Kusinero Cinta
Kusinero Cinta | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Adzrim Shahabudin Hafiz Halim |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Aaron Aziz Jericho Rosales |
Lagu pembukaan | "Takdir Cinta" oleh Awi Rafael |
Lagu penutup | "Takdir Cinta" oleh Awi Rafael |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris Tagalog |
Bilangan episod | 100 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Mustika HD Astro Prima |
Siaran asal | 26 Mei 2014 – 7 Oktober 2014 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Kerana Aku Tak Cinta |
Diikuti oleh | Bercakap Dengan Jin |
Kusinero Cinta merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2014 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Global Station Sdn. Bhd., dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales. Siri ini memulakan siaran serentak di Astro Mustika HD bermula 26 Mei hingga 7 Oktober 2014.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana. Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,
Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
- Aaron Aziz sebagai Chef Izmir
- Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
- Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
- Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir
- Nadzriah Nadzri sebagai Mimi
- Wan Sharmila sebagai Dr. Riana
- Bella Dally sebagai Justina
- Chew Kin Wah sebagai Chef Rio
- Shakilla Khoriri sebagai Aishah
- Jalaluddin Hassan sebagai Syed Jaafar
- Ziela Jalil sebagai Normah
- Miera Leyana sebagai Adawiyah
- Talha Harith sebagai Isa Samad
- Puteri Mardina sebagai Jee
- Zalfe sebagai Hafizul Fitri
- Mohd Nasrul Anuar sebagai Tengku Waquedin
- Shafiz Sumari sebagai Anas
- Ika Zulkifli sebagai Jijat
- Natasah Ismail sebagai Inspektor Sujak
- Norman Saleh sebagai Chef Jamal
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Menurut penerbit Datin Zaiton Mohd Jiwa, 'Kusinero' bermaksud 'cef lelaki' dalam bahasa Tagalog. Penggambaran drama ini dijalankan di Kuala Lumpur, Singapura dan Manila.
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Lagu tema Kusinero Cinta ialah "Takdir Cinta" dipersembahkan oleh Awi Rafael.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
- ^ "Kusinero Cinta satukan Jericho Rosales, Tiz Zayah dan Aaron Aziz". Galaksi Media. 22 Mei 2014. Dicapai pada 15 Julai 2014.
- ^ Drama Kusinero Cinta mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
- ^ Khadijah Ibrahim (11 Julai 2018). Takdir Cinta Awi Rafael Diarkibkan 2018-08-09 di Wayback Machine Kosmo! (7 September 2014). Dicapai pada 9 Ogos 2015.