Tepung bungkus
Tepung bungkus (Bahasa Thai: ขนมสอดไส้ , khanom sot sai , [kʰānǒm sɔ̀ːt sâj])[1][2] ialah pencuci mulut tradisional yang mempunyai inti yang manis. Ia dibuat menggunakan kelapa dan gula merah, dan intinya ditutup dengan tepung beras kukus yang dicampur dengan santan.[3] Ia digunakan dalam upacara perkahwinan Thai pada zaman dahulu. Kuih ini dibungkus secara tradisional dengan daun pisang.[3]
Resipi
[sunting | sunting sumber]Bahan-bahan:
[sunting | sunting sumber]- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan cair
- ½ biji kelapa muda parut
- 1 keping gula melaka
- Sedikit tepung pulut
- Sedikit garam
- 10 keping daun pisang, potong persegi bujur
Cara-cara:
[sunting | sunting sumber]Kelapa muda disira dengan nisan hingga kering untuk dijadikan inti. Pada masa kini, terdapat juga orang yang menggunakan gula merah bagi menggantikan manisan tradisional nisan ini. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.
Bancuh tepung beras dengan santan cair di atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar ia berkepala (berketul).
Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Tepung bungkus yang masih berbungkus dengan daun pisang
-
Tepung bungkus yang telah dibuka dan sedia untuk dimakan
-
Tepung bungkus yang dibelah menunjukkan inti di bahagian dalamnya
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Resepi Kuih Tepung Bungkus". Iluminasi.com. 2019-03-28. Dicapai pada 2020-10-05.
- ^ Prasit Faipenkhong (2 Mac 2013). "ภาษาใต้วันละคำ: หนมค่อม".
- ^ a b Natty Netsuwan. "Kanom Sai Sai - Kanom Sai Sai ขนมใส่ไส้ หรือ ขนมสอดไส้". Thai Table (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Patchmon's Thai Desserts. Didapat kembali Oktober 1. 2016. daripada http://www.thaidesserts.ca/#!steamed-flour-with-coconut-filling/c1vge
- Thai Dessert. Didapat kembali Oktober 1. 2016. daripada http://tankitchen-dessert.blogspot.com/2009/04/khanom-sod-sai-filled-coconut-cream.html
- Thai Wisdom: Wrappers in Thai Dessert. Didapat kembali Oktober 1. 2016. daripada http://www.mthai.com/en/thaiculture/1321.html
- JOY B. Thai Dessert: Khanom Sai Sai (Sweet Stuffed Dough). Didapat kembali Oktober 1. 2016. daripada http://www.joysthaifood.com/desserts/thai-dessert-khanom-sai-sai-sweet-stuffed-dough/
- Tanwiratchada. Khanom Sod Sai (Filled Coconut Cream). Didapat kembali Oktober 1. 2016. daripada http://en.petitchef.com/recipes/dessert/khanom-sod-sai-