Gendarmerie
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Julai 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Gendarmerie (/dʒɛnˈdɑːrməri/ atau /ʒɑːnˈdɑːrməri/) ialah sebuah pasukan tentera yang diberi tugas-tugas polis bagi menjaga ketenteraman awam.[1] Anggotanya dipanggil gendarme. Ia suatu cabang ketenteraan yang khusus di Perancis, bekas-bekas jajahannya (seperti Lubnan, Syria, Pantai Gading dan Congo) serta seberapa negara serantau zaman perang Napoleon[2] bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri terutamanya di kawasan desa pedalaman dan kota-kota kecil dengan tugas tambahan sebagai polis tentera.[3] Gendarmeri diperkenalkan ke beberapa Pada pertengahan abad ke-12, sejumlah bekas wilayah perwalian atau jajahan Prancis atau
Pasukan polis sivil moden masih mengekalkan gelaran "gendarmerie" atas sebab-sebab sejarah.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan gendarmerie terbitan kata dasar gendarme berasal daripada Perancis Lama gens d'armes, bermakna lelaki bersenjata.[4] Sewaktu zaman lewat pertengahan hingga zaman awal moden, istilah tersebut dirujuk sebagai askar perisai berkuda keturunan bangsawan, dengan banyaknya berkhidmat didalam tentera darat Perancis (lihat Gendarme (sejarah)). Perkataan tersebut mendapat konotasi kepolisan hanya selepas Revolusi Perancis apabila pihak Maréchaussée dari Rejim Purba dinamakan semula Gendarmerie.
Mengikut sejarah, ejaan dalam bahasa Inggeris ialah gendarmery, tetapi sekarang orang Perancis mengejanya gendarmerie. Kamus Oxford English Dictionary (OED) menggunakan gendarmery sebagai ejaan utama; manakala kamus Merriam-Webster menggunakan gendarmerie sebagai ejaan utama.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oxford English Dictionary, entry:"gendarme"
- ^ Emsley, Clive (1999). Gendarmes and the State in Nineteenth-Century Europe (ed. 1999). Oxford University Press. m/s. 52–57. ISBN 978-0198207986.
- ^ Lioe, Kim Eduard (2010-12-03). Armed Forces in Law Enforcement Operations? - The German and European Perspective (ed. 1989). Springer-Verlag Berlin Heidelberg. m/s. 52–57. ISBN 978-3-642-15433-1.
- ^ "Etymologie de gendarme". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Dicapai pada 4 Jul 2023.
1473-83 gendarmerye « ensemble de gens en armes ».. Dér. de gendarme*; suff. -erie*.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Gendarmery atau Gendarmery dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gendarmerie |