Buah kiwi
Buah kiwi (Jawi: بواه كيوي ; bahasa Inggeris: kiwifruit atau kiwi,[1][2] Bahasa Māori: [huakiwi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[3]) merupakan sejenis buah beri didapati daripada mana-mana pokok menjalar dalam genus Actinidia.[4] Kumpulan kultivar buah kiwi yang paling biasa ('Hayward')[5] adalah berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam (5–8 sentimeter (2.0–3.1 in) panjang dan berdiameter 4.5–5.5 sentimeter (1.8–2.2 in)). Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar dan manakala isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis.
Buah ini didatangkan asalnya dari tengah dan timur tanah besar China.[6] Pada hari ini, buah kiwi dijadikan tanaman komersial di negara Itali, New Zealand, Perancis, Yunani dan Chile.[7]
Etimologi ايتيمولوݢي
[sunting | sunting sumber]Nama "kiwi" mula diberikan dari 1962 untuk menjenamakan semula hasil tanaman buah ini di New Zealand daripada rupa buahnya yang berbulu perang halus menyerupai burung kiwi yang ada di negara itu.[8] Nama ini didaftarkan dalam barangan eksport syarikat Turners & Growers pada 15 Jun 1959;[8] ia kemudiannya diterima luas pada tahun 1974[9] bahkan juga terlanjut merujuk kepada semua buah hijau sejenis dalam genus Actinidia.[9]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Catatan terawal mengenai buah ini dari tempat asalnya di China (Bahasa Cina: 獼猴桃 ; pinyin: míhóutáo "persik monyet") bertarikh zaman dinasti Song sekitar abad ke-12[10] yang mana buah tersebut lebih dipungut ramu dari hutan liar dan digunakan untuk tujuan berubat.[11]
Penyebaran dan penjenamaan di New Zealand
[sunting | sunting sumber]Buah ini diperkenalkan ke New Zealand oleh seorang pengetua dari sekolah mubaligh Wanganui Girls' College bernama Mary Isabel Fraser dari darmawisatanya ke sekolah-sekolah di Yichang, China.[12] Biji-biji dari buah ini ditanam di Whanganui tahun 1906 sebelum akhirnya berjaya membuah tahun 1910. Hayward Wright, seorang pakar hortikultur berjaya menumbuhkan suatu kultivar berbuah isi hijau yang terkenal di Avondale, Pulau Utara pada tahun 1924; kultivar ini dinamakan "Hayward" sempena sumbangan beliau ini.[13]
Galeri ݢالري
[sunting | sunting sumber]-
Kulit buah kiwi seperti yang dilihat dari dekat
-
Potongan buah kiwi
-
Dua biji buah kiwi dan sebiji kiwi yang telah dipotong
Rujukan روجوعن
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernadine C. Strik; Amanda J. Davis (1 March 2021). "Growing kiwifruit" (PDF). Extension Service, Oregon State University. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ "Northern kiwi". Ontario Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs. 17 October 2012. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ Moorfield, John C. (2003). "huakiwi". Te Aka Online Māori Dictionary. Dicapai pada 9 November 2021.
- ^ Bernadine Stirk (2005). "Growing Kiwifriut" (PDF). Pacific Northwest Extension Publishing. Dicapai pada 4 Januari 2013.
- ^ "Dry matter and acidity as quality index for Hayward kiwifruit" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2014.
- ^ Morton J (2011). "Kiwifruit: Actinidia deliciosa In: Fruits of Warm Climates, 1987". Center for New Crops & Plant Products at Purdue University. Dicapai pada 8 April 2014.
- ^ "Kiwi fruit: World List, 2010". FAOSTAT. Dicapai pada 4 Januari 2013.
- ^ a b Lui, Kevin (8 Februari 2017). "How the Chinese Gooseberry Became the Kiwifruit". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 November 2021.
- ^ a b Morton J (2011). "Kiwifruit: Actinidia deliciosa In: Fruits of Warm Climates, 1987". Center for New Crops & Plant Products at Purdue University. Dicapai pada 8 April 2014.
- ^ Ward, C; Courtney, D (2013). Kiwifruit: taking its place in the global fruit bowl. Advances in Food and Nutrition Research. 68. m/s. 1–14. doi:10.1016/B978-0-12-394294-4.00001-8. ISBN 9780123942944. PMID 23394979.
- ^ Huang, H.; Ferguson, A. R. (2003). "Kiwifruit (Actinidia chinesis and A. deliciosa) plantings and production in China, 2002". New Zealand Journal of Crop and Horticultural Science. 31 (3): 197–202. doi:10.1080/01140671.2003.9514253. S2CID 86106541.
- ^ "Isabel Fraser: Hand carried the first kiwifruit seeds from China". Zespri. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2012. Dicapai pada 4 January 2013.
- ^ "Hayward Kiwifruits Namesake". Zespri. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2012. Dicapai pada 29 November 2012.
Pautan luar ڤاءوتن لوار
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Buah kiwi. |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Buah kiwi |