Pergi ke kandungan

Daniel Manning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniel Manning
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-37
Dalam jawatan
8 Mac 1885 – 31 Mac 1887
PresidenGrover Cleveland
Didahului olehHugh McCulloch
Digantikan olehCharles S. Fairchild
Pengerusi Parti Demokratik New York
Dalam jawatan
Ogos 1881 – Ogos 1885
Didahului olehLester B. Faulkner
Digantikan olehJohn O'Brien
Maklumat peribadi
Lahir(1831-05-16)16 Mei 1831
Albany, New York, Amerika Syarikat
Mati24 Disember 1887(1887-12-24) (umur 56)
Albany, New York, Amerika Syarikat
Tempat semadiPerkuburan Desa Albany
PasanganMary Fryer

Daniel Manning (16 Mei 1831 – 24 Disember 1887) adalah seorang ahli perniagaan, wartawan, dan ahli politik Amerika Syarikat terkenal kerana pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-37.[1]

Bekas kediaman Daniel Manning di Washington, DC

Manning dilahirkan pada 16 Mei 1831, di Albany, New York. Beliau mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah awam dan kemudian memasuki dunia perniagaan. Pada usia 11 tahun, Manning bekerja untuk Albany Atlas, yang disatukan dengan Argus pada tahun 1856. Manning menjadi penyunting pada tahun 1865 dan pemilik pada 1873.[2]

Pada 1853, beliau berkahwin dengan Mary Little, yang telah meninggal pada tahun 1882. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu James Hilton Manning yang merupakan penyunting dan pengurus Albany Argus; Frederick Clinton Manning, pengukir terkenal di Albany; Mary E., isteri Jules C. Van der Oudermeuluen; dan Anna, isteri John A. Delehanty. Pada tahun 1884, Manning mengahwini Mary Margaretta Fryer (1844-1928), anak perempuan kepada William John Fryer dan Margaret Livingston (Crofts) Fryer.

Mary Margaretta Fryer sangat berkaitan dengan kehidupan sosial pentadbiran kedua Presiden Cleveland dan juga yang pertama. Fryer berasal dari Albany, dan merupakan anak perempuan William J. Fryer, seorang warga negara yang dihormati di New York. Di sebelah ibunya, yang berketurunan Lord Livingston, dan leluhurnya memberikan khidmat yang baik pada zaman penjajahan dalam membentuk urusan di Negeri New York. Beliau merupakan Regen Bab Albany bagi Anak Perempuan Revolusi Amerika, dan berminat dengan kerja-kerja di organisasi itu.[3]

Kerjaya politik Manning turut berjaya. Beliau menjadi pengerusi jawatankuasa Demokrat New York pada tahun 1881.[4] Manning kemudiannya mengundurkan diri pada tahun 1885,[5] dan telah dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan oleh Presiden Grover Cleveland pada bulan Mac.[6] Manning meletakkan jawatan pada 31 Mac 1887 kerana tidak sihat.[7]

Kematian dan legasi

[sunting | sunting sumber]

Daniel Manning meninggal dunia di rumah di Albany pada tahun 1887, akibat penyakit Brights, dan beliau dikebumikan di Perkuburan Desa Albany.[8]

Satu potret Manning yang diukir ditampilkan pada wang kertas AS, pada sijil perak siri 1886 bernilai $20.[9] Sebilangan daripada wang kertas ini disebut sebagai "berharga" kerana reka bentuknya yang terbalik dan ia adalah jarang untuk ditemui.

Terdapat peringatan untuk Manning di Katedral Para Santo, Albany.

  1. ^ "Daniel Manning (1885 - 1887)". Setiausaha Perbendaharaan (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2010.
  2. ^ "MR. MANNING'S CAREER" (PDF), The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 25 Disember 1887, dicapai pada 9 Februari 2011
  3. ^ Hinman, Ida (1895). The Washington Sketch Book (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: Hartman & Cadick, Printers. LCCN 06042756.
  4. ^ "STATE DEMOCRATIC PLANS" (PDF), The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 16 Ogos 1881, dicapai pada 9 Februari 2011
  5. ^ "THE COMING CONVENTIONS", The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 2 Ogos 1885, dicapai pada 9 Februari 2011, The resignation of Daniel Manning, Chairman of the Democratic State Committee, is in the hands of Secretary John O'Brien, of Dutchess.
  6. ^ "PRESIDENT CLEVELAND'S CABINET" (PDF), The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 6 Mac 1885, dicapai pada 9 Februari 2011
  7. ^ "MANNING OUT OF OFFICE" (PDF), The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 15 Februari 1887, dicapai pada 9 Februari 2011
  8. ^ "EX-SECRETARY MANNING DYING" (PDF), The New York Times (dalam bahasa Inggeris), 22 Disember 1887, dicapai pada 9 Februari 2011
  9. ^ Portraits on U.S. Bank Notes (dalam bahasa Inggeris), Yayasan Mata Wang Kebangsaan, dicapai pada 22 Disember 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]