Tasik ladam
Penampilan
Tasik ladam merupakan sebuah jasad air berbentuk U yang terbentuk apabila segenting daripada batang utama sungai terputus, menghasilkan satu jasad air yang bebas. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuk melengkungnya yang menyerupai ladam kuda.
Geologi
[sunting | sunting sumber]Sebuah tasik ladam terbentuk apabila sungai membentuk segenting akibat hakisan tebing melalui tindakan hidraulik, lelasan dan kakisan. Lama-kelamaan, segenting menjadi sangat berkelok-kelok, dan leher segenting menjadi semakin sempit sehinggalah sungai dapat melalui segenting semasa banjir, memotong segenting tersebut dan membentuk tasik ladam.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tasik ladam |