Shilling adalah unit mata wang moden yang sebelumnya digunakan di Austria (Schilling) serta negara-negara Komanwel lain.

Sepasang kepingan shilling bertarikh 1933

Unit ini masih digunakan kini sebagai mata wang di empat negara Afrika Timur. Ia juga merupakan asal kepada terbentuknya perkataan "duit syiling" yang menggambarkan bentuk wang logam kecil (berbanding "wang kertas") dalam bahasa Melayu.

Penamaan

sunting

Perkataan shilling berasal dari bahasa Inggeris lama "Scilling", istilah wang bernilai seperdua puluh paun, dari akar Proto-Germanic skiljaną yang bermaksud 'memisahkan, membelah, membahagi', dari (s)kelH- 'memotong, memecah' (to cut, split). Perkataan ini pertama kali disebut dalam kod undang-undang Jermanik terawal dicatat pada zaman Raja Æthelberht yang memerintah Kent melalui perkataan scilling, ia dahulunya terpadan dengan nilai kepingan solidus yang wujud zaman purbakala lagi-lagi dengan adanya Empayar Rom Timur.

Sejarah penggunaan

sunting

Di United Kingdom

sunting
 
Shilling United Kingdom, 1853, ratu Victoria.

Ia merupakan sebahagian daripada sistem wang kecil yang pernah diterapkan dalam mata wang paun sterling United Kingdom: 1 paun bersamaan dengan 20 shilling, 1 shilling pula bersamaan dengan 12 penny atau setengah florin. Nilai mata shilling ini pula sering ditandakan dengan garis miring atau "/".

Sistem ini digunakan sehingga ia terganti semasa rancangan desimalisasi pada tahun 1971, nilai shilling pula disuaikan dengan kepingan 5 penny.

Di Afrika Timur

sunting
 
Negara-negara di Afrika yang ditandakan bermata wang shilling.

Semua jajahan dan naungan Empayar British di Afrika Timur merangkumi Somaliland, Kenya, Tanganyika, Uganda dan Zanzibar menggunakan mata wang ini pada 1920 menggantikan rupee dalam suatu kesatuan wang menggunakan shilling Afrika Timur. Negara Somalia yang merdeka hasil gabungan termasuk Somaliland British berpecah menggunakan mata wang sendiri iaitu shilling Somalia.[1]

Kesatuan ini terbubar pada tahun 1966 dan negara-negara anggotanya mewujudkan mata wang sendiri yang berkesinambungan iaitu:[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Description of Somalia shilling - URL retrieved 8 October 2006
  2. ^ Dissolution of the East African Monetary Union Diarkibkan 11 Mac 2007 di Wayback Machine - URL retrieved 8 October 2006

Pautan luar

sunting