Pergi ke kandungan

Susuk (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Susuk
GenreSeram
Misteri
Thriller
Ditulis olehAkhbar Hashim
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Dynas Mokhtar
Kazar Saisi
Razali Hussain
Lagu pembukaan"Ke Pangkuanmu" nyanyian Shima
Negara asal Malaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal19 April 2007 – 18 Oktober 2007
Kronologi
Diikuti olehAnak Pontianak

Susuk ialah tajuk bagi siri drama televisyen Malaysia pertama dalam slot Seram (Khamis, 9.30 malam) di TV3. Drama bersiri ini disiarkan sebanyak dua musim.

Sinopsis

Musim 1

Setelah mendapati suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain, Cinda yang sedang mengandung mengambil jalan keluar dengan bersusuk. Oleh itu, dia berjumpa dengan Dukun Degawan untuk menerima tujuh jenis susuk ke dalam badannya agar menjadi lebih cantik dan menawan. Bagaimanapun, Dukun Degawan menetapkan dua syarat kepada Cinda, iaitu Cinda tidak boleh bersembahyang sepanjang bersusuk, dan mesti menyerahkan anaknya kepada Dukun sebaik sahaja melahirkannya.

Susuk yang dipakai oleh Cinda nyata berkesan apabila suaminya kembali setia kepadanya, tetapi Cinda sendiri tidak sanggup melepaskan anaknya begitu sahaja, oleh itu dia perlu mencari jalan keluar dari urus janji yang dilakukannya bersama Dukun Degawan. Antara yang membantunya ialah Borhan, seorang wartawan yang tidak percaya dengan amalan susuk.

Musim 2

Farouk dan Borhan mula berubah sejak peristiwa pertempuran mereka ketika menentang Degawan pada musim pertama. Borhan menjadi lebih pendiam, mengasingkan diri dan membuat keputusan untuk menjadi penulis novel sepenuh masa walaupun dia mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat. Degawan pula dibawa ke sebuah kawasan tersembunyi bagi menyelamatkan diri. Selepas pulih, Degawan terus merancang untuk mencari Cinda dan Noni yang juga kunci kepada kekuasaan dan kekayaan yang diburunya. Berita kematian Cinda menyebabkan kemunculan sepupu arwah suami Cinda, Akhbar untuk mencari Cinda kerana tidak percaya akan kematiannya. Pada masa yang sama Borhan terus diekori ASP Tuah sebelum dirinya mati terbunuh. Akhbar memburu Kamal, waris tunggal Degawan di sebuah kawasan pedalaman dan berjaya menemuinya.

Kamal yang ditemuinya adalah seorang yang warak dan jujur dan tidak mahu bercerita tentang keburukan Degawan. Tuah pula terus menyiasat hubungan Borhan dan Farouk bagi mengetahui punca yang menyebabkan kematian Borhan. Sementara, Farouk yang dalam perjalanannya mencari Adam dan Noni pula bertemu dengan pelbagai kejadian pelik. Malah berita kematian Cinda membuatkan Degawan mengamuk dan beliau perlu mencari pengganti Cinda bagi memenuhi rancangannya. Pengganti Cinda seorang wanita cantik bernama Maya yang hadir selepas menerima arahan dari Degawan.

Pelakon

Musim 1

Musim 2


Pelakon Undangan

Dalam drama Susuk 1-2 setiap episod akan mengundang pelakon undangan sepanjang dua musim antara jayakan seperti dibawah

Musim 1


Musim 2