Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Mohamed Farid Mohamed Zawawi | |
---|---|
Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Menyandang jawatan 5 September 2023 | |
Yang Dipertua | Mohd Amar Abdullah |
Didahului oleh | Abdul Fattah Mahmood |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Md Alwi Che Ahmad |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Menyandang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | BERSATU |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Bidang pengkhususan | Akauntan |
Dato' Mohamed Farid bin Mohamed Zawawi merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas yang menang bertanding diatas tiket PN-PAS pada PRN-15. Beliau merupakan ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang telah memenangi kerusi tersebut pada Pemilihan Agung BERSATU sesi 2019-2022 pada 23 Ogos 2020 lalu. Beliau juga merupaka mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin. [1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berkelulusan sebagai Akauntan Bertauliah. Beliau menubuhkan sebuah perniagaan koperasi yang dinamakan sebagai Koperasi Wawasan Malaysia Berhad yang mana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah.[2] Beliau juga adalah Ahli Majlis Majlis Amanah Rakyat.[3]