Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia bagi portfolio Hal Ehwal Agama. Pengurusan pentadbiran agama Islam bagi Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah Persekutuan kerana Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sebelum tahun 1998, pejabat ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai ketua kepada bahagian yang dikenali sebagai “Bahagian Istinbat”.
Pada 1 Oktober 1998, bahagian tersebut telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi. Pada peringkat awal operasinya, pejabat ini hanya terdiri daripada 6 orang anggota sahaja.
Mulai tahun 2000, semua urusan pentadbiran dan kewangan pejabat diuruskan sepenuhnya oleh pejabat ini dengan mendapat waran peruntukan mengurus daripada Jabatan Perdana Menteri. Pada 3 Mac 2004, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Labuan telah ditubuhkan. Pejabat Mufti cawangan Labuan beroperasi di Bangunan Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.
Senarai mufti
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai Mufti Wilayah Persekutuan.
No. | Nama | Mula Khidmat | Tamat Khidmat |
---|---|---|---|
1 | Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Haji Salleh | 1 Februari 1971 | 7 Februari 1984 |
2 | Datuk Dr. Sheikh Othman bin Haji Ibrahim | 2 September 1986 | 15 Julai 1991 |
3 | Tan Sri Dato' Haji Abdul Kader bin Talip | 15 Julai 1991 | 16 Januari 1997 |
4 | Datuk Haji Md Hashim bin Haji Yahya | 1 Mac 1997 | 15 Januari 2003 |
5 | Datuk Dr. Mohammad Yusoff bin Hussain | 31 Januari 2003 | 15 Januari 2006 |
6 | Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh | 21 Mac 2006 | 20 Mac 2014 |
7 | Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri | 20 Jun 2014 | 9 Mac 2020 |
8 | Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah | 15 Mei 2020 | kini |