Laozi
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
老子, Laozi | |
---|---|
Laozi meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya. | |
Nama (姓名) | Li Er (李耳) (Pinyin: Lǐ Ěr ) |
Wade-Giles (韦氏拼音) |
Lao Tzu |
Ejaan lain | Lao Tse, Laotse, Lau Tze, Laotze |
Nama Zi (字) (nama selepas berkahwin atau mencapai 20 tahun) |
Boyang (伯陽) atau Dan 聃 (Pinyin: Bó Yáng) (Pinyin: Dān) |
Gelaran Anumerta (selepas kematian) |
老子; (Pinyin: Lǎozǐ) |
Laozi (Bahasa Cina,老子, juga dieja sebagai Lau Tze, Lau Zi, Lao Tzu) merupakan ahli falsafah Cina terkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4 SM (570 SM - 470 SM), semasa Seratus Sekolah Pemikir (諸子百家 Pinyin: zhū zǐ bǎi jiā , Hundred Schools of Thought) pada Zaman Chunqiu, 春秋时期 (770 SM~ 476 SM).
Kecetusan Zaman Chunqiu disebabkan keruntuhan Dinasti Dongzhou,东周, dimana Dinasti Dongzhou terbahagi menjadi negeri-negeri yang kecil. Ketiga, negeri-negeri tersebut saling melancarkan peperangan antara satu sama lain untuk meragut kuasa, tertimbulnya Zaman Negeri-Negeri Berperang, 战国时期. Perjuangan antara pelbagai kelas dan lapisan masyarakat juga berlaku dengan hebat. Sehubungan dengan itu, ramai ahli falsafah terlahir untuk mewakili pelbagai kaum. Laozi mencapai kemasyhuran kerana karyanya, Daode Jing, 道德經, yang masih amat popular pada masa kini.
Zhuangzi,庄子, pengikutnya yang terutama, menulis sebuah buku berjudul selepasnya "Zhuangzi",庄子, yang amat mempengaruhi golongan pujangga Cina melalui gagasan-gagasannya terhadap individualisme, kebebasan tanpa kerunsingan, dan walaupun beliau tidak pernah bercakap tentangnya, kesenian, yang telah merupakan asas untuk estetik Cina.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Catatan tentang Laozi dalam buku sejarah tidak banyak. Sehingga sekarang, terdapatnya beberapa legenda, serta perdebatan, mengenai kewujudan Laozi. Bagaimanapun, ahli sejarah telah mendapat beberapa identiti sejarah yang boleh membuktikan kewujudan Laozi. Identiti-identiti tersebut terkumpul di Luoyang, China.
Dilahirkan di negeri Chu (sekarang Henan), Laozi telah dilantik sebagai penjaga kitab negara oleh Maharaja Dinasti Dongzhou di Luoyang. Beliau menggenggam peluang keemasan ini banyak membaca sehingga berpengetahuan luas terpentang. Kemasyhuran Laozi luas tersebar sehingga kedengaran Confucius.
Laozi meletak jawatannya ketika keruntuhan Dinasti Dongzhou. Laozi menunggang kerbaunya meninggalkan bandar untuk menetap di luar bandar. Semasa beliau tiba ke Kastam Hangu (函谷关), Yixi (尹喜), pegawai kastam ketika itu meminta Laozi meninggalkan sepatah dua. Laozi bersetuju dan menulis Daode Jing yang mengandungi 5,000 perkataan untuk pegawai itu. Selepas itu, Laozi berlepas menuju ke tempat sunyi yang tidak diketahui umum.
Perjumpaan Confucius dengan Laozi
[sunting | sunting sumber]Sewaktu kemasyhuran Laozi telah disebar luas di seluruh China sehingga diketahui oleh Confucius, Confucius berjumpa dengan Laozi. Dalam perjumpaan itu, Confucius menanyai Laozi tentang upacara dan amalan yang patut diamalkan. Laozi menjawab:
- "Apa yang ditanyai merupakan tubuh manusia yang akan menjadi debu pada suatu hari. Yang tertinggal adalah kata-katanya. Seseorang akan berjaya jika masa kejayaannya tiba; jika tidak, dia akan gagal juga. Pedagang yang berjaya akan menyorok kekayaannya, dan begitu juga cendekiawan akan berkelakuan kurang bijak. Oleh itu, kamu hendaklah meninggalkan sikap-sikap sombong, berhasrat tinggi, berasa megah dan berboros. Sikap-sikap itu adalah tidak berguna bagi kamu."
Kemudiannya, Confucius memberitahu pengikut-pengikutnya:
- "Burung boleh terbang,
- Ikan boleh berenang,
- Haiwan boleh berlari,
- Jadi mereka semua akan terperangkap."
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Budaya Tao Diarkibkan 2005-02-17 di Wayback Machine
- China Style Diarkibkan 2006-04-26 di Wayback Machine
- Laozi
- Stanford Encyclopedia of Philosophy
- Laozi dan Daode Jing
- Kehidupan Laozi Diarkibkan 2005-12-11 di Wayback Machine
- 老子 Lǎozĭ 道德經 Dàodéjīng Chinese+English+German