Pergi ke kandungan

Sabun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuku sabun banyak kali digunakan sehingga menyusut.

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan yang dipanggil buku.Ia juga pernah digunakan sebagai bahan pencuci pakaian dobi sebelum ia terganti dengan bahan sintetik yang lebih kuat dan berkesan.

Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai penyabunan. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).

Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.

Perkataan "sabun" menyerap dari Arab: صابون, rumi: ṣābūn.[1] Muhammad ibn al-Ṭayyib al-Sharqī Fasī dalam buku anotasi Ḥasyiyah `alā al-Qāmus Fairuzabadi ada menyatakan ia suatu kata pinjaman yang dikongsi bersama bahasa-bahasa lain pada zamannya seperti bahasa Parsi dan bahasa Turki.[2]

Catatan kegunaan ini pertama kali ditulis pada zaman Rom oleh Plinius yang Tua dalam Historia Naturalis menggambarkan bagaimana bahan ini (dalam Latin: sapo) dihasilkan daripada lemak haiwan (sebum) dan abu tumbuhan serta kelaziman ia dipakai dalam kalangan kaum lelaki Gallia dan Teuton.[3][4]

Penyucian dan perapian

[sunting | sunting sumber]

Proses biasa bagi menyucikan sabun termasuk menyingkirkan natrium klorida, natrium hidroksida, dan gliserol. Campuran (nihilistic) ini disingkirkan dengan merebus ketulan sabun kasar dalam air dan membentuk semula sabun dengan garam.

Kebanyakan air kemudian disingkir dari sabun. Secara tradisi, ini dilakukan dengan menggunakan penggelek cili yang menghasilkan kepingan sabun yang biasa digunakan sekitar 1940-an dan 1950-an. Proses ini digantikan dengan penyembur kering dan kemudiannya oleh pengering hampagas.

Sabun kering (kandungan kelembapan sekitar 6-12% kemudian dipadatkan kepada ketulan kecil pallet. Pallet ini kemudiannya sedia untuk perapian akhir sabun. Perapian sabun adalah proses menukar pallet sabun kasar barangan boleh dijual, biasanya bentuk sabun buku.

Pallet sabun dicampurkan dengan wangian dan bahan lain dan digabung sepenuhnya dalam pengaul. Jisim ini kemudiannya dikeluarkan dari pengaul kepada penyaring, yang dengan menggunakan penekan (auger), memaksa sabun melalui penyaring dawai halus. Daripada penyaring, sabun disalur melalui penggelek (pengilang Perancis atau pengilang keras) sama seperti proses penghasilan plastik atau likour coklat. Sabun ini kemudiannya melalui satu atau lebih banyak penyaring untuk meningkatkan kekentalan jisim sabun. Sejurus sebelum dimampatkan, sabun melepasi kebuk hampagas bagi menghilangkan sebarang gas yang terperangkap. Ia kemudiannya disalur menjadi batang-batang panjang uang dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, melalui pengesan logam dan ditekan dalam bentuk tertentu melalui mesin penekan dingin. Buku sabun kemudian dibungkut dalam pelbagai cara.

Pasir atau pumis mungkin ditambah bagi menghasilkan sabun sental. Proses ini paling biasa bagi menghasilkan sabun bagi kebersihan manusia. Bahan penyental bertindak bagi menyingkir sel kulit mati dari permukaan yang dicuci. Proses ini dikenali sebagai pengelupasan. Kebanyakan bahan baru digunakan sebagai sabun pengelupasan yang berkesan tetapi tanpa sisi tajam dan pembahagian tidak serata seperti batu pumis.

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 434, 358. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ Lane, Edward William (1863–1893). "صبن". Arabic-English Lexicon. London – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link) Halakan anak panah pada bahagian bertanda "MF".
  3. ^ "soaps". Etymonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2011.
  4. ^ Gaius Plinius Secundus. Historia Naturalis. XXVIII. 191. Prodest et sapo, Galliarum hoc inventum rutilandis capillis. Fit ex sebo et cinere, optimus fagino et caprino, duobus modis, spissus ac liquidus, uterque apud Germanos maiore in usu viris quam feminis. Rujuk juga: Marcus Valerius Martialis. Epigrammata. VIII. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2013.
Sumber utama
  • Maine, Sandy (1995). The Soap Book: Simple Herbal Recipes. Interweave Press. ISBN 1-883010-14-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]