Pergi ke kandungan

Batuan enapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Batu enapan)
Dua jenis batu enapan: limey shale dilapis dengan batu kapur. Dataran Cumberland, Tennessee.

Batuan enapan merupakan salah satu dari tiga jenis bentuk kumpulan batu (yang lain adalah batu igneous dan metamorf). Batu yang terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan Bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasir dan syal.

Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan mereka, dan biasanya adalah:

  • batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui
    • luluhawa di situ atau
    • hakisan oleh air, air batu atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan, sering kali melalui apungan, ke tempat ia mendak;
  • aktiviti biogenik; atau
  • mendakan dari sebatian.

Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.

Pembentukan

[sunting | sunting sumber]

Batuan endapan terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarah-zarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin, atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung. Ketika pemendapan endapan meningkat, tekanan melampau (atau 'litostatik') menekan endapan menjadi lapisan keras dalam proses yang dikenali sebagai pembatuan ('pembentukan batu') dan cecair tersekap asal disingkirkan. Istilah diagenesis digunakan bagi menggambarkan kesemua pertukaran kimia, fizikal, dan biologi, termasuk penyimenan yang dilalui oleh mendakan selepas mendapan awal dan semasa dan selepas pembatuannya, kecuali luluhawa permukaan.

Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata. Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan". Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis.

Batuan enapan mengandungi maklumat yang penting tentang sejarah Bumi. Batuan ini mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet. Batuan enapan boleh memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan saki-baki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf. Komposisi endapan pula memberikan petunjuk mengenai batu yang asal, sementara perbezaan antara lapisan yang berturut menandakan perubahan persekitaran yang berlaku.

Batuan enapan meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi, namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Batu enapan dikelaskan kepada tiga kumpulan. Kumpulan ini adalah klastik, mendakan kimia dan biokimia atau biogen.