Lambor Kanan
Lambor Kanan dan 'Lambor Kiri' adalah sebuah kampung atau pekan yang terletak di Parit, Perak. Lambor Kanan dan Lambor Kiri dipisahkan oleh Sungai Perak. Kedua-duanya dihubungkan oleh sebuah jambatan yang telah siap pembinaan dan mula digunakan pada bulan Oktober 2020. Lambor Kanan terletak di sebelah kanan Sungai Perak dan lebih maju. Sementara Lambor Kiri terletak di sebelah kiri Sungai Perak. Lokasi koprdinat GPS Pekan Lambor Kanan adalah di kedudukan 4°16'28.3"N 100°54'14.4"E (Balai Penghulu Mukim Lambor Kanan).
Antara tokoh kelahiran Lambor Kanan ialah Abdullah C.D dan Ahamad Hambal Yop Majlis.