Heath Ledger
Heath Ledger | |
---|---|
Kelahiran | Heathcliff Andrew Ledger April 4 1979 |
Meninggal dunia | 22 Januari 2008 | (umur 28)
Heathcliff Andrew Ledger (4 April 1979-22 Januari 2008) ialah seorang pelakon Australia dan calon Anugerah Akademi.
Hidup awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Perth, Australia, Ledger berketurunan Ireland serta Scotland, dan tinggal di Australia Barat. Dia menghadiri Sekolah Rendah Gunung Mary di Bukit Gooseberry, dan kemudian menghadiri Sekolah Menengah Guildford untuk melanjutkan pendidikan menengah dan persediaannya. Pada usia 16, Ledger tamat sekolah selepas mengambil peperiksaan ijazah awal, dan mengejar kerjayanya dalam bidang hiburan dewasa. [1] Dengan sahabat karibnya, Trevor DiCarlo, Ledger mengembara tumpang ke Sydney. Akan tetapi waktu rehatnya membawanya balik ke Perth untuk siri TV Sweat (1996) yang dilakonnya dalam peranan pelumba basikal homoseksual. Walaupun siri itu gagal memberikan kesan yang banyak, dia kemudian berlakon dalam siri televisyen Amerika, Roar.
Kerjaya filem
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1999, Ledger berlakon dalam filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You, serta sebagai watak utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan. Sejak masa itu, dia telah berlakon dalam The Patriot sebagai anak watak Mel Gibson, dalam Monster's Ball sebagai anak watak Billy Bob Thornton, dalam A Knight's Tale, dalam Ned Kelly sebagai watak judul, dalam The Order, dan dalam The Brothers Grimm yang dilakonnya bersama Matt Damon.
Ledger mendapat satu tahun yang berjaya pada tahun 2001 kerana penerimaan Anugerah ShoWest untuk "Pelakon Lelaki Masa Depan" bagi persembahannya dalam The Patriot, serta kerana penayangan sejagat filem A Knight's Tale yang amat popular. Pada tahun 2003, Ledger dinamakan sebagai salah satu Tokoh Lelaki Tahun GQ Australia untuk pelakonan.
Pada tahun 2005, Ledger menerima pencalonan "Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama" Golden Globe untuk persembahan sanjungannya dalam Brokeback Mountain yang dilakonnya sebagai Ennis Del Mar, seorang pekerja ladang ternak Wyoming yang membuat hubungan cinta dengan Jack Twist, seorang yang berhasrat menjadi penunggang rodeo, yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Dalam ulasan New York Times bagi Brokeback Mountain, pengkritik filem, Stephen Holden, menulis:
- "Both Mr. Ledger and Mr. Gyllenhaal make this anguished love story physically palpable. Mr. Ledger magically and mysteriously disappears beneath the skin of his lean, sinewy character. It is a great screen performance, as good as the best of Marlon Brando and Sean Penn."
Dalam lagi satu ulasan dalam majalah Rolling Stone, pengkritik filem Peter Travers menulis:
- "Ledger's magnificent performance is an acting miracle. He seems to tear it from his insides. Ledger doesn't just know how Ennis moves, speaks and listens; he knows how he breathes. To see him inhale the scent of a shirt hanging in Jack's closet is to take measure of the pain of love lost."
Ledger menerima anugerah "Pelakon Lelaki Terbaik 2005" untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco. Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk "Pelakon Lelaki Terbaik" untuk persembahannya.
Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I'm Not There. Walaupun tidak sebenarnya melakonkan Dylan, Ledger bersama pelakon-pelakon lain akan melakonkan aspek-aspek sifat watak Dylan yang berbeza.
Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I'm Not There yang dilakon oleh Christian Bale. Filem itu akan siap pada tahun 2008. [1]Diarkibkan 2012-07-17 di Wayback Machine
Perhubungan dengan akhbar
[sunting | sunting sumber]Ledger telah mengalami perhubungan yang bergelora dengan media-media berita, terutamanya jurugambar akhbar. Dia dikatakan meludahi dan menyerang seorang jurugambar di Sydney pada tahun 2004, manakala saudaranya juga dikatakan meludahi seorang jurugambar pada tahun 2005. Ledger berkeras menafikan tuduhan itu. [2] Pada 13 Januari 2006, banyak jurugambar membalas dengan memancut Ledger dengan pistol-pistol air ketika dia berjalan di atas permaidani merah untuk tayangan perdana Brokeback Mountain di Sydney.
Ledger baru-baru ini telah dikritik dalam akhbar-khbar selepas kelakuannya di atas pentas semasa penyampaian Anugerah Persatuan Pelakon Filem 2005. Dia didapati ketawa berdekit-dekit, dan kelakuannya itu diperihalkan sebagai aneh ketika menyampaikan pencalonan filem Brokeback Mountain untuk Persembahan Barisan Pelakon dalam Filem. Akhbar Los Angeles Times memerihalkan kelakuannya sebagai "sejenis olok-olokan homoseksual". [3] Ledger kemudian berhubung dengan Times untuk menerangkan kelakuannya sebagai suatu gugup pentas yang diakibatkan oleh ketidaksediaan menyampaikan pencalonan tersebut kerana hanya diberikan tugas itu beberapa minit sebelum itu. "Aku meminta maaf atas patah jiwaku," Ledger berkata kepada akhbar itu. [4]
Ledger juga dibidas selepas dia dipetik dalam akhbar Australia, Herald Sun, pada bulan Januari 2006 kerana menghina Virginia Barat, sebuah negeri Amerika Syarikat. Apabila Ledger salah menganggap bahawa negeri itu mengharamkan filemnya, "Brokeback Mountain", dia membuat penyataan bahawa Virginia Barat mempunyai hukuman bunuh tanpa perbicaraan sehingga 1980-an. Kenyataan-kenyataan itu telah dipertikaikan oleh ahli-ahli arkib dan sejarah yang menunjukkan bahawa hukuman bunuh terakhir tanpa perbicaraan diadakan di Virginia Barat pada tahun 1931. [2] Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ledger menjalin hubungan cinta dengan Naomi Watts yang dikenalinya di set Ned Kelly pada 2002. Mereka mula keluar pada Ogos 2002. Mereka menamatkan perhubungan mereka pada April 2004. Sebelumnya, dia keluar dengan pelakon Lisa Zane dan Heather Graham.
Ledger baru-baru ini bertunang dengan pelakon Michelle Williams yang ditemuinya di set Brokeback Mountain. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Matilda Rose, yang dilahirkan pada 28 October, 2005. Ayah pembaptisannya ialah Jake Gyllenhaal dan ibu pembaptisannya Busy Philipps, pelakon sama Michelle dalam Dawson's Creek.
Dia seorang penyokong Kelab Bola Sepak Eagles Pantai Barat dalam Liga Bola Sepak Australia.
Semenjak 2006, Ledger tinggal di Brooklyn, New York [5] dan menjual rumahnya di Bronte, New South Wales, Australia, untuk A$7 juta.[6][7].
Kematian
[sunting | sunting sumber]Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Australian actor Heath Ledger found dead in New York City |
Ledger ditemui mati di dalam sebuah pangsapuri di kejiranan SoHo, New York pada 22 Januari 2008. Mayat Ledger ditemui sekitar jam 3:26pm (waktu tempatan)EST[8] oleh seorang penjaga rumah dan pakar terapi urut yang masuk ke dalam bilik tidur Ledger dan mendapatinya tidak sedar di atas katil dengan pil tidur berdekatan. Pihak polis tidak mengesyaki adanya perbuatan khianat[9][10] dan tidak menolak samada bunuh diri atau pengambilan berlebihan secara tidak sengaja.[11]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan lain |
---|---|---|---|
Filem | |||
2008 | The Dark Knight | The Joker | |
2008 | Kingdom of Trolls | Gifford | |
2007 | I'm Not There | Bob Dylan | |
2006 | Candy | Dan | |
2005 | Casanova | Giacomo Casanova | |
2005 | Brokeback Mountain | Ennis del Mar | Calon Anugerah Akademi (Pelakon Lelaki Utama Terbaik) Calon Golden Globe (Pelakon Lelaki Utama Terbaik - Drama) Calon Anugerah BAFTA (Pelakon Lelaki Utama Terbaik) Calon SAG (Pelakon Lelaki Utama Terbaik, Kesatuan Barisan Pelakon Terbaik) |
2005 | The Brothers Grimm | Jacob Grimm | |
2005 | Lords of Dogtown | Skip Engblom | |
2003 | The Order | Alex Bernier | |
2003 | Ned Kelly | Ned Kelly | Calon Anugerah AFI (Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama) |
2002 | The Four Feathers | Harry Faversham | |
2001 | Monster's Ball | Sonny Grotowski | |
2001 | A Knight's Tale | Sir William Thatcher/Sir Ulrich von Lichtenstein dari Gelderland | |
2000 | The Patriot | Gabriel Martin | |
1999 | 10 Things I Hate about You | Patrick "Pat" Verona | |
1999 | Two Hands | Jimmy | Calon Anugerah AFI (Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama) |
1997 | Paws | Oberon | |
1997 | Blackrock | Toby | |
1992 | Clowning Around | ||
Televisyen | |||
1997 | Home and Away | Scott Irwin | |
1997 | Roar | Conor | |
1996 | Sweat | Snowy Bowles |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Akademi
[sunting | sunting sumber]Anugerah Akademi, atau "Oscars" adalah satu set penghargaan yang diberikan setiap tahun untuk kecemerlangan pencapaian sinematik. Anugerah yang dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), pertama kali diadakan pada tahun 1929 di Hotel Roosevelt Hollywood.
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2005 | Brokeback Mountain | Best Actor | Tercalon | [12] |
2008 | The Dark Knight | Best Supporting Actor | Menang (posthumously) | [13] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
1999 | Two Hands | Best Actor in a Leading Role | Tercalon | |
2003 | Ned Kelly | Tercalon | ||
2005 | Brokeback Mountain | Best International Actor | Menang | [14] |
Reader's Choice Award for Best Actor | Menang | [14] | ||
2006 | Candy | Best Actor in a Leading Role | Tercalon | [15] |
2008 | The Dark Knight | Best International Actor | Menang (posthumously) | [16] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2008 | — | Chauvel Award | Menang (posthumously) | [17][18] |
British Academy Film Awards
[sunting | sunting sumber]The British Academy Film Award is an annual award show presented by the British Academy of Film and Television Arts. The awards were founded in 1947 as The British Film Academy, by David Lean, Alexander Korda, Carol Reed, Charles Laughton, Roger Manvell and others.[19] Ledger received one award from two nominations.
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2006 | Brokeback Mountain | Best Performance by an Actor in a Leading Role | Tercalon | [20] |
2009 | The Dark Knight | Best Actor in a Supporting Role | Menang (posthumously) | [21] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2006 | Brokeback Mountain | Best Performance by an Actor in a Motion Picture - Drama | Tercalon | [22] |
2009 | The Dark Knight | Best Performance by an Actor in a Supporting Role | Menang (posthumously) | [22] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2005 | Brokeback Mountain | Best Male Lead | Tercalon | [23] |
2008 | I'm Not There | Robert Altman Award | Menang II (posthumously) | [24] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2006 | Brokeback Mountain | Best Actor | Tercalon | [25] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2009 | The Dark Knight | Best Ensemble Cast | Menang IV (posthumously) | [26] |
Best Onscreen Match-up | Menang V (posthumously) | [26] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2005 | Brokeback Mountain | Outstanding Actor in a Motion Picture - Drama | Tercalon | |
2008 | The Dark Knight | Best Supporting Actor in a Motion Picture | Tercalon (posthumously) | [27] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2009 | The Dark Knight | Best Supporting Actor | Menang (posthumously) | [28] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2008 | The Dark Knight | Best Fantasy Actor | Menang (posthumously) | [29] |
Best Villain | Menang (posthumously) | [29] |
Year | Nominated work | Category | Result | Ref. |
---|---|---|---|---|
2005 | Brokeback Mountain | Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture | Tercalon III | [30] |
Outstanding Performance by a Male Actor in a Leading Role in a Motion Picture | Tercalon | [30] | ||
2008 | The Dark Knight | Outstanding Performance by a Male Actor in a Supporting Role in a Motion Picture | Menang (posthumously) | [31] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Transcript[pautan mati kekal]. Rolling Stone interview. March 2006.
- ^ Heath Explains Diarkibkan 2007-08-12 di Wayback Machine. February 2006. LATimes.com.
- ^ Los Angeles Times. Heath Explains Diarkibkan 2007-08-12 di Wayback Machine. February 2006. LATimes.com.
- ^ The Age. Ledger in damage control. February 12, 2005. TheAge.com
- ^ HeathBaby.com. Heath Ledger Bio Diarkibkan 2006-08-16 di Wayback Machine. Accessed February 14, 2005.
- ^ The Age. Ledger hopes for $3m profit on beach house. February 10, 2005. TheAge.com
- ^ (15 April, 2006).Why the rich are kings of the castle Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine. The Daily Telegraph. URL accessed 23-7-06.
- ^ Heath Ledger found dead BBC News
- ^ Chan, Sewell (January 22, 2008). "Actor Heath Ledger Is Found Dead". The New York Times. Dicapai pada 2008-01-22.
- ^ Heath Ledger found dead in NYC Yahoo! News/AP
- ^ "Heath Ledger found dead in NYC apartment". Dicapai pada 2008-01-22.
- ^ Coultan, Mark (11 January 2006). "Heath's on the Oscars ledger". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 17 March 2009.
- ^ Neumaier, Joe (22 February 2009). "'Slumdog Millionaire' wins Oscar for Best Movie; the late Heath Ledger is Best Supporting Actor". Daily News (New York). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-24. Dicapai pada 23 February 2009.
- ^ a b Sutherland, Claire (8 December 2006). "Jindabyne sunk by Ten Canoes". Herald Sun. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ "Ten Canoes paddles to AFI Craft success". The Age. 7 December 2006. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ "Heath Ledger honoured by Australian film industry". The Daily Telegraph. 8 December 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ Malkin, Bonnie (18 July 2008). "Heath Ledger to be honoured for contribution to Australian film industry". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-11. Dicapai pada 21 August 2010.
- ^ Christian, Nicholas (20 July 2008). "Australians give Ledger posthumous film award". Scotland on Sunday. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-09. Dicapai pada 9 March 2009.
- ^ Newcomb, Horace (February 3, 2014). Encyclopedia of Television. Taylor & Francis. m/s. 320. ISBN 978-1-135-19479-6.
- ^ "Bafta 2006 nominations in full". BBC News Online. 19 January 2006. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ "Ledger wins Bafta award at show". BBC News Online. 8 February 2009. Dicapai pada 8 February 2009.
- ^ a b "HFPA — Awards Search". Golden Globes Official Website. Diarkibkan daripada yang asal (Web) pada 5 September 2008. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ "'Brokeback' wins more hardware at Independent Spirit Awards". Canadian Broadcasting Corporation. cbc.ca. 5 March 2006. Dicapai pada 22 January 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Briggs, Caroline (24 February 2008). "Juno triumphs at Spirit awards". BBC News Online. Dicapai pada 22 January 2009.
I'm Not There also took the first ever Robert Altman Award ... for a filmmaker, casting director and acting ensemble.
- ^ Willoughby, Shannon; Sam Cleveland (18 November 2006). "Controversy adds showbiz touch to Gold Coast glitz Abbie uses those five little words". The Gold Coast Bulletin: 009.
Voted best actor was Ten Canoes' Crusoe Kurddal, who beat Heath Ledger and Gabriel Byrne
- ^ a b Child, Ben (8 January 2009). "People's Choice awards make Dark Knight's day". The Guardian. guardian.co.uk. Dicapai pada 22 January 2009. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Feinberg, Scott (January 2009). "Posthumous Oscar nominations a reality since the first Academy Awards; Is Heath Ledger next?". Los Angeles Times. Dicapai pada 22 January 2009.
With Heath Ledger having already snagged nominations ... for a Golden Globe, Satellite Award, and Screen Actors Guild Award
- ^ Kilday, Gregg (24 June 2009). "Dark Knight tops Saturn Awards". The Hollywood Reporter. Reuters. Dicapai pada 25 June 2009.
- ^ a b "The Dark Knight Screams". IGN Movies. 20 October 2008. Dicapai pada 9 March 2009.
- ^ a b "'Brokeback' leads SAG Award nominations". CNN: Showbiz/Movies. 5 January 2006. Dicapai pada 22 January 2009.
- ^ Brown, Lane (26 January 2009). "PGA and SAG Bow to Peer Pressure, Name Slumdog Millionaire Best Picture". New York. Dicapai pada 26 January 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Heath Ledger. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Heath Ledger |
- Am: