Pergi ke kandungan

Dinasti Shang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shang (Yin)
商 (殷)
s. 1600 BC–s. 1046 BC
This map depicts various advanced, stratified societies that existed during the period of the Shang state.
This map depicts various advanced, stratified societies that existed during the period of the Shang state.
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanCina kuno
Agama
Penilikan
KerajaanMonarki
King 
• s. 1675 – 1646 SM
Cheng Tang
• s. 1075 - 1046 SM
King Zhou
Badan perundanganDinasti
Era SejarahZaman tembaga
• Didirikan
s. 1600 BC
• Penaklukan oleh Zhou
s. 1046 BC
Keluasan
kk 1122 SM[1]1,250,000 km2 (480,000 bt2)
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Xia
Dinasti Zhou
Sekarang sebahagian dariChina
Tinggalan masyarakat maju dan berlapis yang bertarikhkan zaman Shang telah dijumpai di Lembah Sungai Kuning.
Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BC
Dinasti Shang 1600–1046 BC
Dinasti Zhou 1045–256 BC
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negara Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BC–206 BC
Dinasti Han 206 BC–220 AD
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Dinasti Shang (Bahasa Cina: ; pinyin: Shāng cháo) atau Dinasti Yin (Bahasa Cina: ; pinyin: Yīn dài) (ca. 1600 SM - ca. 1046 SM) ialah dinasti Cina bersejarah yang kedua dan memerintah di rantau timur laut kawasan yang dikenali sebagai "China sebenar", di lembah Sungai Kuning. Dinasti Shang menyusuli Dinasti Xia yang separa legenda dan mendahului Dinasti Zhou. Pengetahuan mengenai Dinasti Shang berasal daripada catatan-catatan bersejarah dari penghujung Dinasti Zhou, Shiji oleh Sima Qian pada Dinasti Han serta dari catatan-catatan Shang pada artifak gangsa dan tulang ramalan–cangkerang kura-kura, skapula lembu atau tulang-tulang lain yang bertuliskan korpus catatan aksara Cina penting yang terawal. Catatan tulang ramalan ini yang dibuat pada separa akhir dinasti, secara amnya mencatat tarikh dalam bentuk kitaran enam puluh tahun batang samawi dan dahan duniawi, ddikuti nama penilik dan perihal yang ditilik. Kadang-kala, satu pentafsiran jawapan (ramalan) dan sama ada ramalan itu terbukti tepar turut dibubuh.

Dinasti Shang adalah dinasti terawal dalam sejarah tradisional China yang disokong kuat oleh bukti arkeologi. Penggalian di Reruntuhan Yin (dekat Anyang zaman moden), yang telah dikenal sebagai ibu kota Shang terakhir, menemui sebelas makam kerajaan utama dan asas-asas istana dan tempat ritual, yang mengandungi senjata perang dan sisa-sisa korban binatang dan manusia . Puluhan ribu artifak gangsa, batu giok, batu, tulang, dan seramik telah dijumpai.

Tapak bersejarah Anyang telah menghasilkan tulisan Cina yang paling awal diketahui, kebanyakan tinggalan yang ada tertulis dari cangkerang kura-kura, tetulang lembu sapi, atau tulang lain. Lebih dari 20,000 serpihan tulang ini ditemui dalam penggalian saintifik awal pada tahun 1920-an dan 1930-an, dan lebih dari empat kali lebih banyak ditemui sejak itu. Prasasti tersebut memberikan pandangan kritikal terhadap banyak topik dari politik, ekonomi, dan amalan keagamaan hingga seni dan perubatan tahap awal peradaban China ini.

  1. ^ Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D. (Disember 2006). "East-West Orientation of Historical Empires and Modern States". Journal of World-Systems Research. 12 (2): 219–229. doi:10.5195/JWSR.2006.369. ISSN 1076-156X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Dinasti Xia
Dinasti-dinasti China
ca. 1600 SM - ca. 1046 SM
Diikuti oleh:
Dinasti Zhou