Portal:Hal semasa/Julai
2018
- India membuka tirai Patung Perpaduan (gambar), patung tertinggi di dunia dengan 182 m (597 ka), menggambarkan timbalan perdana menteri pertamanya, Vallabhbhai Patel.
- Penerbangan 610 Lion Air terhempas di luar pantai Jawa, Indonesia, mengorbankan kesemua 189 orang anak kapal dan penumpang.
- Jair Bolsonaro dipilih sebagai Presiden Brazil.
- Boston Red Sox memenangi Siri Dunia Besbol.
- Satu kejadian tembakan di sebuah saumaah membunuh 11 orang di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
- Taufan Yutu menjadi siklon tropika paling kuat direkodkan di Kepulauan Mariana, seterusnya mengorbankan 6 orang.
- Sahle-Work Zewde menjadi wanita pertama yang menjadi Presiden Habsyah.
2017
- Satu pengeboman di Lahore, Pakistan mengorbankan 25 orang dan 53 yang lain.
- Jordan Spieth memenangi Kejuaraan Terbuka dalam sukan golf.
- Piala Dunia Kriket Wanita berakhir dengan England mengalahkan India dalam perlawanan akhir.
- Pelumba basikal, Chris Froome memenangi Tour de France 2017.
- Ram Nath Kovind dipilih sebagai Presiden India ke-14.
- Ahli matematik Iran, Maryam Mirzakhani, wanita pertama yang menerima Pingat Fields, meninggal dunia pada umur 40 tahun.
- Penerima Hadiah Nobel Keamanan 2010, bekas tahanan dan aktivis politik, Liu Xiaobo meninggal dunia pada usia 61 tahun.
- Bekas Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva dijatuhi hukuman penjara selam sembilan setengah tahun di atas skandal rasuahnya.
- Sebuah bongkah ais terbesar yang meliputi kira-kira 5,800 km2 (2,200 meter persegi), mencair dan hanyut dari kawasan Larsen C di Antartika.
- Sekurang-kurangnya 23 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 26 lagi cedera dalam satu serangan bom bunuh diri berhampiran pos pemeriksaan tentera di utara Sinai, Mesir.
- John Terry disahkan mengikat kontrak selama setahun dengan kelab Aston Villa F.C.
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Julai, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 4 Julai Dalam perlawanan bola sepak, Chile berjaya menumpaskan Argentina dalam pusingan akhir Copa América.
- 4 Julai Ahli sains mengumumkan penemuan Kepler-452b, planet luar suria berpotensi yang pertama berada dalam zon boleh didiami bintang seperti Matahari.
- 28 Julai Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan digantikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2014
- Penerbangan 5017 Air Algérie, dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, terhempas di Mali dengan 116 orang di dalamnya.
- Sukan Komanwel XX bermula di Glasgow, Scotland.
- Penerbangan 222 TransAsia Airways terhempas di pulau Penghu Taiwan, mengorbankan 48 orang di dalamnya.
- Joko Widodo secara rasmi terpilih sebagai Presiden Indonesia.
- Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- Taufan Rammasun mengorbankan lebih 110 orang di Filipina dan China.
- Piala Dunia FIFA berakhir dengan Jerman mengalahkan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir, manakala Miroslav Klose (gambar) menjadi penjaring gol terbanyak piala ini dalam sejarah.
2013
- Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.
- Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
- Kemalangan kereta api (gambar) di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengorbankan 78 orang.
- Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
- Selepas ayahandanya Albert II makzul, Philippe (gambar) menjadi Raja Belgium.
- Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
- Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
- Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.
- Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
- Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.
- Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah.
2012
- Perenang A.S. Michael Phelps memecah rekod tahun 1964 oleh Larisa Latynina bagi jumlah pingat Olimpik paling banyak.
- Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
- Upacara pembukaan Sukan Olimpik (gambar) dijalankan di London.
- Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dan askar kerajaan Tajik di Gorno-Badakhshan.
- Presiden Ghana John Atta Mills meninggal dunia pada usia 68 tahun dan digantikan oleh Naib Presiden John Dramani Mahama.
- Pranab Mukherjee terpilih sebagai Presiden India.
- Seorang lelaki membunuh 12 orang dan mencederakan 58 lagi ketika satu tayangan filem di Colorado, A.S.
- Pelakon dan penerbit filem Bollywood Rajesh Khanna meninggal dunia pada usia 69 tahun.
- Nkosazana Dlamini-Zuma (gambar) terpilih sebagai wanita pertama mengetuai Suruhanjaya Kesatuan Afrika.
- Palang Merah mengisytiharkan pemberontakan Syria sebagai perang saudara, mencetuskan pemakaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- Putera Mahkota Tonga Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini Sinaitakala Fakafanua di Nukuʻalofa.
- Ahli astronomi mengumumkan penemuan S/2012 P 1, bulan kelima Pluto.
- Lebih 160 orang maut dalam banjir kilat di Jajahan Krasnodar, Rusia.
- The Shard (gambar) di London dirasmikan sebagai bangunan tertinggi Eropah, dengan ketinggian 310 meter (1,020 ka).
- CERN mengumumkan penemuan zarah baharu dengan sifat sejajar boson Higgs dengan ujikaji menggunakan Pelanggar Hadron Besar.
- Parlimen Eropah mengundi menolak perjanjian Anti-Counterfeiting Trade Agreement.
- GlaxoSmithKline mengaku bersalah terhadap dakwaaan jenayah penipuan penjagaan kesihatan dan didenda rekod AS$3 bilion.
- UEFA Euro 2012 tamat dengan Sepanyol menewaskan Itali bagi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Eropahnya.
2011
- Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama, pusat pemberontakan Syria, mengorbankan lebih 260 orang.
- Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
- Ollanta Humala (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru.
- Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri.
- Dua kereta api laju tinggi berlanggar dan tergelincir berhampiran Wenzhou, China, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.
- Dua serangan di Norway—pengeboman di Oslo dan penembakan di Utøya—menyebabkan lebih 76 orang maut.
- Bolak-balik angkasa lepas Atlantis menamatkan misi terakhirnya (gambar), mengakhiri program Space Shuttle 30 tahun.
- PBB mengisytiharkan kebuluran di selatan Somalia.
- Goran Hadzic ditahan di Serbia, menjadi orang terakhir yang didakwa oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia ditangkap.
- Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula dan diambil gambarnya buat pertama kali.
- Skandal godam telefon News International berterusan dengam bekas editor Rebekah Brooks ditangkap.
- Serangkai pengeboman di Mumbai membunuh lebih 19 orang dan mencederakan 130 lagi.
- Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai (gambar) dibunuh.
- Kapal persiaran Bulgaria karam di Sungai Volga di Tatarstan, Rusia, menyebabkan 129 orang maut atau hilang.
- Kejohanan Bola Jaring Sedunia berakhir dengan Australia menewaskan New Zealand untuk kejuaraan ke-10nya.
- Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.
- Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dalam penerbangan STS-135, misi terakhir program Space Shuttle.
- Sesuai dengan keputusan pungutan suara, Sudan Selatan (gambar bendera) berpisah dari Sudan, menjadi negara berdaulat terbaharu.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang, Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
- Dalam pilihan raya umum Thai, Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck Shinawatra mendapat kemenangan besar menewaskan Parti Demokrat pimpinan PM Abhisit Vejjajiva.
- Perkahwinan Albert II, Putera Monaco dan Charlene Wittstock dilangsungkan di Monaco.
2010
- Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan.
- Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
- Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.
- Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon (gambar).
- Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- Piala Dunia FIFA (gambar bola) berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.
- Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.
- Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski (gambar) memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.
- Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
- Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan sebuah lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.
- Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.
- Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.
2009
- Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawi darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
- Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama (gambar sesi pembukaan).
- Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan, China.
- Susilo Bambang Yudhoyono terpilih semula sebagai Presiden Indonesia.
- Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
- Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- Sekurang-kurangnya 192 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Republik Rakyat China (gambar).
- Pertubuhan Negara-negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.
- Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (gambar bendera).
2008
- Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
- Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić (gambar) ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.
- Lebih seribu tentera Kemboja dan Thailand berkumpul berhampiran Kuil Preah Vihear, fokus pertikaian sempadan kedua negara itu.
- Tokoh pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
- Ahli Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean (gambar negara ahli).
- Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.
- Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
- Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
2007
- Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
- Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Hamid Karzai berdolak-dalih.
- Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- Menara Burj Dubai (gambar) menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya (gambar) di Yongbyon.
- Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda Jepun dan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif.
- Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.
2006
- Satu letupan berlaku di bandar Mumbai, India pada 11 Julai 2006, dan mengorbankan 200 nyawa dengan lebih 700 orang tercedera. Orang Islam mendakwa bahawa mereka mengalami diskriminasi dalam penyiasatan mencari dalang sebalik letupan.
- Selepas peristiwa tsunami di Aceh pada 2004, Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi dan tsunami yang berlaku berhampiran pulau Jawa. Pihak berkuasa Indonesia dikritik oleh sebab kegagalan mereka menyelamat penduduk dan sekaligus mencegah satu lagi tragedi.
- Korea Utara terus tegas dalam mengharungi kritikan antarabangsa oleh sebab pelancaran ujian peluru berpandunya.
2005
- 29 Julai: Ahli astronomi menemui sebuah objek trans-Neptun bernama 2003UB313 yang dikatakan sebagai planet kesepuluh.
- 7 Julai: Aktiviti keganasan yang dijangka berlaku di United Kingdom atas sebab sokongan tidak berbelah-bahaginya terhadap aktiviti hegemoni Amerika Syarikat akhirnya terjadi apabila sistem pengangkutan awam London telah dibom.
2004