Pergi ke kandungan

Kawah Albategnius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi kawah Albategnius di Bulan
Kawah Albategnius
Koordinat11°12′S 4°06′E / 11.2°S 4.1°E / -11.2; 4.1Koordinat: 11°12′S 4°06′E / 11.2°S 4.1°E / -11.2; 4.1
Diameter129 km
Kedalaman4.4 km
Colongitude356° pada fajar
EponimAl-Battani

Kawah Albategnius ialah sebuah kawah hentaman qamari yang terletak di tanah tinggi tengah. Kawah ini dinamakan sempena nama Latin ahli falak dan ahli sains Muslim pada Zaman Pertengahan, Al-Battani.

Kawasan dalaman yang mendatar kawah membentuk dataran berdinding yang dikelilingi sembir berteres. Dinding luar berbentuk heksagon, yang dimakan hentaman, lurah dan runtuhan tanah. Ketinggian kawah mencapai lebih 4,000 meter pada muka timur laut. Sembir ditindih kawah yang lebih kecil, iaitu kawah Klein, pada bahagian barat daya.

Sedikit ke barat pusat kawah ialah puncak pusatnya yang disebut Alpha (α) Albategnius. Puncak ini merupakan puncak dalam arah utara-selatan yang paling panjang dan melebihi 20 kilimeter dan lebar lebih kurang 10 km. Kemuncak bukit ini berada pada altitud lebih kurang 1.5 km dan terdapat kawah yang baharu di atasnya.

Albategnius terletak di arah selatan kawah Hipparchus dan di arah timur kawah Ptolemaeus dan Alphonsus. Permukaan kawasan ini ditandai satu barisan parut yang hampir selari yang membentuk saluran dari arah utara ke selatan dan membelok sedikit ke arah tenggara.

Pencerapan

[sunting | sunting sumber]

Dipercayai Albategnius yang tampil beriringan penamat qamari hadir [[dalam sebuah lukisan awal Galileo dalam bukunya Sidereus Nuncius yang diterbitkan pada tahun 1610.

Nama-nama

[sunting | sunting sumber]

Albategnius dinamakan sempena Abu Abdullah al-Battani. Seperti kebanyakan kawah yang terletak pada muka dekat Bulan, namanya diberi oleh Giovanni Riccioli, pereka sistem nomenklatur tahun 1651 yang sudah dipiawaikan.[1] Ahli kartografi qamari yang terdahulu memberi beberapa nama berlaina kepada kawah ini. Peta tahun 1645 Michael van Langren memanggilnya Ferdinandi III Imp. Rom. sempena Maharaja Roman Suci Ferdinand III.[2] Johannes Hevelius pula memanggilnya Didymus Mons.[3]

Kawah-kawah satelit

[sunting | sunting sumber]

Mengikut resmi ciri-ciri yang terdapat di permukaan Bulan dikenal pasti pada peta qamari dengan huruf yang diletakkan pada sisi pusat kawah yang paling dekat dengan Albategnius.

Albategnius Latitud Longitud Diameter
A 8.9° S 3.2° T 7 km
B 10.0° S 4.0° T 20 km
C 10.3° S 3.7° T 6 km
D 11.3° S 7.1° T 9 km
E 12.9° S 6.4° T 14 km
G 9.4° S 1.9° T 15 km
H 9.7° S 5.2° T 11 km
J 11.1° S 6.2° T 7 km
K 9.9° S 2.0° T 10 km
L 12.1° S 6.3° T 8 km
M 8.9° S 4.2° T 9 km
N 9.8° S 4.5° T 9 km
O 13.2° S 4.2° T 5 km
P 12.9° S 4.5° T 5 km
S 13.3° S 6.1° T 6 km
T 12.6° S 6.1° T 9 km
  1. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p.61.
  2. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 198.
  3. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 204.
  • Andersson, L. E.; Whitaker, E. A. (1982). NASA Catalogue of Lunar Nomenclature. NASA RP-1097.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Blue, Jennifer (July 25, 2007). "Gazetteer of Planetary Nomenclature". USGS. Dicapai pada 2007-08-05.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bussey, B.; Spudis, P. (2004). The Clementine Atlas of the Moon. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-81528-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cocks, Elijah E.; Cocks, Josiah C. (1995). Who's Who on the Moon: A Biographical Dictionary of Lunar Nomenclature. Tudor Publishers. ISBN 978-0-936389-27-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McDowell, Jonathan (July 15, 2007). "Lunar Nomenclature". Jonathan's Space Report. Dicapai pada 2007-10-24.CS1 maint: ref=harv (link)
  • doi: 10.1007/BF00171763
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  • Moore, Patrick (2001). On the Moon. Sterling Publishing Co. ISBN 978-0-304-35469-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Price, Fred W. (1988). The Moon Observer's Handbook. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-33500-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rükl, Antonín (1990). Atlas of the Moon. Kalmbach Books. ISBN 978-0-913135-17-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Webb, Rev. T. W. (1962). Celestial Objects for Common Telescopes (ed. 6th revision). Dover. ISBN 978-0-486-20917-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Whitaker, Ewen A. (1999). Mapping and Naming the Moon. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-62248-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wlasuk, Peter T. (2000). Observing the Moon. Springer. ISBN 978-1-85233-193-1.CS1 maint: ref=harv (link)