Pergi ke kandungan

Eskimo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baju zirah lamela yang biasa dipakai orang asli Siberia dan Eskimo

Eskimo atau Esquimaux adalah orang asli yang secara tradisinya menetap di kawasan kutub dari timur Siberia (Rusia), sehingga Alaska (Amerika Syarikat) dan Kanada, dan di keseluruhan Greenland.

Terdapat dua puak utama yang ditafsir sebagai Eskimo: Yupik dan Inuit. Kumpulan ketiga iaitu Aleut juga berkaitan. Bahasa dialek Yupik dan budaya di Alaska dan timur Siberia telah berkembang di tempat bermula dengan tempat asal budaya Eskimo (pra-Dorset) mula berkembang di Alaska. Dianggarkan bahawa kira-kira 4,000 tahun dahulu, budaya Unangam (juga dikenali sebagai Aleut) menjadi terpisah secara nyata, dan berkembang menjadi budaya bukan-Eskimo. Dianggarkan 1,500-2,000 tahun dahulu, muncul dua lagi perbezaan yang nyata. Cabang bahasa Inuit nyata dan dalam hanya beberapa ratus tahun ia tersebar ke selatan Alaska, Kanada dan Greenland. Lebih kurang pada masa yang sama, teknologi Thule juga turut berkembang sehingga ke barat laut Alaska dan tersebar dengan cepat ke seluruh kawasan yang dihuni oleh orang Eskimo.