Aerosol
Penampilan
Aerosol ialah suatu ampaian zarah pepejal atau titsan cecair halus dalam udara atau gas lain.[1]:3 Ia boleh berlaku secara semula jadi (kabus, habuk, eksudat hutan dan stim geiser) mahupun dibuat oleh manusia (jerebu, bahan pencemar udara dan asap).[1]:3 Zarah-zarah cecair atau pepejal berdiamtere lebih kecil daripada 1 μm, namun batasan antara aerosol dengan ampaian biasa yang lain begitu samar-samar.
Perkataan aerosol itu dengan sendirinya merujuk kepada semburan yang menghantar bahan tertentu daripada tin atau bekas yang seumpamanya, malah ia juga merujuk dalam konteks perubatan kepada penyakit yang tersebar melalui titisan di udara.[2]
Pemakaian
[sunting | sunting sumber]Aerosol dihasilkan untuk pelbagai tujuan tertentu termasuk:
- sebagai bahan ujian untuk tujuan penentukuran alat, melakukan kajian, serta menguji alat pesampling dan penapis udara;[1] :428
- menghantar deodoran, cat dan produk pengguna lain dalam bentuk semburan;[3]:255
- untuk pemakaian racun serangga;[3]:257
- untuk merawat penyakit pernafasan;[3]:254, 274 dan
- Dalam sistem penyuntikan bahan api serta teknologi pembakaran lain.[3]:278
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Hinds, William C. (1999). Aerosol Technology (ed. ke-2). Wiley - Interscience. ISBN 978-0-471-19410-1.
- ^ Fuller, Joanna Kotcher (31 Januari 2017). Surgical Technology - E-Book: Principles and Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. ISBN 9780323430562.
- ^ a b c d Hidy, George M. (1984). Aerosols, An Industrial and Environmental Science. Academic Press, Inc. ISBN 978-0-12-412336-6.