Pergi ke kandungan

Gunung Singgalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Singgalang
Pemandangan Singgalang dari Bukittinggi
Titik tertinggi
Ketinggian2,877 m (9,439 ka)
Koordinat0°23′24″S 100°19′51″E / 0.39000°S 100.33083°E / -0.39000; 100.33083
Geografi
Singgalang yang terletak di Indonesia
Singgalang
Singgalang
Sumatera Barat, Indonesia
Induk banjaranBanjaran Bukit Barisan
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhirTidak diketahui

Gunung Singgalang merupakan sebuah gunung yang terdapat di pulau Sumatera, Indonesia dan mempunyai ketinggian 2,877 meter (9,439 kaki). Gunung Singgalang mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.[1]

Ia adalah gunung berapi berkembar dengan Gunung Tandikat, yang terletak di selatan-selatan-barat Singgalang. Walaubagaimanapun, hanya Tandikat yang mempunyai aktiviti gunung berapi bersejarah. Bukittinggi dan bandar kecil Padang Panjang terletak di sebelah timur gunung ini.[2]

  1. ^ "Singgalang Mountain in IV Koto Sub-District, Indonesia". www.bukittinggi.indonesia-tourism.com. Dicapai pada 2024-10-17.
  2. ^ PeakVisor. "Gunung Singgalang". PeakVisor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]