21 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
21 Mac merupakan hari ke-80 (hari ke-81 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Ia juga merupakan hari pertama bagi tahun astrologi. Tinggal 285 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Puisi Sedunia;
- Hari Sindrom Down Sedunia;
- Naw-Ruz dalam takwim Bahá'í;
- Hari Ibu di dunia Arab;
- Hari Benito Juárez di Mexico;
- Hari Kemerdekaan di Namibia (1990).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 717 – Pertempuran Vincy tercetus antara Charles Martel dan Ragenfrid.
- 1188 – Maharaja Antoku menaiki takhta Jepun.
- 1413 – Henry V menjadi Raja England.
- 1556 - Ketua Biskop Canterbury Thomas Cranmer dibakar di kayu pancang di Oxford, England.
- 1718 - Raja Kecil dari Siak yang mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah berjaya menguasai Johor dan mengangkat dirinya sebagai Sultan Johor.
- 1788 – Sebuah kebakaran besar meranapkan kebanyakan bandar New Orleans.
- 1800 – Dilantik sebagai calon tolak ansur selepas berbulan buntu, Pius VII dimahkotakan sebagai Paus di Venice dengan tiara sementara daripada papier-mâché.
- 1804 - Kod Napoleon (gambar) diterimaguna sebagai kod sivil Perancis, kemudiannya mempengaruhi undang-undang banyak negara lain.
- 1821 – Tindakan revolusi pertama di Biara Agia Lavra, Kalavryta, Perang Kemerdekaan Greece.
- 1844 – Bermulanya hari pertama dalam tahun pertama takwim Bahá'í. Tarikh ini disambut oleh penganut kepercayaan Bahá'í sebagai Tahun Baru Bahá'í atau Náw-Rúz.
- 1844 – Tarikh terawal kedatangan Kristus yang diramalkan oleh William Miller .
- 1857 – Sebuah gempa bumi di Tokyo, Jepun meragut lebih 100,000 nyawa.
- 1871 – Pengasas Empayar Jerman Otto von Bismarck diisytiharkan sebagai Canselor Jerman yang pertama.
- 1905 – Albert Einstein menerbitkan teori kerelatifan khasnya.
- 1918 – Perang Dunia Pertama: Bermulanya fasa pertama Serangan Musim Bunga Jerman, iaitu Operasi Michael.
- 1928 – Charles Lindbergh dikurniakan Pingat Kehormat kerana penerbangan sulung menyeberangi Lautan Atlantik.
- 1933 - Pembinaan kem tumpuan Jerman Nazi di Dachau disiapkan.
- 1935 - Shah Reza Pahlavi membuat permintaan secara rasmi kepada masyarakat antarabangsa untuk memanggil Parsi dengan nama asalnya, Iran.
- 1963 - Penjara persekutuan A.S. di Pulau Alcatraz (gambar) di Teluk San Francisco, California ditutup.
- 1965 – Program Ranger: NASA melancarkan bolak-balik Bulan terakhirnya dalam sirinya, iaitu Ranger 9.
- 1965 – Martin Luther King, Jr. mengetuai 3,200 orang untuk menjayakan perarakan hak awam ketiga dari Selma ke Montgomery, Alabama.
- 1970 – Pengisytiharan Hari Bumi pertama dikeluarkan oleh Datuk bandar San Francisco, Joseph Alioto.
- 1980 – Presiden A.S. Jimmy Carter mengumumkan bahawa negaranya memboikot Sukan Olimpik di Moscow bagi membantah tindakan Kesatuan Soviet menyerang Afghanistan.
- 1990 - Dahulunya dikenali sebagai Afrika Barat Daya, Namibia mendapat kemerdekaan daripada Afrika Selatan, dengan Sam Nujoma mengangkat sumpah sebagai Presiden pertama.
- 2006 – Pekerja asing yang membina Burj Khalifa dan terminal baru Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di Emiriah Arab Bersatu bersama-sama merusuh, lalu menyebabkan kerosakan bernilai sejuta dolar.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1806 - Benito Juarez, Presiden Mexico
- 1932 - Wan Mokhtar Ahmad, seorang Menteri Besar Terengganu ke-10
- 1942 - Ali Abdullah Saleh, Presiden Yaman pertama
- 1980 - Ronaldinho, pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1843 - Guadalupe Victoria, Presiden Mexico pertama
- 1960 - Ayrton Senna, Juara Pemandu Dunia Formula Satu