Bahagian Pedalaman, Sabah
Penampilan
Bahagian Pedalaman | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bandar terbesar | Keningau |
Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Keningau Majlis Daerah Beaufort Majlis Daerah Tenom Majlis Daerah Sipitang Majlis Daerah Tambunan Majlis Daerah Kuala Penyu Majlis Daerah Nabawan |
Keluasan | |
• Jumlah | 18,298 km2 (7,065 batu persegi) |
Bahagian Pedalaman adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Bahagian ini meliputi kawasan barat daya negeri Sabah yang bersempadan dengan negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara Indonesia. Bandar terbesar di bahagian ini ialah Keningau manakala antara bandar lain termasuklah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang. Bahagian Pedalaman meliputi kawasan seluas 18,298 kilometer persegi atau 24.9 peratus dari seluruh negeri Sabah.[1] Bahagian Pedalaman juga meliputi tujuh daerah di Sabah.
Populasi
[sunting | sunting sumber]Daerah | Jumlah populasi |
---|---|
Beaufort | 75,716 |
Kuala Penyu | 23,710 |
Sipitang | 37,828 |
Tenom | 51,328 |
Nabawan | 28,349 |
Keningau | 150,927 |
Tambunan | 31,573 |
Jumlah | 399,431 |
Pecahan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bahagian Pedalaman terbahagi kepada lapan buah Daerah dan empat buah Daerah Kecil, seperti berikut:
- Daerah Beaufort
- Daerah Kuala Penyu
- Daerah Sipitang
- Daerah Tenom
- Daerah Nabawan
- Daerah Keningau
- Daerah Tambunan
- Daerah Membakut
- Daerah Kecil Menumbok
- Daerah Kecil Kemabong
- Daerah Kecil Sook
- Daerah Kecil Pagalungan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "General Information". Lands and Surveys Department of Sabah. Borneo Trade. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2018. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ "Malaysia: Administrative Division (States and Districts) - Population Statistics, Charts and Map". www.citypopulation.de. Dicapai pada 2024-03-10.