Jabatan Perang Amerika Syarikat
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 7 Ogos 1789 |
Dibubarkan | 18 September 1947 |
Agensi-agensi yang mengambil alih | |
Jenis | Jabatan eksekutif |
Menteri bertanggungjawab | |
Agensi anak |
Jabatan Perang Amerika Syarikat, juga dipanggil Jabatan Perang (dan kadang-kala Pejabat Perang di awal tahunnya), adalah jabatan Kabinet Amerika Syarikat yang pada asalnya bertanggungjawab bagi operasi dan penyelenggaraan Tentera Darat Amerika Syarikat, juga memikul tanggungjawab bagi hal ehwal tentera laut sehingga penubuhan Jabatan Tentera Laut pada tahun 1798, dan bagi kebanyakan tentera udara yang berpangkalan di darat sehingga kewujudan Jabatan Tentera Udara pada 18 September 1947.
Setiausaha Perang adalah penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab seperti kewangan dan pembelian serta peranan kecil dalam pengarahan hal ehwal ketenteraan, mengepalai Jabatan Perang di sepanjang kewujudannya.
Jabatan Perang wujud dari 7 Ogos 1789[1] sehingga 8 September 1947, apabila ia dipecahkan kepada Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Udara dan disertai Jabatan Tentera Laut sebagai sebahagian daripada Lembaga Ketenteraan Nasional (NME) yang baru, dinamakan semula Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1949.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Setiausaha Perang Amerika Syarikat, anggota Kabinet Amerika Syarikat, mengepalai Jabatan Perang.
Akta Keselamatan Negara 1947 menggabungkan Jabatan Perang dan Jabatan Tentera Laut kedalam Lembaga Ketenteraan Nasional, kemudian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari yang sama akta ini telah ditandatangani, Perintah Eksekutif 9877 memfokuskan fungsi ketenteraan dan tanggungjawab utama[2] dengan fungsi-fungsi Jabatan Perang dibahagikan antara Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Udara yang baru.
Selepas Perang Dunia II, kerajaan Amerika memutuskan untuk membuang perkataan 'Perang' ketika merujuk kepada pimpinan awam ke atas tentera. Peninggalan bekas istilah adalah Maktab Perang Tentera Darat, Maktab Perang Tentera Laut dan Maktab Perang Udara, yang masih melatih para pegawai tentera A.S. dalam taktik medan tempur dan strategi pertempuran perang.
Mohor jabatan
[sunting | sunting sumber]Tarikh "MDCCLXXVIII" dan designasi "Pejabat Perang" menandakan asalnya mohor ini. Tarikh (1778) merujuk kepada tahun penubuhannya. Istilah "Pejabat Perang" digunakan semasa Revolusi, dan selama bertahun-tahun kemudian, dikaitkan dengan Markas Tentera Darat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sejarah ketenteraan Amerika Syarikat, untuk peperangan utama
- Setiausaha Perang Amerika Syarikat
- Penolong Setiausaha Perang Amerika Syarikat
- Panglima Tentera Darat Amerika Syarikat
- Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat
- Relative costs of American wars
- Ringkasan Peperangan Indian Amerika 1832–1918
- Ringkasan Laporan Wilayah Tentera Kelima (Texas) 1866–1870
- Fort Yellowstone
Nota dan rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Establishment of the Department of War - US House of Representatives: History, Art & Archives". house.gov. Dicapai pada December 16, 2016.
- ^ http://www.nationalmuseum.af.mil/factsheets/factsheet.asp?id=1845
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Cline, Ray S. Washington Command Post: The Operations Division, United States Army in World War II. (1950)
- Coffman, Edward M. The Regulars: The American Army, 1898–1941 (2007) excerpt and text search
- Coffman, Edward M. The hilt of the sword: the career of Peyton C. March (1966), on World War I
- Hewes, James E. From Root to McNamara: Army Organization and Administration, 1900–1963. (1975)
- Koistinen, Paul A. C. Beating Plowshares into Swords: The Political Economy of American Warfare, 1606–1865 (1996) excerpt and text search
- Koistinen, Paul A. C. Mobilizing for modern war: the political economy of American warfare, 1865–1919 (1997)
- Koistinen, Paul A. C. Planning War, Pursuing Peace: The Political Economy of American Warfare, 1920–1939 (1998) excerpt and text search
- Koistinen, Paul A. C. Arsenal of World War II: the political economy of American warfare, 1940–1945 (2004)
- Shannon, Fred. The Organization and Administration of the Union Army 1861–1865 (2 vol 1928) vol 1 excerpt and text search; vol 2 excerpt and text search
- Pogue, Forrest C. George C. Marshall, Volume 2: Ordeal and hope, 1939–1942 (1967)
- Pogue, Forrest C. George C. Marshall, organizer of victory, 1943–1945 (1973)
- White, Leonard D. The Federalists: a Study in Administrative History, (1948).
- White, Leonard D. The Jeffersonians: A Study in Administrative History, 1801–1829 (1965)
- White, Leonard D. The Jacksonians: A Study in Administrative History, 1829–1861. (1965)
- White, Leonard D. The Republican Era, 1869–1901 a Study in Administrative History, (1958)
- Wilson, Mark R. The Business of Civil War: Military Mobilization and the State, 1861–1865 (2006) excerpt and text search
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jabatan Perang Amerika Syarikat |
- Reconstruction of War Department Records from 1784 to 1800 Diarkibkan 2015-03-25 di Wayback Machine
- Official Reports of the War of the Rebellion {US Civil War} 1861–1865 {published 1880–1901}
- US Army General Orders for 1885
- U.S. War Department, Operations Division Diary, 1941–1946, Dwight D. Eisenhower Presidential Library
- American State Papers, 1789 to 1837 – Library of Congress
- Karya-karya oleh Jabatan Perang Amerika Syarikat di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Jabatan Perang Amerika Syarikat di Internet Archive