Lady Gaga
Rencana ini perlu dikemas kini.(Apr 2023) |
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Apr 2023) |
Lady Gaga | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Stefani Joanne Angelina Germanotta |
Juga dikenali sebagai | Mother MonsterStefani GermanottaJoanne |
Genre | PopDance-popElektronikR&BJazz |
Pekerjaan | PenyanyiPencipta laguAhli muzikPenulis LirikPenariPelakonPengarah Video MuzikAktivis KemanusianPereka Fesyen |
Instrumen | VokalPianoKeyboardGitar |
Tahun aktif | 2000 - Kini |
Syarikat rakaman | Def JamInterscopeKon LiveStreamlineCherrytree |
Laman sesawang | www.ladygaga.com[1] |
Stefani Joanne Angelina Germanotta (lahir 28 Mac 1986; umur 38 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lady Gaga) adalah seorang pemuzik dari Amerika Syarikat yang berdarah campuran Itali. Beliau menulis lagu untuk Interscope Records, selain menyanyi. Pada permulaan karier, beliau sering menyanyi di kelab-kelab kecil di bandaraya New York. Pencapaian dalam bidang muzik beliau sangat memberangsangkan apabila beliau memenangi enam Anugerah Grammy, 13 MTV Video Music Awards dan banyak lagi anugerah lain. Lady Gaga sering muncul muka depan majalah hiburan seperti Billboard, V , Vogue, The Rolling Stone dan sebagainya. Lady Gaga juga mendapat tempat teratas dalam senarai pegikut twitter terbanyak. selain itu, beliau juga mengalahkan Ratu Elizabeth II dalam senarai wanita paling terpengaruh dan paling berkuasa dunia. Menurut akhbar The Guardian, Lady Gaga adalah selebriti pertama yang memberi gelaran kepada kelab peminatnya dengan gelaran Little Monsters dengan slogan "Paws Up!!" dan tren ini menjadi ikutan selebriti bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia, Lady Gaga juga dinobat artis pertama mendapat satu billion jumlah tontonan video di YouTube, Lady Gaga juga pernah dinobatkan artis solo pertama mendapat dua anugerah Berlian(Diamond) oleh RIAA dengan lebih 10 juta muat turun digital (secara sah) melalui lagu Bad Romance dan Poker Face, selain aktif dalam bidang seni Lady Gaga juga aktif dalam kegiatan Aktivis dan Kemanusian dengan menubuhkan Born This Way Foundation bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik. Lady gaga juga dikenali dengan aktivis LGBTQ+, Beliau juga memperjuangkan hak kesamarataan, projek terbaru beliau adalah 'It's On Us' dgn usaha sama naib presiden Amerika Joseph Biden membantu mangsa seksual dikalangan masyarakat terutama pelajar kolej dan universiti, ianya bermula dengan sebuah dokumentari "The Hunting Ground', Lady Gaga bertindak sebagai penyanyi lagu tema(Till It Happens To You) untuk dokumentari tersebut, beliau juga adalah mangsa serangan seksual.
Kebanyakan hasil kerja lagu beliau sering berkait rapat dengan peribadi beliau seperti keluarga, karier , cinta dan sebagainya. Seperti contoh, Marry The Night - tentang kepayahan beliau di awal karier sebagai artis, Speechless - rayuan kepada bapanya untuk menjalani pembedahan jantung, The Edge Of Glory - cinta datuk dan neneknya hingga ke penghujung nyawa, Dope - tentang ketagihan melampau terhadap kanabis dan alkohol, Do what You Want - sindiran kepada tabloid yang mengeji kariernya, ARTPOP - bertapa cintanya beliau terhadap muzik, Gypsy - merantau keseluruh dunia untuk membuat konsert 'tour' dan banyak lagi contoh lain, dalam masyarakat , beliau telah menjadi ikon dan contoh teladan untuk para remaja dengan hasil kerja beliau serperti Born This Way, Hair dan Scheiße yang boleh meningkat keyakinan diri. Selain daripada itu, hasil kerja beliau juga tidak terlepas dari kontroversi dan menerima kecaman dari masyarakat yang sering mengsalah anggap dan tersasar dari apa yang dimaksudkan, sebagai contoh Judas, Do What You Want, Black Jesus+Amen Fashion. Lady Gaga juga menulis dan mengarah beberapa video muzik beliau sendiri seperti Telephone duet bersama Beyonce, Judas, G.U.Y dan Marry The Night, seperti lagu gubahanya, video muzik beliau juga tidak terlepas dari kontroversi dan kecaman masyarakat apabila sentimen agama dan LGBTQ+ dimasukan ke dalam video muzik Alejandro.
Dalam bidang fesyen, Lady Gaga sering menjadi tumpuan wartawan setiap kali acara karpet merah berlansung tidak kira majlis apa sekali pun, keunikan beliau menggayakan busana pelik sering menjadi perbualan masyarakat seluruh dunia antaranya baju diperbuat daripada daging mentah (Meat Dress), pakaian kertas, pakaian getah, kasut tumit tinggi 10 inchi, rambut palsu berlampu dan sebagainya. Dari tahun ke tahun, kematangan Lady Gaga kian teserlah melalui gubahan lagu dan cara beliau berpakaian.
Lady Gaga terkenal dengan pakaian pelik dan seksinya menjadi pengaruhnya besar terhadap peminatnya dan juga selebriti-selebriti lain. Gaya muziknya diilhami oleh para rocker glam seperti David Bowie dan Queen serta penyanyi seperti Michael Jackson dan Madonna. Ia telah menghasilkan lima buah album, empat buah album pop dan satu album jazz dengan gabungan bersama Tony Bennett (satu album dan satu album pakej semula) berjudul "The Fame" (2008), "The Fame Monster" (2009), "Born This Way" (2011) , "ARTPOP" (2013) dan "Cheek To Cheek" (2014) album gabungan bersama penyanyi jazz terkenal Tony Bennett. Pada tahun 2015, Billboard menamakan beliau sebagai 'Woman Of The Year'. Dalam 8 Tahun(2008-2016) Lady Gaga dalam industri seni, beliau telah mempengaruhi ramai selebriti dgn fesyen beliau antaranya Katy Perry , Nicki Minaj, dan Taylor Swift.
Pada tahun 2015 Lady Gaga mengembangkan lagi bakat seni beliau dengan mencuba nasib dalam bidang lakonan dengan membintangi siri kelima American Horror Story: Hotel , dengan membawa watak sebagai pontianak , lakonan beliau membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam kategori lakonan drama tv di anugerah The Golden Globe tahun 2016.
Senarai Lagu Lady Gaga
[sunting | sunting sumber]- Just Dance
- LoveGame
- Paparazzi
- Beautiful, Dirty Rich
- Eh, Eh (Nothing Else I Can Say)
- Poker Face
- The Fame
- Money Honey
- Again Again
- Boys, Boys, Boys
- Brown Eyes
- Summerboy
- I Like it Rough
- Starstruck (featuring Flo Rida and Space Cowboy)
- Paper Gangsta
- Disco Heaven
- Vanity
- Dirty Ice - cream
- Retro Physical
- Rockshow
- Wonderful
- Shake UR Kitty
- Fever
- Honest Eyes
- Christmas Tree
- Fashion
- Fancy pants
- Kaboom
- No Floods
- Wonderland
- Everyone
- Let Love Down
- Blueberry kisses
- Big Girl Now (Featuring Lady Gaga)
- Telephone(feat Beyonce)
- Alejandro
- Born This Way
- The Edge Of Glory
- Yoü And I
- Marry The Night
- Judas
- Cake Like Lady Gaga (tidak rasmi)
- Blood Mary
- Queen
- Highway Unicorn (Road To Love)
- Bad Romance
- Americano
- Goverment Hooker
- Black Jesus + Amen Fashion
- Chillin (Feat Wale)
- Electric Chapel
- Dance In The Dark
- Fashion Of His Love
- Hair
- Heavy Metal Lover
- The Lady Is A Tramp (Feat Tony Bennett)
- Monster
- Scheiße
- Speechless
- So Happy I Could Die
- Video Phone (Featuring Beyonce)
- Aura
- Venus
- G.U.Y.
- Sexxx Dreams
- Jewels N' Drugs
- MANiCURE
- Do What U Want
- ARTPOP
- Swine
- Fashion!
- Mary Jane Holland
- Dope
- Gypsy
- Applause
- Till It Happens To You
- Princess Die (tidak rasmi)
- Brooklyn Night (tidak rasmi)
- Partynauseous (tidak rasmi)
- No Way (tidak rasmi)
- Always Remember Us This Way - dari filem "A Star is Born"
- Shallow (duet bersama Bradley Cooper) - dari filem "A Star is Born"
- La Vie En Rose (Edith Piaf cover) - dari filem "A Star is Born"
Senarai Album Lady Gaga
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul Album | Senarai Trek (Edisi Standard) | Kulit Album (edisi biasa) |
---|---|---|---|
2006 | Red And Blue |
|
|
2008 | The Fame |
|
|
2009 | The Fame Monster |
|
|
2011 | Born This Way |
|
|
2013 | ARTPOP |
|
|
2014 | Cheek to Cheek |
|
|
2016 | Joanne |
|
|
2020 | Chromatica | ||
2024 | Harlequin |
Siri Konsert Jelajah Dunia
[sunting | sunting sumber]Tarikh dan Tahun | Tajuk Konsert | Senarai Trek | Jumlah Persembahan
dan Kutipan |
Highlights |
---|---|---|---|---|
12 Mac 2009 -
22 September 2009 |
The Fame Ball
Tour |
GhettoHouse Fix" remix)
|
$347,860 |
|
27 November 2009 -
6 Mei 2011 |
The Monster Ball
Tour |
|
$227.4 million |
|
27 April 2012 -
11 Febuari 2013 |
Born This Way Ball
Tour |
|
$183.9 million . . 21 persembahan terpaksa dibatalkan atas sebab kecederaan pinggang yang memerlukan pembedahan segera |
|
4 Mei 2014 -
24 November 2014 |
ArtRave:
The Artpop Ball |
|
$83 million |
|
30 Disember 2014 -
1 ogos 2015 |
Cheek to Cheek
Tour bersama Tony Bennett |
|
$15.3 million |
|
L:K 11:26, 26 September 2016 (UTC)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lady Gaga |
- (Inggeris) Site web rasmi Lady Gaga
- (Inggeris) Lady Gaga Diarkibkan 2009-06-27 di Wayback Machine di Interscope Records
- Rencana Wikipedia yang memerlukan pengemaskinian dari Apr 2023
- Rencana Wikipedia yang memerlukan sunting kopi dari Apr 2023
- Orang hidup
- Kelahiran 1986
- Tunas biografi
- Tunas penyanyi
- Tunas pelakon
- Penyanyi wanita Amerika Syarikat
- Pemenang Anugerah Grammy
- Pelakon wanita Amerika Syarikat
- Pelakon filem Amerika Syarikat
- Pelakon dari New York
- Ahli perniagaan Amerika Syarikat
- Pemuzik Amerika Syarikat
- Penulis lagu Amerika Syarikat