Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz
Zharif Zhafri | |
---|---|
Kelahiran | Mas Zharif Zhafri bin Abdul Aziz 30 April 1993 |
Nama lain | Mas Zharif Zhafri Aziz Desa |
Pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2017–kini |
Majikan |
|
Ibu | Raden Nor Azlina Raden Jumari |
Bapa | Aziz Desa |
Saudara |
|
Mas Zharif Zhafri bin Abdul Aziz (lahir 30 April 1993) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Buletin TV9. Beliau bersiaran dengan nama Mas Zharif Zhafri Aziz Desa. Ini kerana beliau merupakan anak sulung kepada bekas personaliti TV terkenal, Allahyarham Aziz Desa.[1] Zharif menjadi penyambung legasi bapanya, Aziz Desa apabila diperkenalkan sebagai wajah baru penyampai Buletin TV9 dalam satu sidang media dan mula bersiaran bersama penyampai berpengalaman pada 1 September 2017.[1][2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Mas Zharif mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Iskandar di Alor Setar, Kedah seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, di Shah Alam, Selangor.
Pada Peringkat Menengah pula, Zharif mendapat pendidikan tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi, Kedah. Kemudian bagi mendapatkan pendidikan teknik, beliau menyambung pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5 seterusnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kangar, di Kangar, Perlis.
Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan lagi pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA dalam Diploma Filem dan Video, seterusnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Filem dan Televisyen sebelum menjalani latihan industri di TV9.
Dunia Penyiaran
[sunting | sunting sumber]"Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi."
Peribahasa itu sesuai diungkapkan bagi Zharif yang juga anak Bekas Personaliti TV ini. Laluan bukan mudah baginya, apabila memasuki dunia penyiaran tanpa figura Allahyarham ayahnya disisi yang meninggal dunia pada 25 Disember 2015.
Beliau memasuki dunia penyiaran pada 2017 sebagai pelatih industri di Buletin TV9 yang bertugas sebagai wartawan penyiaran. Bakatnya digilap oleh pihak Buletin TV9 untuk menjadi penyampai berita di saluran TV9. Selain itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan penyiaran di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Beliau masih bertugas sebagai Penyampai Berita TV9 dan wartawan penyiaran sehingga kini.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Lakonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | PSA RTM "Cegah HIV" | Pelakon | Utama |
2012 | Iklan Susu Nestle | Model | Utama |
2013 | Drama RTM "Oh Keluargaku" | Pelakon | Pembantu |
2013 | Bangsawan "Raja Andak Raja Laksamana" | Pelakon | Utama |
2014 | Telemovie RTM "Nyanyi Ayah" | Pelakon | Pembantu |
Pengurusan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2012 | Filem Pendek "Penantian" | Pengurus Produksi |
2012 | Filem Pendek "Air Pasang Dalam" | Kesinambungan |
2012 | Teater Tradisional "Makyong Sindo" | Dokumentasi |
2012 | Filem Pendek "Angan" | Pengarah & Penulis Skrip |
2013 | Filem Pendek "2 Stay Alive" | Dokumentasi |
2013 | Drama RTM "Oh Keluargaku" | Penolong Pengurus Produksi |
Teknikal
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2012 | Filem Pendek "Li Fa Shi" | Camera Assistant |
2012 | Dokumentari "Tagal" | Camera Assistant |
2012 | Dokumentari "Orang Kotak" | Pengarah Fotografi |
2014 | Filem Pendek "G-Mie" | Pengarah Fotografi |
2014 | Telefilem RTM "Nyanyi Ayah" | Camera Assistant |
2015 | Filem Pendek "The Becoming" | Pengarah Fotografi |
2015 | Filem Pendek "Lembu Atep" | Camera Assistant |
2016 | Filem Pendek "Poker Face" | Pengarah Fotografi |
2016 | ASTRO Chinese Reality Show ( Roadshow ) | Cameraman |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018.
- ^ Dennis Chua (5 Ogos 2017). A passion for broadcasting: Legendary host's son to follow in his footsteps New Straits Times. Dicapai pada 5 Ogos 2017.