Astro NJOI
Penampilan
Jenis | Penyiaran televisyen digital terestrial dan satelit negara |
---|---|
Negara | |
Ketersediaan | Seluruh negara |
Moto | NJOI Dalam HD, Gerenti Puas Hati (Sejak Tahun 2021) |
Ibu pejabat | Astro Productions Sdn Bhd, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pemilik | |
Orang penting | Chu Young Lee Pengarah sooka dan NJOI |
Tarikh pelancaran | 20 Disember 2011 |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Astro NJOI (digayakan pada logo sebagai NJOI) adalah sebuah perkhidmatan televisyen dan radio satelit dan digital secara percuma dan prabayar pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Malaysia untuk golongan B40. Ia dilancarkan pada 20 Disember 2011 oleh perdana menteri Malaysia ke 6, Dato Sri Najib Abdul Razak. Astro NJOI mempunyai pesaingnya utamanya iaitu perkhidmatan DTT Malaysia, MyFreeview yang telah dilancarkan sejak tahun 2019 semasa televisyen Malaysia beralih dari siaran analog ke siaran digital.
Sehingga 19 September 2024, pengguna NJOI akan menikmati sejumlah 19 saluran televisyen digital percuma termasuk 14 saluran HD, selain mempunyai lebih 60 saluran televisyen prabayar dan 30 saluran radio percuma.