Snek atau kudapan merupakan makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat. Makanan snek biasanya lazat tetapi kurang atau tidak berkhasiat dan penuh dengan lemak, gula dan garam. Makanan remeh (junkfoods) juga merupakan sejenis snek yang terdiri dari pelbagai jenis perasa tiruan yang berperasa seperti ayam, udang dan keju. Namun ia boleh terdiri dari sayur-sayuran seperti lobak dan sebagainya. Mereka yang sering memakan snek biasanya berisiko menjadi obes atau menghidap penyakit-penyakit seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Setengah makanan remeh pula mengandungi banyak karsinogen yang boleh mengakibatkan barah.

Snek