Pergi ke kandungan

Red Storm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Red Storm
PengarahMichael Chuah
Dibintangi
Diedarkan olehMega Films Distribution Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 05 Februari 2019 (2019-02-05) (Malaysia, Brunei)
Masa tayangan
1 jam 30 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin

Red Storm (Bahasa Cina: 营救风暴) merupakan filem aksi Malaysia 2019. Filem ini mengikuti seorang pengawal, seorang polis dengan pasukan mereka yang perlu membongkar satu kumpulan penyeludupan manusia di Malaysia untuk selamatkan gadis penting dan orang lain yang diculik.[1][2] Ia ditayangkan pada 28 Mac 2019 di Malaysia dan Brunei.

Ru Nan, anak perempuan seorang orang kaya di China telah menjadi sasaran kumpulan penyeludup manusia pada masa ini. Ketika berada di Malaysia, ayahnya menugaskan Hong Peng, seorang bekas tentera China sebagai pengawal peribadinya. Polis tempatan juga menugaskan Ah Bu, pegawai hebat mereka untuk kes ini. Ah Bu telah putus asa setelah gagal dalam satu misi baru-baru ini yang menyebabkan kematian ahli pasukannya. Namun, Ru Nan telahpun diculik oleh salah satu kumpulan penyeludup terbesar Asia. Sekarang mereka perlu mempertaruhkan nyawa untuk selamatkan Ru Nan dan membongkar kumpulan penyeludupan ini.

Sumber rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Red Storm: Filem aksi Malaysia akan mula penggambaran minggu ini". Film Combat Syndicate.
  2. ^ "Michael Chuah bekerjasama dengan China untuk filem aksi tempatan". 9 January 2018.

Pautan laur

[sunting | sunting sumber]