Sebuah perlumbaan Grand Prix yang berlangsung di Jepun pada tahun 2009.
Formula Satu, juga dikenali sebagai Formula 1 atau F1 (nama rasmi: FIA Formula One World Championship), adalah kelas yang paling tinggi dalam perlumbaan bermotor single seater yang dianjurkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). "Formula" dalam nama tersebut merujuk kepada satu set peraturan yang semua kereta dan peserta perlu patuhi. Musim F1 terdiri daripada siri perlumbaan, juga dikenali sebagai Grand Prix (diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai "Big Prizes"), yang diadakan di litar perlumbaan dan jalan awam yang diubahsuai. Semua pelumba F1 perlu memegang Lesen Super FIA untuk berlumba dalam Formula Satu. Baca lagi...
Sebastian Vettel (lahir 3 Julai 1987) ialah seorang pemandu Formula Satu dari negara Jerman, yang kini memandu untuk pasukan negara Austria, Red Bull Racing. Beliau ialah Juara Dunia yang terkini, selepas memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2010, 2011, dan 2012.
Vettel juga memegang pelbagai rekod "paling muda" dalam Formula Satu. Vettel merupakan pemandu yang paling muda untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, mendahului sebuah perlumbaan, mendapat petak pertama, dan memenangi sebuah perlumbaan.