Pergi ke kandungan

Al-Shaghour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Shaghour (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: الشاغور‎) adalah sebuah perbandaran dan kejiranan di bandar raya Damsyik, Syria. Ia terletak di selatan dan timur Kota Lama dan timur al-Midan. Al-Shaghour merupakan salah satu kejiranan yang tertua direkodkan di dalam bandar raya.[1] Kejiranan tradisional ini terbahagi kepada bahagian yang terletak di dalam tembok Kota Lama, yang dikenali sebagai Shaghour al-Juwani dan bahagian yang lebih besar terletak di luar tembok. Bahagian yang terkemudian itu menjadi satu perbandaran yang dikenali sebagai "al-Shaghour" dan meliputi daerah Shaghour al-Barrani, Bab Sharqi, al-Zuhur, al-Wihdah, al-Bilal, al-Nidal, Ibn al-Asakir dan Rawdat al-Midan.

Al-Shaghour lama dipisahkan dari al-Midan ke barat oleh Jalan al-Beit[2] dan dari Harat al-Yahud (Kawasan Yahudi) oleh Jalan al-Ameen[3]—jalan itu dinamakan sempena tokoh Syiah yang terkenal—merupakan jalan utama di dalam kawasan kejiranan dan menyediakan ruang pasar dan kedai utama.[1] Al-Shaghour juga merupakan rumah kepada ramai keluarga Syiah yang terkemuka di Damsyik.[1]

  1. ^ a b c Miller, Catherine (2007). Arabic in the City: Issues in Dialect Contact and Language Variation. 5. Routledge. m/s. 192. ISBN 978-0-415-77311-9.
  2. ^ Stoddart, Brian (2012). A House In Damascus - Before The Fall. Syracuse University Press. m/s. 129.
  3. ^ Totah (2014), halaman 45.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]