Majlis Tertinggi Fasisme
Majlis Tertinggi Fasisme | |
---|---|
Gran Consiglio del Fascismo | |
Kepimpinan | |
Presiden Majlis | |
Tempat persidangan | |
sunting |
Majlis Tertinggi Fasisme (Itali: Gran Consiglio del Fascismo ) adalah badan utama kerajaan Fasis Mussolini di Itali. Sebuah badan yang memegang dan melaksanakan kuasa yang besar bagi mengawal institusi-institusi kerajaan, ia telah diwujudkan sebagai sebuah badan parti pada tahun 1923 dan menjadi badan negara pada 9 Disember 1928. Majlis tersebut biasanya bersidang di Palazzo Venezia, Rome, yang juga merupakan pusat ketua kerajaan Itali.
Ahli-ahli Majlis
[sunting | sunting sumber]Ahli-ahlinya, dipilih dikalangan gerarchi parti, adalah seperti berikut:
- Benito Mussolini (9 Disember 1928 – 25 Julai 1943)
- Quadrumvirs, orang yang memimpin Perarakan ke Rome – Michele Bianchi (mati pada 1930), Emilio De Bono, Cesare Maria De Vecchi dan Italo Balbo (mati pada 1940).
- Presiden Dewan Senat dan Presiden Dewan Rakyat, dari tahun 1939 Dewan Fasci dan Koperasi
- Menteri Kehakiman, Menteri Luar Negeri, Menteri Pertanian dan Perhutanan, Menteri Pendidikan, Menteri Koperasi, dan Menteri Kebudayaan
- Para presiden Akademi Diraja Itali, mahkamah khas darurat dan pertahanan, dan mereka daripada pihak Koperasi; Usahawan, pekerja Pertanian, pekerja Kilang dan para Petani. Pencipta Guglielmo Marconi adalah Presiden Akademi Itali, menjadikan beliau ahli majlis.
- Ketua Turus iaitu komander MVSN
- Setiausaha Parti Fasis Nasional (yang juga setiausaha Majlis)
- Pelbagai orang dipilih oleh Mussolini sendiri, yang memegang pelantikan selama 3 tahun.
Kuasa-kuasa Majlis
[sunting | sunting sumber]Pada dasarnya, pihak majlis mempunyai kuasa-kuasa ini:
- Kuasa memilih ahli-ahli perwakilan Parti Fasis, mencalonkan setiausaha Parti dan pemimpin parti yang lain, meluluskan undang-undang parti dan kuasa mengenai polisi parti.
- Kuasa memilih pewaris takhta Raja termasuk pilihan putera mahkota, hak raja, kuasa untuk memilih pengganti yang sesuai untuk Perdana Menteri, kuasa untuk memilih keahlian dan fungsi Majlis Tertinggi, Dewan Senat, Dewan Rakyat (kemudian Dewan Fasci dan Koperasi), kuasa untuk menentukan hak-hak dan kuasa-kuasa Perdana Menteri, Perjanjian-perjanjian antarabangsa, dan hal ehwal luar negara.
Perjumpaan Majlis Tertinggi telah diadakan oleh Perdana Menteri sendiri, dan segala dekri dan undang-undang hanya boleh diluluskan selepas mendapat kebenarannya. Berbeza dengan model kerajaan Führerprinzip di Nazi Jerman, sekurang-sekurangnya pihak Majlis Tertinggi secara teori memiliki kuasa untuk menasihatkan Raja Itali memecat Perdana Menteri dari jawatannya. Dengan itu, ia satu-satunya badan yang boleh mengawal kuasa Mussolini.
Penggulingan Mussolini
[sunting | sunting sumber]Majoriti Majlis Tertinggi (19 undian berbalas 8, dengan satu tidak hadir) mengundi, pada awal pagi 25 Julai 1943, atas Arahan Biasa (Ordine del Giorno Grandi) Dino Grandi untuk menggulingkan Mussolini dengan tanpa pertumpahan darah susulan dari Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily. Antara 19 orang yang mengundi pemecatan ialah menantu Mussolini Galeazzo Ciano, yang merupakan bekas menteri luar negeri, dan marsyal berpengaruh Emilio De Bono. Dua orang ini, dan tiga penentang Mussolini yang lain, dengan mendapat bantuan tentera Jerman mengekalkan rejim fasisnya di utara Itali, telah dihukum mati di Verona pada 8 Januari 1944 dan dibunuh tiga hari kemudian.