelayakan ke Serie A, mereka kekal beraksi di Serie B hingga musim 2006-07.
Crotone layak ke divisyen teratas Itali, Serie A buat pertama kali dalam sejarahnya pada musim 2016-17.[2] Mereka menamatkan musim pertamanya di carta ke-17 liga sekali gus kekal dalam saingan buat musim depan selepas menewaskan Lazio 3–1 pada hari terakhir musim sementara Empoli tewas kepada Palermo dalam perlawanan terakhirnya.
Pemain
suntingSkuad semasa
sunting- Sehingga 6 September 2017.[3]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pemain dipinjam
suntingNota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pengurus
sunting- Antonio Bacchetti (1954–55)
- Bruno Giordano (1996–97)
- Antonello Cuccureddu (1999–01)
- Giuseppe Papadopulo (2000–01)
- Antonio Cabrini (2001)
- Stefano Cuoghi (2001–02)
- Franco Selvaggi (2002)
- Gian Piero Gasperini (2003–06)
- Andrea Agostinelli (2004–05)
- Elio Gustinetti (2006–07)
- Guido Carboni (2007)
- Francesco Moriero (2008–09)
- Franco Lerda (2009–10)
- Leonardo Menichini (2010)
- Eugenio Corini (2010–11)
- Leonardo Menichini (2010–12)
- Massimo Drago (2012–15)
- Ivan Jurić (2015–2016)
- Davide Nicola (2016–2017)
- Walter Zenga (2017–)
Catatan
sunting- ^ "Società" (dalam bahasa Italian). F.C. Crotone. Dicapai pada 25 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Crotone promoted to Serie A for first time in their history". espnfc.com. 29 April 2016. Dicapai pada 1 May 2016.
- ^ La rosa del F.C. Crotone Prima squadra
Pautan luar
sunting- Official website (Itali)