Sos tomato ialah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Bawang bombay, seleri dan sayuran lain juga sering ditambahkan ke dalam sos tomato.

Saus tomat

H. J. Heinz Company, Hunt's, Del Monte Foods, dan Brooks Ketchup merupakan nama pengedar sos tomato yang terbesar di Amerika Syarikat.

Sos tomato digunakan untuk kentang goreng, sandwic, dan lain-lain masakan ayam dan daging yang dipanggang atau digoreng. Campuran sos tomato dan mayones merupakan bahan utama sos salad yang disebut Thousand Island.

Sejarah

sunting

Asal-usul

sunting

Ketchup adalah sebutan dalam bahasa Inggeris untuk sos tomato yang disebut seperti kata kicap dalam bahasa Melayu. Asal-usul sos ketchup ialah sejenis sos yang sudah dikenali lama di Asia yang disebut "koe-chiap" or "ke-tsiap" dalam bahasa Hokkien di China. Pelaut Inggeris dan Belanda memperkenalkan sos cair berdasarkan ikan dari Asia yang disebut "catchup" ("ketchup") dan menambahkan pelbagai bahan lain agar sesuai dengan selera orang Eropah. Penambahan tomato ke dalam "kicap" mungkin merupakan inovasi orang Inggeris, walaupun pendapat lain mengatakan sos tomato adalah ciptaan orang Amerika.

Sos tomato pertama

sunting

Resipi sos tomat yang pertama dimuatkan dalam buku masakan di Amerika yang berjudul Sugar House Book pada tahun 1801. Sos tomato yang dibuat melalui resipi Sugar House Book rasanya sangat masin kerana memerlukan garam seberat 1 pound (453.59 gram) untuk menjadikan 100 buah tomato menjadi sos tomato. Pada tahun 1824, resipi "ketchup" muncul dalam buku resipi The Virginia Housewife oleh tukang masak terkenal abad ke-19 bernama Mary Randolph yang merupakan sepupu Thomas Jefferson.

Sos tomato perlahan-lahan menjadi popular di Amerika seiring dengan orang Amerika yang semakin menyukai tomato. Ketika itu sudah dijual sos tomato buatan petani tomato untuk memenuhi keperluan pasar tempatan. Jonas Yerks (Jonas Yerkes) kononnya merupakan orang yang pertama yang membuat sos tomato secara besar-besaran di Amerika Syarikat. Sos tomato buatan perusahaan Jonas Yerks sudah dijual secara meluas di seluruh negara pada tahun 1837. Jejak Jonas Yerks banyak diikuti kilang lain seperti F. & J. Heinz yang memulakan penghasilan sos tomato pada tahun 1876.

Kamus Webster's Dictionary terbitan tahun 1913 mentakrifkan "catchup" sebagai "table sauce made from mushrooms, tomatoes, walnuts, etc. [Written also ketchup]" (sos dari cendawan, tomato dan kacang walnut, juga ditulis sebagai ketchup).

Sos tomato moden muncul pada awal abad ke-20 akibat perdebatan Best Kitchen Equipments tentang penggunaan bahan pengawet sodium benzoat[1]. Harvey W. Wiley, dari Food and Drug Administration khuatir terhadap kesan benzoat terhadap kesihatan.

Inovasi sos tomato

sunting

Pada zaman dulu, sos tomato disimpan di dalam botol kaca yang membuatkannya susah dituang. Botol harus digoyang dahulu agar sos tomato boleh keluart kerana kepekatannya. Bungkusan kaca ini banyak digantikan dengan botol plastik yang boleh dipici.

Pada bulan Oktober 2000, Heinz memperkenalkan sos tomat berwarna hijau, ungu, merah jambu, oren, biru, dan hijau muda.[2] dengan menambahkan bahan pewarna makanan. Produk ini kurang mendapat sambutan hingga tidak lagi dihasilkan sejak bulan Januari 2006.[3]

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting