Radon
| ||||||||||||||||||||||
Umum | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama, Simbol, Nombor | radon, Rn, 86 | |||||||||||||||||||||
Siri kimia | Gas adi | |||||||||||||||||||||
Kumpulan, Kala, Blok | 18, 6, p | |||||||||||||||||||||
Rupa | tak berwarna | |||||||||||||||||||||
Jisim atom | (222) g/mol | |||||||||||||||||||||
Konfigurasi elektron | [Xe] 4f14 5d10 6s2 6p6 | |||||||||||||||||||||
Bilangan elektron per petala | 2, 8, 18, 32, 18, 8 | |||||||||||||||||||||
Sifat fizikal | ||||||||||||||||||||||
Keadaan | gas | |||||||||||||||||||||
Takat lebur | 202 K (-71 °C, -96 °F) | |||||||||||||||||||||
Takat didih | 211.3 K
(-61.7 °C, -79.1 °F) | |||||||||||||||||||||
Haba pelakuran | 3.247 kJ/mol | |||||||||||||||||||||
Haba pengewapan | 18.10 kJ/mol | |||||||||||||||||||||
Muatan haba | (25 °C) 20.786 J/(mol·K) | |||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Sifat atom | ||||||||||||||||||||||
Struktur hablur | kubus berpusat muka | |||||||||||||||||||||
Keadaan pengoksidaan | 0 | |||||||||||||||||||||
Keelektronegatifan | tiada data (skala Pauling) | |||||||||||||||||||||
Tenaga pengionan | pertama: 1037 kJ/mol | |||||||||||||||||||||
Jejari atom (kiraan) | 120 pm | |||||||||||||||||||||
Jejari kovalen | 145 pm | |||||||||||||||||||||
Lain-lain | ||||||||||||||||||||||
Sifat kemagnetan | tak magnetik | |||||||||||||||||||||
Keberkonduktan haba | (300 K) 3.61 mW/(m·K) | |||||||||||||||||||||
Nombor CAS | 10043-92-2 | |||||||||||||||||||||
Isotop | ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Rujukan |
Radon adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Rn dan nombor atomik 86. Gas nadir beradioaktif yang terbentuk hasil penguraian radium, radon adalah gas paling berat dan dianggap mengancam kesihatan. Isotop yang paling stabil adalah Rn-222 yang mempunyai separuh hayat 3.8 hari dan digunakan dalam radioterapi. Gas radon boleh berkumpul dalam rumah dan menyebabkan penyakit barah paru-paru [1], menyebabkan potensi 20,000 kematian di Persekutuan Eropah sahaja setiap tahun.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Radon adalah pegun secara kimia, tetapi beradioaktif; radon adalah gas nadir paling berat dan salah satu gas terberat pada suhu bilik (paling berat adalah tungsten heksafluorida, WF6). Pada suhu dan tekanan piawaian, radon adalah gas tanpa warna tetapi apabila disejukkan di bawah tahap bekunya, suatu ciri radiopendarkilau (penghasilan cahaya akibat sinaran) dapat diperhatikan; yakni berwarna kuning dan menjadi warna jingga-merah pada suhu yang rendah.[1]
Penumpuan gas radon semulajadi di atmospera Bumi amat perlahan sehinggakan air semulajadi yang terdedah pada udara adak terus kehilangan radon disebabkan pemeruwapan. Dengan itu, air bawah tanah mempunyai kepadatan radon lebih tinggi berbanding air permukaan. Sama juga, zon tanah padat kerap kali mempunyai kandungan radon lebih tinggi berbanding zon tanah lerai disebabkan penyelerakkan kepada udara.
Isotop
[sunting | sunting sumber]Radon tidak mempunyai sebarang isotop stabil. Isotop yang paling stabil ialah radon-222, 222Rn, hasil pereputan 226Ra yang merupakan hasil pereputan 238U.[2] Isotop ini mempunyai separuh hayat selama 3.823 hari. Selain itu, ada tiga lagi isotop radon dengan jangka separuh hayat melebihi satu jam, iaitu 211Rn, 210Rn and 224Rn. Ada 39 isotop radon yang diketahui dengan julat jisim atom daripada 193 ke 231.[3][4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Radon (dinamakan sempena radium) dijumpai pada tahun 1900 oleh Friedrich Ernst Dorn, yang menggelarnya sebagai pancaran radium. Pada tahun 1908 William Ramsay dan Robert Whytlaw-Gray, yang menamakannya niton (Latin nitens bererti "berkilauan"; simbol Nt), mengasingkannya, menentukan kepadatannya dan ia merupakan gas paling berat masa itu. Ia telah dipanggil radon semenjak 1923.
Kewujudan
[sunting | sunting sumber]Secara purata, terdapat satu molekul radon dalam 1 x 1021 molekul udara. Radon boleh di dapati di sesetengah mata air dan mata air panas. Bandar Misasa, Jepun, terkenal kerana mataairnya yang kaya dengan radium yang menghasilkan radon.
Radon dibebaskan dari tanah secara semulajadi, terutamanya di kawasan terutamanya tetapi bukannya terhad kepada tanah granite. Bukan semua kawasan bergranite cenderung kepada pembebasan radon. Bergantung kepada bagaimana rumah dibina dan dianginkan, radon mungkin terkumpul di bilik bawah tanah dan tempat tinggal. Persekutuan Europah (European Union) mencadangkan bahawa tindakan perlu diambil bermula dari kepekatan 400 Bq/meter3 untuk rumah lama, dan 200 Bq/m3 untuk rumah baru. Agensi Perlindungan Alam Sekitar (Environmental Protection Agency) Amerika Syarikat mencadangkan tindakan bagi semua rumah dengan kepekatan melebihi 148 Bq/m3 (diukur sebagai4 pCi/L). Hampir satu rumah setiap 15 di U.S. mempunyai kadar radon yang tinggi menurut statistik mereka. (U.S. Surgeon General) dan EPA mencadangkan agar semua rumah diuji bagi radon. Semenjak 1985, berjuta-juta rumah telah diuji bagi radon di Amerika Syarikat.
Sebatian
[sunting | sunting sumber]Sesetengah ujian menunjukkan bahawa fluorin boleh bertindak balas dengan radon dan membentuk sebatian radon fluorida. Radon clathrate jiga telah dilaporkan.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Radon kadang-kala dihasilkan oleh beberapa hospital untuk kegunaan terapeutik dari sumber radium dan menyimpannya dalam tiub halis yang dipanggil benih atau jarum. Praktis ini dihapuskan kerana hospital mendapat benih dari pembekal yang menghasilkannya dengan aras aktiviti yang dikehendaki. Benih sedemikian—sering menggunakan bentuk kobalt beradioaktif dan sesium—juga tahan selama beberapa tahun, yang merupakan kelebihan logistik.
Disebabkan ia cepat hilang ke udara, radon digunakan dalam penyelidikan hidrologi yang mengkaji interaksi antara air bawah tanah, anak sungai dan sungai. Sebarang peningkatan radon dalam anak sungai atau sungai merupakan petunjuk penting bahawa terdapat sumber air bawah tanah.
"Terapi radon"
[sunting | sunting sumber]Radon merupakan tambahan popular dalam produk seperti ubat gigi, krim rambut dan juga makanan pada awal abad ke-20, disebabkan anggapan kuasa penyembuhkannya. Radon kemudiannya disingkir apabila ciri-ciri karsinogennya diketahui. Bagaimanapun, masih terdapat mandian radon dan mata air panas di Jepun. Mandian ini mempromote mandian randon dengan mendakwa bahawa ia menyembuhkan penyakit seperti hipertension dan hemorrhoid. Terdapat pusat rawatan seumpamanya di U.S.[2] dan tempat lain yang biasanya diujar sebagai 'pusat kesihatan', walaupun kesan baik oleh radiasi tahap rendah dipersoalkan oleh kebanyakan pakar radiasi.
Langkah berjaga-jaga
[sunting | sunting sumber]Radon adalah gas karsinogen. Radon adalah bahan beradioaktif dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati setiap masa. Ia adalah berbahaya untuk menghidu unsur ini kerana atom radon memancarkan zarah alfa.
Juga, ia menghasilkan hasil penguraian pepejal, dan akibatnya, cenderung membentuk debu seni yang mudah memasuki laluan udara dan melekat secara kekal dalam tisu paru-paru, menghasilkan pendedahan tempatan yang banyak. Bilik di mana radium, aktinium, atau thorium disimpan perlu dianginkan dengan baik agar mengelakkan pengumpulan dalam udara. Pengumpulan radon berpontensi mengancam kesihatan dalam lombong uranium dan sesetengah timah hitam. Pengumpulan randon dalam rumah juga merupakan kebimbangan kesihatan yang baru dan kebanyakan penyakit barah paru-paru dikaitkan dengan pendedahan kepada radon setiap tahun. Radon dalam rumah dianggarkan menyebabkan kematian akibat barah paru-paru sekitar 21,000 orang setiap tahundi U.S. Radon adalah punca utama barah paru-paru di U.S. hari ini. Sekitar 12% barah paru-paru di U.S. disandarkan berkemungkinan oleh radon, walaupun statistik ini , apabila diperiksa dengan teliti boleh dipersoalkan. Kerana masa perkembangan yang lama bagi barah paru-paru secara umum, dan pelbagai sumber untuk barah paru-paru, ia sukar (jika tidak mustahil) untuk memastikan kesan radon domastik pada keseluruhan penyakit barah paru-paru.
Radon meningkatkan lagi bahaya kepada perokok. Hasil pepejal reputan radon (polonium-218, polonium-214, dan timah hitam-210 adalah amat merbahaya) kekal dalam atmosphera dalam bentuk debu mampu bergabung dengan partikel nano dalam asap rokok, yang kemudiannya masuk kedalam paru-paru. Cara terbaik mengurangkan kesan radon adalah dengan berhenti merokok, kerana risiko bukan perokok mendapat barah paru-paru berkaitan dengan radon adalah lebih kecil.
Untuk mengurangkan bahaya di dalam rumah tindakan berikut boleh di lakukan:-
- Meningkatkan pengaliran udara;
- Meningkatkan kalis lembab (damp-proofing).
Pengaliran udara memerlukan kipas untuk menyingkir udara bawah lantai. Pilihan lain adalah memasang membran kelis lembab seluruh tapak lantai bawah yang mampu menghalang radon menyerap kedalam rumah. Lapisan plastik PVC tebal juga mampu memberi hasil yang serupa. Bagi menggantikan kerja pembinaan semila, lapisan plastik atau foil boleh dipasang dibawah karpet atau linoleum. Di kawasan kepekatan tinggi, mengesan dan menutup rekahan yang mengeluarkan radon amat berguna. Sekitar 1.2 juta rumah baru dibina dengan ciri-ciri kebal radon semenjak 1990 di U.S. Sehingga kini, EPA menganggarkan sebanyak 650 kematian akibat barah paru-paru dapat dihalang (nyawa diselamatkan) setiap tahun hasil pembinaan rumah baru dan pengubahsuaian dengan ciri-ciri kedap radon.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Radon". Jefferson Lab. Dicapai pada 2008-06-26.
- ^ "Principal Decay Scheme of the Uranium Series". Gulflink.osd.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-25. Dicapai pada 2008-09-12.
- ^ Sonzogni, Alejandro. "Interactive Chart of Nuclides". National Nuclear Data Center: Brookhaven National Laboratory. Dicapai pada 2008-06-06.
- ^ Neidherr, D.; Audi, G.; Beck, D.; Baum, K.; Böhm, Ch.; Breitenfeldt, M.; Cakirli, R. B.; Casten, R. F.; George, S.; Herfurth, F.; Herlert, A.; Kellerbauer, A.; Kowalska, M.; Lunney, D.; Minaya-Ramirez, E.; Naimi, S.; Noah, E.; Penescu, L.; Rosenbusch, M.; Schwarz, S.; Schweikhard, L.; Stora, T. (19 March 2009). "Discovery of 229Rn and the Structure of the Heaviest Rn and Ra Isotopes from Penning-Trap Mass Measurements" (PDF). Physical Review Letters. 102 (11): 112501–1–112501–5. Bibcode:2009PhRvL.102k2501N. doi:10.1103/PhysRevLett.102.112501. PMID 19392194.
- Cancer Research UK study and building procedures to mitigate risks. Diarkibkan 2006-02-13 di Wayback Machine
- Leonard A. Cole, Element of Risk: The Politics of Radon (American Association for the Advancement of Science Press, 1993). (a scholarly source critical of U.S. and EPA domestic radon policy)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- WebElements.com - Radon
- EnvironmentalChemistry.com - Radon
- Indoor Air - Radon (Rn)
- Radon Brochure Diarkibkan 2005-03-05 di Wayback Machine SCK.CEN Belgian Nuclear Research Centre, Mol, Belgium
Jadual berkala
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
H | He | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Li | Be | B | C | N | O | F | Ne | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl | Ar | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
K | Ca | Sc | Ti | V | Cr | Mn | Fe | Co | Ni | Cu | Zn | Ga | Ge | As | Se | Br | Kr | ||||||||||||||||||||||||
Rb | Sr | Y | Zr | Nb | Mo | Tc | Ru | Rh | Pd | Ag | Cd | In | Sn | Sb | Te | I | Xe | ||||||||||||||||||||||||
Cs | Ba | La | Ce | Pr | Nd | Pm | Sm | Eu | Gd | Tb | Dy | Ho | Er | Tm | Yb | Lu | Hf | Ta | W | Re | Os | Ir | Pt | Au | Hg | Tl | Pb | Bi | Po | At | Rn | ||||||||||
Fr | Ra | Ac | Th | Pa | U | Np | Pu | Am | Cm | Bk | Cf | Es | Fm | Md | No | Lr | Rf | Db | Sg | Bh | Hs | Mt | Ds | Rg | Cn | Nh | Fl | Mc | Lv | Ts | Og | ||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|