Falsafah Barat
Sebahagian daripada siri |
Falsafah |
---|
Falsafah Barat ialah pemikiran dan kerja falsafah Dunia Barat atau 'The Occident' , berbeza daripada falsafah Dunia Timur ('Orient') atau jenis-jenis falsafah asli (pribumi).
Dari segi sejarah, istilah ini ialah ciptaan baharu dan digunakan untuk merujuk kepada pemikiran falsafah tamadun Barat, bermula dengan falsafah Yunani kuno, dan kemudiannya berkembang meliputi sebahagian besar dunia. Perkataan 'falsafah' sendiri berasal di alam Yunani kuno (melalui istilah bahasa Arab فلسفة) : 'philosophia' (φιλοσοφία), secara harfiahnya 'kecintaan terhadap kebijaksanaan' (φιλεῖν - philein 'mencinta' dan σοφία - sophia 'kebijaksanaan', secara tersiratnya "pengetahuan".
Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Dalam pemahaman purba serta penulisan sebilangan ahli falsafah kuno, skop falsafah merangkumi 'kesemua' usaha-usaha daya fikir (intelektual). Ini termasuklah masalah-masalah falsafah seperti yang difahami masa kini; tetapi juga merangkumi bidang-bidang kajian lain, seperti matematik tulen dan sains alami seperti fizik, ilmu falak dan biologi (Aristotle, misalnya, menulis berkaitan kesemua tajuk ini). Kadangkala istilah 'Falsafah Barat' tidak berapa membantu dan samar, memandangkan istilah itu melibatkan berjenis-jenis tradisi asli, kumpulan politik, dan penulis individu dalam jangka beribu tahun.
Subdisiplin falsafah Barat
[sunting | sunting sumber]Ahli falsafah Barat sering kali dibahagikan ke dalam beberapa cabang berlandaskan soalan-soalan yang biasa ditangani mereka. Dalam dunia kuno pembahagian bidang yang paling berpengaruh ialah pembahagian falsafah oleh ahli Stoicism ('Ketabahan') kepada Logik, Etika, dan Fizik (dicetuskan sebagai kajian alamiah, dan termasuk sains alamiah dan metafizik). Dalam falsafah semasa, pengkhususan dalam bidang falsafah lebih kerap dibahagikan kepada metafizik, epistemologi, etika dan estetika (kedua-dua etika dan estetika digabungkan untuk menjadi axiologi). Ada kalanya Logik dijadikan satu cabang utama falsafah, kadangkala sebagai kajian berasingan, dan kadangkala sebagai kaedah bersifat falsafah yang digunakan dalam kesemua cabang falsafah.
Dalam cabang-cabang luas ini, kini terdapat berbilang sub-disiplin falsafah. Pada tahap paling luas terdapat pembahagian kepada [[Falsafah Analitis dan Kontinental]. Bagi Falsafah Kontinental, pembahagian falsafah antara 'pakar' merupakan sesuatu yang merumitkan oleh sebab sifat penyatuan yang terdapat pada falsafah itu sendiri; bagi Falsafah Analitis pula, pembahagian kepada sub-disiplin memudahkan kajian dalam cabang masing-masing.
Minat dalam sub-disiplin khusus berubah-ubah mengikut peredaran masa; ada kalanya sub-disiplin menjadi tajuk hangat dan penulisan penuh dengan perbincangan berkaitannya sehinggakan kelihatan seakan-akan ia menjadi cabang falsafah. (Dalam tempoh lebih kurang 40 tahun, falsafah minda—sebenarnya satu sub-disiplin metafizik—mengambil kedudukan ini dalam Falsafah Analitis, dan ia banyak menarik perhatian sehingga ada yang menyarankan falsafah minda ialah paradigma bagi kajian falsafah analitis).
Falsafah berbanding disiplin lain
[sunting | sunting sumber]Sains alamiah
[sunting | sunting sumber]Pada asalnya istilah 'falsafah' digunakan bagi semua usaha intelektual. Aristotle mengkaji apa yang sekarang digelar biologi, meteorologi, fizik, dan kosmologi, disamping metafizik dan etika. Malah dalam kurun ke-18 pun fizik dan kimia masih diklasifikasikan sebagai 'falsafah alamiah', yakni kajian alamiah yang bersifat falsafah. Hari ini bidang-bidang ini dirujuk sebagai sains, dan sebagai terasing daripada falsafah; namun perbezaan ini tidak jelas dan beberapa ahli falsafah masih berpegang bahawa sains tetap mempunyai kaitan kepada falsafah yang tidak terputus dan yang tidak boleh diputustakan.
Kebelakangan ini bidang-bidang psikologi, ekonomi, sosiologi, dan linguistik yang pada suatu masa dahulu merupakan sebahagian bidang falsafah , tetapi sekarang hanya memiliki pertalian lemah dengannya. Lewat dalam abad ke-20 sains kognitif dan kecerdasan buatan boleh dikatakan dibina sebahagianya daripada 'falsafah minda'.
Apa jua sifat atau kajian yang dijalankan falsafah, pada amnya ia dilakukan secara lebih 'mujarad' (abstrak) daripada kebanyakan sains alamiah. Ia tidak bergantung kepada pengalaman dan uji kaji, dan tidak menyumbang secara langsung kepada teknologi. Adalah menjadi kesilapan jika falsafah dikaitkan dengan sains alamiah; sama ada ia boleh dikaitkan dengan sains dalam erti kata meluasnya masih dibahaskan.
Teologi dan kajian keagamaan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan kajian keagamaan, seperti juga falsafah, bukan merupakan kajian yang menggunakan eksperimen. Beberapa bahagian teologi, termasuk persoalan berkaitan kewujudan dan sifat tuhan-tuhan dengan jelas beritndih dengan falsafah keagamaan. Aristotle menganggap teologi sebagai sebahagian metafizik, bidang utama falsafah, ramai ahli falsafah sebelum abad ke-20 menghabiskan banyak masa menangani soaln-soalan teologi. Jadi terdapat kaitan antara dua bidang ini. Akan tetapi terdapat bahagian-bahagian lain kajian keagamaan, seperti kajian antara agama, yang dapat dibezakan daripada falsafah sama seperti sains sosial lain dapat dibezakan daripada falsafah. Bidang-bidang sains sosial ini lebih mirip sejarah dan sosiologi, dan melibatkan pemerhatian khusus terhadap kejadian tertentu, dalam kes ini pengamalan agama.
Tradisi 'Empiricist' ('aliran Empiris') dalam falsafah moden berpegang pada pendapat bahawa soalan-soalan keagamaan berada di luar linkungan pengetahuan manusia, dan ramai yang menyatakan bahawa bahasa keagamaan tidak membawa makna: tidak terdapat soalan yang perlu dijawab. Ada pula ahli falsafah yang berpendapat bahawa kemusykilan dalam mendapatkan bukti tidak relevan, dan mengutarakan hujah yang menyokong, menentang, ataupun hanya tentang kepercayaan agama atas dasar moral atau dasar lain. Walau apapun, tidak ramai ahli falsafah kini yang mengkaji soalan-soalan keagamaan.
Matematik
[sunting | sunting sumber]Matematik menggunakan kaedah pembuktian yang khusus dan ketat yang jarang digunakan ahli falsafah. Kebanyakan falsafah ditulis dengan prosa biasa, dan mahupun ia cuba menjadi persis, lazimnya ia tidak dapat mencapai kepersisan matematik. Hasilnya, ahli matematik jarang bertelagah tentang keputusan, sementara ahli falsafah sudah tentunya bertelagah tentang hasil kerja mereka dan kaedah falsafah yang digunakan.
Falsafah matematik ialah satu cabang falsafah sains; tetapi dalam banyak rupa matematik mempunyai pertalian yang istimewa dengan falsafah. Ini kerana kajian logik merupakan satu bidang utama dalam kajian falsafah, dan matematik merupakan contoh paradigma bagi logik. Kajian logik banyak berkembang dalam abad-abad ke-19 dan ke-20, matematik dibuktikan boleh dikurangkan ke tahap logik (sekurang-kurangnya kepada logik tertib pertama dengan teori set). Penggunaan logik formal matematik dalam falsafah sekarang ini menyerupai penggunaan matematik dalam sains, mahupun ia tidak kerap berlaku.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Kenny, Anthony. A New History of Western Philosophy (Oxford University Press; 2011) 1,058 pages
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Falsafah analitis
- Falsafah kontinental
- Falsafah Perancis
- Falsafah Jerman
- Falsafah Poland
- Falsafah Amerika
- Falsafah Timur
- Glosari ism falsafah
- Sejarah falsafah
- Senarai ahli falsafah
- Senarai teori falsafah
- Indeks falsafah
- Senarai falsafah
- Falsafah
- Pseudo-falsafah
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Philosophy Forums
- Philosophy Sites on the Internet - Tel Aviv University list
- The Stanford Encyclopedia of Philosophy
- The Internet Encyclopedia of Philosophy
- The Routledge Encyclopedia of Philosophy
- Glyn Hughes' Squashed Philosophers - abridged versions of classic philosophy texts.
- Philosophy Wiki
- Short History of Western Philosophy, A Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine, by Johannes Hirschberger; edited by Clare Hay; ISBN 978-0-7188-3092-2