Pergi ke kandungan

Glasier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Glasier Perito Moreno di Taman Negara Los Glaciares, selatan Argentina

Glasier (Jawi: ڬلاسيير, juga glasiar atau gletser Ind.) atau sungai air batu ialah bongkahan endapan air batu padat yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asalnya terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan menimbun padat dalam suatu tempoh yang lama lalu menurun ke kaki gunung hasil tarikan graviti melalui lurah sungai. Pergerakan sepanjang laluan ini seakan batang sungai ini boleh menghakis batuan membentuk pelbagai rupa bumi seperti morain, drumlin, esker, fiord dan lain-lain. Sebanyak 99% air batu padat yang ada di muka bumi ini terkandung dalam lembaran di kawasan kutub, tetapi ia juga boleh ditemukan pada litupan gunung-ganang hampir seluruh benua kecuali di Australia. Malah, glasier dalam kawasan antara lintangan 35°U dan 35°S hanya dapat ditemukan di Himalaya, Andes serta beberapa gunung di Afrika Timur, Mexico, New Guinea dan Zard Kuh di Iran.[1]

Ia merupakan sumber air tawar terbesar dapat dijumpai di muka Bumi sebanyak 68.7%.[2][3] Isipadu airnya dapat dilepaskan dengan mencairnya air batu ini kerana suhu yang meningkat pada musim panas, air tersebut dapat dimanfaatkan hidupan yang mendiami persekitarannya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia. Kadar pengurangan ini berubah-ubah mengikut keadaan iklim sekitar lalu dijadikan penanda paling peka kepada perubahan iklim sedunia.[2]

Bidang kajian dan penyelidikan fenomena glasier dinamakan glasiologi.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Kata glasiar, glasier dan gletser berakar dasarnya dari kata Latin glaciārium terbitan glaciēs "air batu" diturunkan kepada bahasa Arpitan melalui bahasa Perancis.[4] Kata Perancis ini dipinjamkan kepada bahasa Melayu sama ada melalui bahasa Inggeris dalam baku Malaysia (glacier) atau bahasa Belanda dalam baku Indonesia (gletsjer) diberi makna "sungai air/es".[5]

Kesan kepada muka bumi

[sunting | sunting sumber]
Glasier Perito-Moreno yang menunjukkan rekahan pada lapisan atasnya yang rapuh
  1. ^ Post, Austin; LaChapelle, Edward R (2000). Glacier ice. Seattle: University of Washington Press. ISBN 978-0-295-97910-6.
  2. ^ a b "Ice, Snow, and Glaciers and the Water Cycle". Water Science School. U.S. Geological Survey. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  3. ^ Brown, Molly Elizabeth; Ouyang, Hua; Habib, Shahid; Shrestha, Basanta; Shrestha, Mandira; Panday, Prajjwal; Tzortziou, Maria; Policelli, Frederick; Artan, Guleid; Giriraj, Amarnath; Bajracharya, Sagar R.; Racoviteanu, Adina (2010). "HIMALA: Climate Impacts on Glaciers, Snow, and Hydrology in the Himalayan Region". Mountain Research and Development. 30 (4): 401. doi:10.1659/MRD-JOURNAL-D-10-00071.1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Simpson, D.P. (1979). Cassell's Latin Dictionary (ed. ke-5). London: Cassell Ltd. m/s. 883. ISBN 978-0-304-52257-6.
  5. ^ Lihat:
    • Soekartini (1992). "gletscher, gletsjer". Kamus Belanda Indonesia. Nusa Indah. m/s. 213. gletscher, gletsjer: sungai es

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Glasier di Wikimedia Commons