TV6
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Ibu pejabat | Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu (rasmi/utama/nasional) Inggeris (rasmi/utama/nasional) |
Format gambar | 1080i (16:9/HDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 Mac 2021 (MYTV) (HD) |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 113 (HD) |
Media penstriman | |
MYTV | MYTV Mana Mana |
RTMKlik | Tonton secara langsung |
TV6 ialah sebuah saluran televisyen terrestrial percuma di kerajaan yang keenam milik Radio Televisyen Malaysia.[1] TV6 imbasan kembali yang menyiarkan drama, hiburan, muzik Melayu, filem dan dokumentari yang pernah disiarkan oleh arkib Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an dan 2010-an. Saluran ini memulakan siaran percubaannya pada 1 Mac 2021 dan meningkatkan waktu penyiaran kepada 20 jam dari 6:00 pagi hingga 2:00 pagi pada 1 September 2021. TV6 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
TV6 kini bersiaran di MYTV saluran 113 dalam format HD (definisi tinggi).
Kesemua rancangan klasik seperti filem petik Melayu klasik, drama retro dan hiburan retro yang pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada era 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an dan 2010-an disiarkan di TV6 dan juga di TV1 dan TV2.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik dan MYTV Mana Mana.
Liputan TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.
Lagu kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Pada pukul 5:58 atau 6:00 dan 1:58 atau 2:00 pagi setiap hari bersama semua stesen televisyen kebangsaan dan serantau RTM (TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6) lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Rancangan
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]- Amira (Telefilem)
- Anjang Aki
- Buruan (Telefilem)
- Datuk Lela Setia Diraja (Drama Bangsawan)
- Di Tebing Kenangan
- Down Memory
- Drama Minggu Ini
- Empat Sekawan (Drama berbahasa Cina)
- Keris Gandasari (Drama Bangsawan)
- Pelari (Telefilem)
- Opah
Hiburan
[sunting | sunting sumber]- Bersama TV2
- Bintang Kugiran RTM
- Bintang Pujaan
- Bintang RTM
- Dendang Warisan
- Gala 2
- Gendang Kencana
- Getaran
- Hiburan Minggu Ini
- Juara Kugiran 1970
- Konsert Bulanan Istimewa Bersama
- Mekar Sejambak 1985-1988
- Nostalgia D'Klasik
- Muzik Klasik 70-an
- Pop Yeh Yeh Klasik
- Puspa Warna
- Temasya Aidiladha
- Temasya Aidilfitri
Dokumentari
[sunting | sunting sumber]- Seru Qasidah (ulangan dari TV1)
- Syahadah
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- TV1
- TV2
- TV Okey
- Sukan RTM
- Berita RTM
- Radio Televisyen Malaysia
- Senarai stesen televisyen di Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "RTM ada saluran baharu TV6". Dicapai pada 2021-03-04.