Kediri
Kediri merupakan sebuah kerajaan Hindu yang berpusat di Jawa timur dari tahun 1045-1221.
Pada tahun 1045, Airlangga memecahkan kerajaan Kahuripan kepada dua kerajaan berasingan iaitu kerajaan Janggala dan kerajaan Kediri. Dia meninggal dunia empat tahun kemudian. Pada tahun 1068, Virarajendra raja Chola menawan Kedah daripada Srivijaya. Tentera Chola terus-menerus melakukan serangan ke atas wilayah-wilayah di Kepulauan Melayu. Walaupun serangan tentera Chola tidak membuahkan hasil namun Srivijaya menjadi lemah dan menyebabkan banyak kerajaan-kerajaan tumbuh selepas itu.
Kediri memungut hasil rempah daripada wilayah-wilayah naungan atau jajahannya di selatan Kalimantan dan di Kepulauan Maluku. Pedagang-pedagang dari India dan Asia Tenggara mengimport rempah-rempah ke Mediterranean dan China. Pada tahun 1117, Kamesvara menjadi Raja Kediri dan memerintah sehingga tahun 1130. Dia mengahwini seorang puteri dari Janggala dan mengabungkan dua kerajaan itu yang ditubuhkan oleh Airlangga.
Pada tahun 1135, Joyoboyo menaiki takhta kerajaan Kediri dan memerintah sehingga 1157. Kediri tumbang pada tahun 1221 apabila Ken Agrok menewaskan tentera Kediri di dalam Perang Genter. Dia kemudiannya mengasaskan Singhasari.