Michelle Yeoh
Michelle Yeoh | |
---|---|
楊紫瓊 | |
Kelahiran | Yeoh Choo Kheng[1] 6 Ogos 1962 |
Nama lain | Michelle Khan |
Pendidikan | Akademi Tarian Diraja (BA) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pasangan | Dickson Poon (k. 1988; c. 1992) Jean Todt (k. 2023) |
Anugerah | Senarai penuh |
Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh lahir Yeoh Choo Kheng; Cina mudah: 杨紫琼; Cina tradisional: 楊紫瓊; 6 Ogos 1962)[1][2] ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Dikreditkan sebagai Michelle Khan dalam filem-filem terawalnya di Hong Kong, beliau meniti kemasyhuran pada tahun 1990-an selepas membintangi dalam beberapa siri filem aksi Hong Kong yang mana beliau melakukan sendiri aksi ngerinya, seperti Yes, Madam (1985), Magnificent Warriors (1987), Police Story 3: Supercop (1992), The Heroic Trio (1993), dan Holy Weapon (1993).
Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Yeoh meraih pengiktirafan antarabangsa kerana membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies (1997) dan filem seni bela diri Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Kerjayanya berkembang dengan filem-filem seperti Memoirs of a Geisha (2005), Sunshine (2007), The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), dan The Lady (2011), yang mana beliau melakonkan watak Aung San Suu Kyi.
Yeoh melakonkan watak pembantu dalam filem komedi Crazy Rich Asians (2018) dan Last Christmas (2019), dan filem Marvel Cinematic Universe Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021). Beliau juga berlakon dalam siri televisyen Star Trek: Discovery (2017–2020) dan The Witcher: Blood Origin (2022). Untuk peranannya sebagai ibu yang terharu mengemudi pelbagai alam dalam Everything Everywhere All at Once (2022),[3] beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadi rakyat Asia[a] pertama yang memenangi anugerah, dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Akademi dalam sebarang kategori.[4][5][6][7][8][9]
Laman web agregat ulasan filem Rotten Tomatoes menyenaraikan beliau, antara heroin aksi terhebat sepanjang zaman pada tahun 2008.[10] Pada tahun 1997, beliau telah dipilih oleh majalah People sebagai salah seorang daripada "50 Orang Paling Tercantik di Dunia", dan pada tahun 2009 majalah yang sama menyenaraikan beliau sebagai salah seorang "35 Jelitawan Layar Lebar Sepanjang Zaman".[11] Pada tahun 2022, Time menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh dunia di dalam senarai tahunannya dan Ikon Tahun Ini.[12][13]
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Michelle Yeoh | |
---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 楊紫瓊 |
Tulisan Cina Ringkas | 杨紫琼 |
Hanyu Pinyin | Yáng Zǐqióng [jɑ́ŋ tsɨ̀.tɕʰjʊ́ŋ] |
Jyutping | Joeng4 Zi2-king4 Templat:IPAc-yue |
Tâi-lô | Iônn Tsú-khîng [ĩũ tsu kʰiŋ] |
Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos 1962 di Ipoh, Perak,[14] kepada Janet Yeoh dan Datuk Yeoh Kian-teik (1925–2014). Bapanya dipilih sebagai Senator Malaysia dari 1959 sehingga 1969 (mewakili Persatuan Cina Malaysia Perak),[15][16][17] pengerusi Persatuan Peguam Perak,[15] dan pengasas "Sri Maju" pada 1975, perkhidmatan koc antara bandar utama di Malaysia dan Singapura.[15][18] Meskipun berketurunan Hokkien dan Kantonis,[19] beliau dibesarkan dengan bertutur bahasa Inggeris kepada bapanya dan boleh memahami sedikit bahasa Kantonis Malaysia daripada nenek sebelah ibunya yang tinggal bersama mereka.[20] Beliau mempelajari bahasa Kantonis dengan fasih pada tahun 1980-an dan sedikit Mandarin pada tahun 2000-an. Sungguhpun begitu, beliau tidak pernah mempelajari, membaca atau menulis bahasa Cina, yang merupakan penyesalan terbesarnya.[21]
Yeoh meminati tarian sejak kecil, memulakan tarian balet pada usia empat tahun. Beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh, sebuah sekolah menengah khusus untuk wanita, sebagai pelajar rendah. Pada usia 15 tahun, beliau berpindah bersama ibu bapanya ke United Kingdom, yang mana beliau mendaftar di The Hammond School, Chester dan mula berlatih sebagai penari balet.[22][23] Yeoh kemudiannya belajar di Royal Academy of Dance di London, dalam jurusan balet. Walau bagaimanapun, kecederaan tulang belakang menghalangnya daripada menjadi penari balet profesional, dan beliau mengalihkan perhatiannya kepada koreografi dan seni lain.[24] Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam seni kreatif dengan minor dalam drama pada tahun 1982.[25][26]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal dan persaraan pertama (1983–1991)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1983, Yeoh yang ketika itu berusia 20 tahun, memenangi pertandingan Miss Malaysia World.[27] Beliau merupakan wakil Malaysia di Miss World 1983 yang diadakan di London, yang mana beliau menduduki tempat ke-18. Kemudian pada tahun itu, beliau terbang ke Australia yang mana beliau memenangi pertandingan Miss Moomba International 1984.[28] Tugas pertamanya dalam bidang lakonan ialah dalam iklan ja, tangan Guy Laroche bersama Jackie Chan.[28] Ini menarik perhatian syarikat penerbitan filem Hong Kong yang masih baru, D&B Films. Walaupun beliau mempunyai pemahaman pasif tentang Kantonis Ipoh yang dituturkan di kampung halamannya, beliau tidak dapat menuturkannya. Semasa panggilan telefon dalam bahasa Kantonis, beliau telah ditawarkan untuk membintangi iklan televisyen bersama Sing Long, dan hanya menyedari itu ialah nama Kantonis Jackie Chan apabila beliau tiba di studio.[29] Beliau belajar untuk bertutur bahasa Kantonis sebaik sahaja memulakan kerjayanya di Hong Kong.[25]
Yeoh memulakan kerjaya filem dalam genre aksi dan seni bela diri, yang mana beliau melakukan sendiri kebanyakan aksi ngerinya.[30] Telahpun ditawarkan membintangi filem, Yes, Madam (1985), beliau telah diberikan watak utama.[24] Beliau telah dikreditkan sebagai Michelle Khan dalam filem-filem terawalnya. Nama samarannya dipilih oleh D&B Films, yang berpendapat ia mungkin lebih boleh dipasarkan kepada khalayak antarabangsa dan barat. Yeoh berkahwin dengan Dickson Poon, yang menerajui D&B Group, pada tahun 1987 dan bersara daripada bidang lakonan.
Kembali dan kebangkitan sebagai bintang filem aksi dan seni bela diri (1992–2001)
[sunting | sunting sumber]Yeoh kembali aktif dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Police Story 3: Super Cop (1992) selepas bercerai dengan Poon.[27] Beliau muncul dalam filem The Heroic Trio (1993), dan filem Yuen Woo-ping, Tai Chi Master dan Wing Chun masing-masing pada 1993 dan 1994.
Beliau menukar namanya semula kepada Michelle Yeoh apabila beliau memulakan kerjayanya di Hollywood menerusi filem Tomorrow Never Dies pada 1997.[27] Dalam filem James Bond 1997 itu, beliau memegang watak Wai Lin bersama Pierce Brosnan. Brosnan tertarik dengan lakonan Yeoh, menyifatkan beliau sebagai "pelakon hebat" yang amat "serius dan komited terhadap kerjanya".[31] Beliau merujuk kepadanya sebagai "James Bond wanita" merujuk kepada kebolehan tempurnya. Beliau mahu melakukan aksinya sendiri tetapi dihalang kerana pengarah Roger Spottiswoode menganggapnya terlalu berbahaya. Namun begitu, beliau mempersembahkan semuanya adegan pertarungannya sendiri.[32][33] Pada tahun 1997, beliau melakonkan watak Soong Ai-ling dalam filem The Soong Sisters yang memenangi anugerah. Yeoh telah didekati oleh pengarah Ang Lee untuk memegang watak Yu Shu Lien dalam filem seni bela diri berbahasa Mandarin pertamanya Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000). Beliau tidak bertutur bahasa Mandarin sehingga 2000-an, dan beliau terpaksa mempeljari sebaris ayat Mandarin dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon secara fonetik.[34] Filem ini memperoleh kejayaan antarabangsa, dan melayakkan Yeoh menerima pencalonan BAFTA 2000 bagi Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama.
Penurunan kerjaya (2002–2016)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2002, Yeoh terbitkan filem berbahasa Inggeris pertamanya, The Touch, menerusi syarikat penerbitannya sendiri Mythical Films. Pada tahun 2005, Yeoh memegang watak sebagao Mameha dalam adaptasi filem Memoirs of a Geisha, dan diikuti oleh filem 2007, Sunshine. Pada tahun 2008, Yeoh berlakon dalam filem aksi fantsi The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor bersama Brendan Fraser dan Jet Li.[35] Pada tahun 2011, beliau memegang watak sebagai Aung San Suu Kyi dalam filem Luc Besson, The Lady.[36] Yeoh telah disenarai hitam oleh Kerajaan Burma kerana penglibatannya dalam The Lady; beliau juga tidak dibenarkan memasuki Myanmar pada 22 Jun 2011 dan dihantar pulang pada hari yang sama.[37]
Pada Oktober 2011, Yeoh telah dipilih oleh Guerlain sebagai duta penjagaan kulitnya.[38] Peranan Yeoh membantu mengukuhkan hubungan syarikat kosmetik Perancis bersama Asia.[39]
Yeoh tidak muncul dalam mana-mana siri televisyen sehingga 2015, dengan peranan pertamanya sebagai Mei Foster, isteri Duta Besar British ke Thailand, yang merupakan seorang pengintip rahsia Korea Utara yang bernama Li-Na,[40] dalam musim kelima siri Cinemax/Sky series Strike Back.[41]
Peranan pembantu (2017–2020)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, Yeoh memegang watak sebagai Starfleet Kapten Philippa Georgiou dari USS Shenzhou dalam siri Star Trek: Discovery, dan berulang sebagai "cermin" doppelganger Georgiou kemudian dalam rancangan itu.[42][43] Yeoh terus melakonkan peranan selama tiga musim, mendapat pujian kritis dan menjadi kegemaran peminat. Berikutan kejayaan Star Trek: Discovery, siri terbitan turunan dengan Yeoh dalam peranan utama, telah ditugaskan pada 2019.[44] Siri ini, yang akan berkisarkan kepada watak Yeoh, Maharaja Georgiou yang bekerja sebagai ahli Section 31, sebuah pertubuhan pengintip antara galaksi rahsia, masih "dalam pembangunan" setakat pada Januari 2023,[45] namun pada April, Paramount+ mengumumkan ia telah menempah filem Section 31 yang dibintangi Yeoh, bukannya satu siri.[46]
Pada tahun 2018, Yeoh memegang watak Eleanor Young dalam filem arahan Jon M. Chu, Crazy Rich Asians, adaptasi filem dari buku Kevin Kwan bertajuk sama, bersama Constance Wu dan Henry Golding.[47] Carlos Aguilar dari TheWrap menyifatkan persembahannya sebagai "penuh meyakinkan".[48] Pada tahun 2019, she beliau memegang watak kedai Krismas "Santa" dalam filem Last Christmas, bersama Golding dan Emilia Clarke. Filem ini dikeluarkan pada 8 November 2019, dan merupakan kejayaan pecah panggung apabila memperoleh kutipan sebanyak $121 juta di seluruh dunia.[49]
Yeoh memegang watak Ying Nan dalam filem Marvel Studios' Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, arahan Destin Daniel Cretton.[50] Filem ini dikeluarkan pada 3 September 2021. Ia telah diumumkan di The Game Awards 2020 bahawa Yeoh akan membintangi Ark: The Animated Series, sebuah siri yang berdasarkan daripada permainan video Ark: Survival Evolved oleh Studio Wildcard, yang mana beliau memegang watak Meiyin Li, seorang pemimpin pemberontak Cina abad ke-3, yang dikenali sebagai Ratu Binatang.[51]
Kejayaan anugerah (2021–kini)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2022, Yeoh berlakon dalam filem komedi cereka sains Everything Everywhere All at Once arahan pasangan pembikin filem Daniels, dikeluarkan pada Mac hingga kejayaan kritis.[52][53][54] Dalam filem itu, beliau memegang watak pemilik kedai dobi Evelyn Wang yang bergelut, peranan yang dipuji secara meluas oleh pengkritik, dengan David Ehrlich daripada IndieWire menulisnya sebagai "persembahan terbaik yang pernah diberikan oleh Michelle Yeoh".[55][56][24] Untuk peranan inilah Yeoh memperoleh kemenangan Golden Globe pertamanya (menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem – Muzikal atau Komedi di Golden Globe[57]),[58][59] anugerah dan pencalonan Independent Spirit pertamanya, anugerah dan pencalonan Oscar pertamanya,[4][60] pencalonan BAFTA keduanya, dan pencalonan Anugerah Pilihan Pengkritik pertamanya. Selain itu, beliau menjadi wanita Asia pertama yang memenangi mana-mana kategori filem utama individu dalam Anugerah Screen Actors Guild, memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama.[61][62][63] Beliau juga menjadi rakyat Malaysia pertamanya yang dicalonkan untuk dan memenangi Anugerah Akademi,[4] dan rakyat Asia[a] pertama dan wanita kulit berwarna" kedua yang memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.[64][65]
Yeoh bakal muncul dalam siri Disney+ akan datang, American Born Chinese, berdasarkan daripada buku bertajuk sama oleh Gene Luen Yang.[66] Pada Jun 2022, ia telah diumumkan bahawa beliau bakal membintangi siri 8 bahagian, The Brothers Sun untuk Netflix.[67]
Beliau juga bakal membintangi A Haunting in Venice arahan Kenneth Branagh dan sebagai Madame Morrible dalam adaptasi filem dua bahagian bagi muzikal Wicked arahan Jon M. Chu.[68][69][70]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Yeoh beragama Buddha.[71][72][73] Beliau tidak mempunyai anak,[74] dan beranggapan ketidakmampuannya untuk memiliki anak sebagai sebab untuknya mengakhiri perkahwinan pertamanya.[75]
Yeoh berkahwin dengan usahawan Hong Kong Dickson Poon, pemilik empayar perniagaan seperti Harvey Nichols dan Charles Jourdan,[76] dari 1988 sehingga 1992.[24] Pada tahun 1998, Yeoh bertunang dengan Alan Heldman, seorang ahli kardiologi Amerika.[77] Pada tahun 2004, beliau mula menjalin hubungan dengan Jean Todt,[78] yang ketika itu merupakan pengurus besar dan CEO Scuderia Ferrari dan kemudian menjadi presiden FIA.[79] Setakat pada 2019, beliau tinggal di Geneva, Switzerland, bersama Todt.[80]
Pada Mac 2008, beliau berkunjung ke Vietnam untuk menjalani penggambaran filem dokumentari Yayasan Pencegahan Kecederaan Asia.[81] Yeoh ialah penaung projek Save China's Tigers yang komited untuk melindungi Harimau Cina Selatan terancam.[82] Aktivisme Yeoh menjangkau isu kesihatan dan kesejahteraan, daripada AIDS sehinggalah keselamatan jalan raya, melalui organisasi termasuk Live to Love dan American Foundation for AIDS Research (amfAR).[83][84][85] Baru-baru ini, usaha dermawan beliau telah melibatkan advokasi hidupan liar dan pemuliharaan alam sekitar sebagai Duta Muhibah untuk Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan WildAid.[86][87][88] Yeoh menyatakan sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013.[89]
Pada tahun 2022, beliau memberitahu majalah Vanity Fair bahawa Shakespeare dan Stephen King ialah pengarang kegemarannya dan Tarzan merupakan wira cereka kegemaran beliau.[21]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1999, beliau merupakan juri Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-49.[90] Pada 19 April 2001, Yeoh telah dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP), yang membawa gelaran Dato', oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di negeri kelahirannya, atas pengiktirafannya menjulang nama negeri Perak menerusi kemasyhurannya.[91] Pada 25 November 2002, Yeoh menerima The Outstanding Young People of the World (TOYP) (Pencapaian Kebudayaan) oleh JCI (Junior Chamber International).[92] Pada 23 April 2007, Presiden Perancis Jacques Chirac mengurniakan Yeoh gelaran Kesatria Légion d'honneur (Perancis: Chevalier de la Légion d'honneur ). Penganugerahan itu diberikan kepada beliau dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2007.[93][94] Beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Perintah Perancis yang sama (Officier de la Légion d'honneur ) oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy pada 14 Mac 2012 dalam satu majlis yang diadakan di kediaman presiden, Élysée Palace pada hari tersebut,[95][96] dan dinaikkan pangkat kepada Komander (Commandeur ), penghargaan tertinggi tersedia kepada bukan rakyat Perancis, oleh François Hollande di kediaman rasmi Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur pada 2017.[97]
Pada 22 Mei 2012, Yeoh dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaram Dato' Seri dalam satu istiadat bersempena dengan hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.[98] Yeoh menerima anugerah Cemerlang dalam Pawagam Asia semasa Anugerah Filem Asia ke-7 pada Mac 2013 di Hong Kong.[99] Pada 1 June 2013, Yeoh dikurniakan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri dalam satu istiadat bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.[100][101] Pada 30 November 2013, Yeoh dipengerusikan sebagai Ketua Tetamu di Festival Filem Antarabangsa India.[102]
Pada 12 Februari 2016, Yeoh dijadikan sebagai Officier Ordre des Arts et des Lettres oleh Duta Besar Perancis ke Kuala Lumpur, menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima penghargaan tersebut.[103] Yeoh termasuk dalam senarai 100 Women BBC pada tahun 2020.[104] Beliau dimasukkan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia oleh Time pada tahun 2022.[105] Pada 13 Ogos 2022, Yeoh menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang seni halus daripada Institut Filem Amerika atas sumbangannya yang cemerlang dalam seni wayang gambar. Beliau menjadi artis Asia pertama yang menerima penghargaan tersebut.[106] Pada 9 Disember 2022, Yeoh menerima Anugerah Kirk Douglas dari Festival Filem Antarabangsa Santa Barbara.[107]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Perancis:
- Knight of the National Order of the Legion of Honor (2007)[94]
- Officer of the National Order of the Legion of Honor (2012)[96]
- Officier of the National Ordre des Arts et des Lettres (2016)[103]
- Commander of the National Order of the Legion of Honor (2017)[97]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Istilah "Asia" digunakan mengikut penggunan Amerika yang menjelaskan Orang Asia ialah bangsa. Pelakon wanita lain dari Asia yang telah memenangi anugerah namun tidak dianggap Asia mengikut penggunaan Amerika.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b NBR Gala 2023 — NBR Best Actress Winner Michelle Yeoh (plus Awkwafina introduction) Diarkibkan 22 Januari 2023 di Wayback Machine. Youtube clip of the NBR Gala on 8 January 2023 at 4:00 mins
- ^ Encyclopædia Britannica Almanac 2010, p. 75 Diarkibkan 11 Januari 2023 di Wayback Machine
- ^ Sun, Rebecca (2023-03-08). "What Michelle Yeoh Taught Me About Motherhood". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-19.
- ^ a b c Kho, Gordon (25 Januari 2023). "Michelle Yeoh 'overjoyed' with first Oscar nomination: 'I will forever cherish this moment'". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2023. Dicapai pada 25 January 2023.
- ^ "Golden Globes 2023: Nominations List". Variety. 12 Disember 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2022. Dicapai pada 12 Disember 2022.
- ^ Ordoña, Michael; Phillips, Jevon (24 Januari 2023). "Here are the 2023 Oscar nominees: live updates". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 24 Januari 2023.
- ^ Pulver, Andrew (2023-03-13). "Michelle Yeoh wins best actress Oscar for Everything Everywhere All at Once". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
- ^ Cava, Marco della. "Michelle Yeoh wins best actress, making Oscars history: 'A beacon of hope and possibilities'". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
- ^ Groom, Nichola (2023-03-13). "Michelle Yeoh wins best actress Oscar for 'Everything Everywhere All at Once'". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
- ^ "Total Recall: The 25 Best Action Heroines of All Time". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ "35 All-Time Screen Beauties". People. 28 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2021. Dicapai pada 25 Januari 2021.
- ^ "The 100 Most Influential People of 2022". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.
- ^ "Time names Michelle Yeoh its 2022 Icon of the Year. She's ready for Oscars love too". Los Angeles Times. 6 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.
- ^ Lhooq, Michelle (17 August 2018). "Michelle Yeoh Has Kicked Ass for Three Decades". GQ. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2022. Dicapai pada 2 August 2020.
- ^ a b c Chan-Koppen, SeeFoon (July 1–15, 2010). "Dato' Yeoh Kian Teik – Legal Stalwart and Transport Mogul" (PDF). Ipoh Echo. m/s. 5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 April 2023. Dicapai pada 18 April 2023.CS1 maint: date format (link)
- ^ "Dewan Negara (Senate) Official Report" (PDF). Dewan Negara. 1959-10-11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 May 2023. Dicapai pada 18 April 2023.
- ^ "Dewan Negara (Senate) Pen vata Rasmi" (PDF). Dewan Negara. 1968-10-22. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 May 2023. Dicapai pada 18 April 2023.
- ^ "Michelle Yeoh was with her father in final hours before he died at home in Ipoh". The Strait Times. 2014-11-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2023. Dicapai pada 10 April 2023.
- ^ "The Greatest Show on Earth". Chinatown Community Development Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2022. Dicapai pada 24 May 2022.
- ^ "Michelle Yeoh: 'Finally we are being seen'". Financial Times. 2023-03-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 6 April 2023.
- ^ a b "Proust Questionnaire: Michelle Yeoh". Vanity Fair. July–August 2022. m/s. 128. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-21.
- ^ "'I know all about the crazy rich lifestyle' Michelle Yeoh on why she had to break out of her own super-wealthy bubble". You Magazine. You Magazine. 9 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
- ^ Kleeman, Alexandra (15 March 2022). "Michelle Yeoh's Quantum Leaps". The New York Times Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
- ^ a b c d Rose, Steve (13 Mei 2022). "'I told Jackie Chan, your loss, my bro!': how Everything Everywhere gave Michelle Yeoh the role of a lifetime". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2022. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ a b Sun, Rebecca (15 March 2022). "Michelle Yeoh Finally Loses Her Cool: "What Have I Got to Lose?"". The Hollywood Reporter. The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
- ^ Gilbey, Ryan (January 2009). "All-action heroine". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2022. Dicapai pada 16 December 2022.
- ^ a b c Kee Hua Chee (19 Januari 2004). "Her own person". The Star. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2012. Dicapai pada 13 November 2011. Temubual.
- ^ a b Touma, Rafqa (2023-03-14). "Michelle Yeoh: rare footage of Oscar-winner at 1984 Australian beauty pageant unearthed". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-14.
- ^ 鲁豫 (hos) (2010-10-06). "杨紫琼-私家趣闻录". 爱传万家·说出你的故事. 24:00–25:30 minit pada. 安徽卫视. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2023. Dicapai pada 19 Februari 2023. Juga muncul dalam 鲁豫 (hos) (2010-10-11). "杨紫琼-私家趣闻录". 鲁豫有约. 24:00–25:30 minit pada. 凤凰卫视中文台. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2023. Dicapai pada 19 Februari 2023.
- ^ Coiler, Emma (12 November 2019). "Interview: Michelle Yeoh on doing her own stunts and change in Hollywood". SilverKris.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
- ^ Cohen, David (11 Februari 1997). "Bond girl Yeoh gets licence to thrill 007". South China Morning Post.
- ^ "Bond Leading Lady Won't Do Stunts". Associated Press. 21 Mei 1997.
- ^ Chung, Winnie (30 Mei 1997). "Much More Than Just A Bond Girl". South China Morning Post.
- ^ Bergeson, Samantha (16 Mac 2022). "Ang Lee on 'Tough' 'Crouching Tiger' Shoot After Michelle Yeoh Injury: 'That Was Supposed to Be Her Strength'". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2023. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ Chung, Philip W. (1 Ogos 2008). "Jet Li and Michelle Yeoh: From 'Tai Chi Master' to 'The Mummy'". AsianWeek. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2008.
- ^ Petty, Martin (29 Mac 2012). "Myanmar's Suu Kyi: from prisoner to would-be lawmaker". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2016. Dicapai pada 23 April 2012.
- ^ "Myanmar Deports Michelle Yeoh Over Suu Kyi Movie". Yahoo News. Associated Press. 27 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ "Michelle Yeoh, The New Face of Guerlain". Butterboom. 24 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2013. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ "Michelle Yeoh Named as Guerlain's New Celebrity Ambassador". Asia Pacific Arts. 13 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ Ellwood, Greg (17 Jun 2015). "Strike Back: Legacy episode 4 preview". Entertainment Focus. Entertainment Focus. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2015. Dicapai pada 4 Julai 2015.
- ^ Frater, Patrick (23 September 2014). "Michelle Yeoh and Will Yun Lee Join Final Season of 'Strike Back'". Variety. Penske Business Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2015. Dicapai pada 4 Julai 2015.
- ^ Hibbred, J (23 November 2016).'Star Trek Discovery: Michelle Yeoh In Captain Role', Deadline. Retrieved from http://deadline.com/2016/11/star-trek-discovery-michelle-yeoh-cast-captain-1201859554/ Diarkibkan 24 November 2016 di Wayback Machine, dicapai pada 23 November 2016.
- ^ Holloway, Daniel (29 November 2016). "'Star Trek: Discovery': Doug Jones, Anthony Rapp Join Michelle Yeoh in Cast". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2016. Dicapai pada 30 November 2016.
- ^ Otterson, Joe (14 Januari 2019). "Michelle Yeoh Standalone 'Star Trek' Series in Development at CBS All Access". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2019. Dicapai pada 6 February 2023.
- ^ Mitovich, Matt Webb (10 Januari 2023). "Star Trek: Discovery Spinoff About Section 31, Starring Michelle Yeoh, Is Still in Development at Paramount+". TVLine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2023. Dicapai pada 6 Februari 2023.
- ^ Hibberd, James (2023-04-18). "'Star Trek: Section 31' Starring Michelle Yeoh Gets Movie Order From Paramount+". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2023. Dicapai pada 2023-04-18.
- ^ "'Crazy Rich Asians' Adds Michelle Yeoh (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2017. Dicapai pada 7 Mac 2017.
- ^ Aguilar, Carlos (14 Ogos 2018). "'Crazy Rich Asians' Film Review: Constance Wu Stands Out in Culturally Rich Rom-Com". TheWrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2021. Dicapai pada 24 Mei 2022.
- ^ "Last Christmas (2019) – Financial Information". The Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2019. Dicapai pada 17 Mei 2020.
- ^ "Is This Our First Look At Tony Leung's Mandarin In 'Shang-Chi'?". 2 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021. Heroic Hollywood. 2 April 2021
- ^ ARK: The Animated Series Season 1 Trailer (dalam bahasa Inggeris), diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2023, dicapai pada 2023-03-16
- ^ Everything Everywhere All at Once, diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2022, dicapai pada 9 April 2022
- ^ "Everything Everywhere All at Once Reviews". Metacritic. Red Ventures. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2022. Dicapai pada 3 Jun 2022.
- ^ Wong, Henry (18 Januari 2023). "How 'Everything Everywhere All At Once' Became So Polarising". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2023. Dicapai pada 13 Mac 2023.
- ^ Ehrlich, David (12 March 2022). "'Everything Everywhere All at Once' Review: 'The Matrix' Meets the Multiverse in Daniels' Instant Classic". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2022. Dicapai pada 9 April 2022.
- ^ Sun, Rebecca (15 Mac 2022). "Michelle Yeoh Finally Loses Her Cool: 'What Have I Got to Lose?'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2022. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Daly, Rhian (11 Januari 2023). "Michelle Yeoh reflects on Hollywood career at Golden Globes: "It was a dream come true until I got here"". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2023. Dicapai pada 1 Mac 2023.
- ^ Ng, Kelly (11 Januari 2023). "Michelle Yeoh wins Golden Globe for Everything Everywhere. Could an Oscar be next?". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2023. Dicapai pada 11 Januari 2023.
- ^ Coyle, Jake (10 Januari 2023). "At rehabbed Golden Globes, Yeoh, Spielberg and 'White Lotus' win". CTV News. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2023. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ Brookins, Laurie (2023-03-13). "The Best Dressed Stars at the Oscars: Michelle Yeoh, Rihanna, Halle Bailey and More". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2023. Dicapai pada 2023-03-19.
- ^ Dresden, Hilton (February 26, 2023). ""Look At Us Now": 'Everything Everywhere All at Once' Cast Celebrates Asian Talent with SAG Awards win". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2023. Dicapai pada February 27, 2023.
- ^ Thomas, Carly (February 26, 2023). "Michelle Yeoh Makes History with SAG Awards win: "This is for Every Single Girl That Looks Like Me"". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2023. Dicapai pada February 27, 2023.
- ^ Dresden, Hilton (February 26, 2023). "Ke Huy Quan Makes History with SAG Award win: "This Moment Belongs to Everyone Who Has Asked for Change"". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2023. Dicapai pada February 27, 2023.
- ^ Weldon, Glen (13 Mac 2023). "Michelle Yeoh is the first Asian woman to win best actress Oscar". npr.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2023. Dicapai pada 16 Mac 2023.
- ^ Thomas, Carly (2023-04-13). "Michelle Yeoh Brings Oscar Home to Mother: Without My Parents, "I Wouldn't Be Here"". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2023. Dicapai pada 2023-04-19.
- ^ Fleming, Mike Jr. (7 Februari 2022). "'Shang-Chi's Michelle Yeoh & Destin Daniel Cretton Reunite For Disney+ Series 'American Born Chinese'; Chin Han, Yeo Yann Yann & Daniel Wu Also Star". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2022. Dicapai pada 18 Mei 2022.
- ^ White, Peter (13 Jun 2022). "Michelle Yeoh To Star In Netflix Series 'The Brothers Sun' With Justin Chien". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ Huston, Caitlin (8 Disember 2022). "Michelle Yeoh Joins 'Wicked' Film as Madame Morrible". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2022. Dicapai pada 8 Disember 2022.
- ^ Major, Michael. "Michelle Yeoh to Play Madame Morrible In WICKED Movie; Jeff Goldblum Confirmed as The Wizard". Broadway World. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2022. Dicapai pada 8 Disember 2022.
- ^ "Kenneth Branagh's Third Hercule Poirot Film 'A Haunting in Venice' Casts Tina Fey, Jamie Dornan, Michelle Yeoh and More". Variety. 10 Oktober 2022.
- ^ Littlefair, Sam. "Actor Michelle Yeoh blends Buddhism & activism – Lions Roar" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2021. Dicapai pada 2023-02-19.
- ^ "What was Michelle Yeoh doing in Ladakh?". Conde Nast Traveler. 2015-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2023. Dicapai pada 19 Februari 2023.
- ^ "The Lady – Interview with Michelle Yeoh". AVIVA-Berlin. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2018. Dicapai pada 22 Jun 2012.
- ^ "At 28, Michelle Yeoh Left Acting To Become A Mom. Thank God She Came Back". Bustle. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2023. Dicapai pada 21 February 2023.
- ^ "Michelle Yeoh on "Everything Everywhere All at Once"". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2023. Dicapai pada 23 March 2023.
- ^ Swain, Jon (25 Mac 2007). "No business like Yeoh business". The Times. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2018. Dicapai pada 24 May 2022.
- ^ "A night on the tiles in the capital of chic". South China Morning Post. 12 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2022. Dicapai pada 17 Januari 2019.
- ^ The New Paper (21 April 2013). "'Don't be a traitor, Michelle Yeoh'". www.asiaone.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2017. Dicapai pada 7 September 2020.
- ^ Kuper, Simon (3 May 2019). "Take a look inside Michelle Yeoh and Jean Todt's Geneva mansion". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2022.
- ^ Kuper, Simon (3 Mei 2019). "Take a look inside Michelle Yeoh and Jean Todt's Geneva mansion". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2022. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ "Bond girl Michelle Yeoh to visit Vietnam for road safety campaign". talkvietnam.com. 22 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada 25 Mei 2013.
- ^ "Patrons and Supporters". Save China's Tigers. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2012. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ "Live to Love International - Michelle Yeoh, Live to Love Global Ambassador, explaining the reason of having community halls | Facebook". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ Camuto, Alan (2022-08-30). "Michelle Yeoh". amfAR, The Foundation for AIDS Research (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ "'Make Roads Safe' Ambassador Michelle Yeoh Spotlights Asia's High Road Accident Rate at ADB Forum". Asian Development Bank (dalam bahasa Inggeris). 2010-05-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ "WildAid PSA - Michelle Yeoh". WildAid (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ "Michelle Yeoh and UN development agency enlist panda cubs to help promote Global Goals | UN News". news.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ "Michelle Yeoh | United Nations Development Programme". UNDP (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2023. Dicapai pada 2023-03-17.
- ^ Tsui, Clarence (2013-04-30). "Michelle Yeoh Criticized Over Her Political Views in Malaysia". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-21.
- ^ "Berlinale: 1999 Juries". berlinale.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Januari 2012.
- ^ "Just Call Me Datuk". Asiaweek. 27 (17). 4 Mei 2001. ISSN 1012-6244. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2001. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ "Awards & Recognitions / Achievements". jciklm.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2011. Dicapai pada 25 Mei 2013.
- ^ "Yeoh receives France's top honor". BBC News Online. 4 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2012. Dicapai pada 13 November 2011.
- ^ a b "Actress Michelle Yeoh gets top French award". Reuters. 3 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "Michelle Yeoh receives Legion of Honor from France". Bernama via mysinchew.com. 16 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2012. Dicapai pada 16 Mac 2012.
- ^ a b "Michelle Yeoh Receives Legion of Honor from France". Bernama. Malaysian Digest. 16 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ a b "Michelle Yeoh now a Commander of the Legion of Honor". The Star. 28 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "Datuk Michelle Yeoh now 'Datuk Seri'". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Jun 2012.
- ^ Andrew Chan (25 Mac 2013). "7th Asian Film Awards 2013 – Media Coverage and Winners List". HK Neo Reviews. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2020. Dicapai pada 2 August 2020.
- ^ "She's Tan Sri Michelle Yeoh now". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2013. Dicapai pada 1 Jun 2013.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
- ^ "Actress Michelle Yeoh to be Chief Guest at IFFI Closing Ceremony". Biharprabha News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 1 Disember 2013.
- ^ a b "Michelle Yeoh now a Officier of the Ordre des Arts et des Lettres". The Star. 12 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2019. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "BBC 100 Women 2020: Who is on the list this year?". BBC News. 23 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 23 November 2020.
- ^ Kwan, Kevin (23 Mei 2022). "Michelle Yeoh Is on the 2022 TIME 100 List". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 24 Mei 2022.
- ^ "Michelle Yeoh to receive honorary doctorate from American Film Institute". CNA Lifestyle. 10 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
- ^ "'Everything Everywhere' Star Michelle Yeoh To Receive Santa Barbara Film Festival's Kirk Douglas Award". Deadline. 10 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
- ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 25 Oktober 2018.
- ^ "Michelle Yeoh set to receive honour". Desmond Yap. Yahoo! Newsroom. 30 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "She's Tan Sri Michelle Yeoh now". Joseph Sipalan and Lee Yen Mun. The Star. 1 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Kho Tong Guan: Yeoh Chu Kheng, Michelle. In: Leo Sury, Volume I & II. Institute of Southeast Asian Studies, 2012, ISBN 9789814345217, pp. 1347–1350
- Ken E. Hall: Michelle Yeoh. In: Garry Bettinson: Directory of World Cinema: CHINA 2. Intellect Books, 2015 ISBN 9781783204007, pp. 71–73
- Lisa Funnell: Warrior Women: Gender, Race, and the Transnational Chinese Action Star. Suny Press, 2014, ISBN 9781438452494, pp. 31–57 (chapter Transnational Chinese Mothers: The Heroic Identities of Michelle Yeoh and Pei Pei Cheng)
- Rikke Schubart: Super Bitches and Action Babes: The Female Hero in Popular Cinema, 1970–2006. McFarland, 2012 ISBN 9780786482849, pp. 123–143 (chapter Beautiful Vase Made of Iron and Steel Michelle Yeoh)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Michelle Yeoh. |