Teyonah Parris
Teyonah Parris (lahir 22 September 1987) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau memulai kerjayanya dengan memegang watak sebagai setiausaha Dawn Chambers dalam siri drama AMC Mad Men (2012–2015) dan membintangi filem bebas 2014 Dear White People. Sejak itu, Parris membintangi filem Spike Lee Chi-Raq, dalam lipur lafa A.S. Empire dan dalam filem pencalon Anugerah Akadem7 If Beale Street Could Talk. Pada tahun 2021, Parris paling dikenali dengan memegang watak sebagai Monica Rambeau dewasa dalam siri Marvel Cinematic Universe Disney+ WandaVision.
Teyonah Parris | |
---|---|
Kelahiran | Hopkins, South Carolina, A.S. | 22 September 1987
Pendidikan | Sekolah Juilliard (BFA) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2010–kini |
Parris dilahirkan dan dibesarkan di Hopkins, Carolina Selatan. Beliau diterima belajar di Sekolah Seni & Humaniora Gabenor Carolina Selatan di mana beliau menamatkan kelas 11 dan 12, sebelum menghadiri dan menamatkan pengajian di Sekolah Juilliard. Beliau membuat penampilan sulung televisyennya pada tahun 2010, dengan watak sebagai bintang undangan dalam The Good Wife. Pada tahun 2012, beliau menjayakan watak berulang sebagai Dawn Chambers dalam siri drama AMC, Mad Men.[1] Beliau melakonkan watak utama Afrika Amerika pertama dalam Mad Men.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Q&A – Teyonah Parris (Dawn)". amc.com. Dicapai pada 25 February 2015.
- ^ "Mad Men: Teyonah Parris Becomes First African American In Mad Men Office". Black Enterprise. Dicapai pada 25 February 2015.