Party Rock Anthem
Party rock Anthem adalah lagu hit oleh duo Amerika LMFAO dengan penyanyi British Lauren Bennett dan penerbit muzik Amerika, GoonRock. Ia diterbitkan sebagai single pertama dari album kedua mereka, Sorry for Party Rocking pada tahun 2011. Single ini menduduki nombor satu di Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Iceland, Ireland, New Zealand, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ia juga mencapai lima teratas di Finland, Itali, Norway, Poland dan Sweden. Ia adalah single terlaris sepanjang zaman di Australia. Di seluruh dunia, ia merupakan single digital terlaris ketiga tahun 2011 dengan jualan sebanyak 9.7 juta salinan.[1] Ia adalah lagu digital terlaris ketiga dalam sejarah A.S.[2]
"Rock Party Anthem" kini sedang menduduki kedudukan keeenam dalam Billboard sebagai paling berjaya sepanjang zaman.[3] Ia kini merupakan salah satu daripada 50 video yang paling banyak dilihat di YouTube, dengan lebih daripada 1.6 bilion paparan.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "IFPI DIGITAL MUSIC REPORT 2012 – KEY FACTS AND FIGURES" (PDF). International Federation of the Phonographic Industry. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 October 2012. Dicapai pada 23 January 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Grein, Paul (June 19, 2013). "Week Ending June 16, 2013. Songs: Pharrell Is Chart MVP". Chart Watch. Yahoo! Music. Dicapai pada June 19, 2013.
- ^ Bronson, Fred (August 2, 2013). "Hot 100 55th Anniversary: The All-Time Top 100 Songs". Chart Beat. Billboard. Dicapai pada March 12, 2015.
- ^ "Most Viewed Videos of All Time (Over 450M views)". YouTube. Dicapai pada March 12, 2015.