Seberang Perai Selatan
Daerah Seberang Perai Selatan | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Melayu | Daerah Seberang Perai Selatan (Rumi) دايره سبرڠ ڤراي سلاتن (Jawi) |
• Cina | 威南县 (Ringkas) 威南縣 (Tradisional) |
• Tamil | தென் செபராங் பிறை மாவட்டம் |
Koordinat: 5°14′N 100°28′E / 5.233°N 100.467°EKoordinat: 5°14′N 100°28′E / 5.233°N 100.467°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Pusat | Sungai Jawi |
Bandar terbesar | Nibong Tebal |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
Keluasan | |
• Jumlah | 242 km2 (93 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 184,007 |
Kod kawasan | +6-045 |
Pendaftaran kenderaan | P |
Seberang Perai Selatan ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Sungai Jawi dan bandar terbesarnya ialah Nibong Tebal. Daerah ini juga merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Seberang Perai Selatan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Antara bandar dan pekan lain yang terletak dalam daerah ini termasuklah Batu Kawan, Bukit Tambun, Simpang Ampat dan Sungai Bakap. Daerah Seberang Perai Selatan terbahagi kepada 16 mukim;[3]
- Mukim 1
- Mukim 2
- Mukim 3
- Mukim 4
- Mukim 5
- Mukim 6
- Mukim 7
- Mukim 8
- Mukim 9
- Mukim 10
- Mukim 11
- Mukim 12
- Mukim 13
- Mukim 14
- Mukim 15
- Mukim 16
- Bandar Nibong Tebal
- Bandar Sungai Bakap
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Seberang Perai Selatan bersempadan dengan;
- Utara: Daerah Seberang Perai Tengah
- Timur laut: Daerah Kulim, Kedah
- Timur: Daerah Bandar Baharu, Kedah
- Selatan: Daerah Kerian, Perak
- Barat: Selat Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai berkeluasan 242 kilometer persegi. Purata ketinggian daratan daerah ini ialah 29 meter di atas aras laut manakala titik tertinggi mencecah 401 meter, yang terletak di Bukit Panchor, Taman Negeri Bukit Panchor.[4]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 84,771 | — |
2000 | 117,722 | +38.9% |
2010 | 166,685 | +41.6% |
2020 | 184,007 | +10.4% |
Sumber: [5] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Selatan ialah seramai 184,007 orang dengan kepadatan penduduk 760 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Selatan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 44 peratus daripada jumlah penduduk.[6]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 76,598 |
Cina | 65,314 | |
India | 30,128 | |
Lain-lain | 485 | |
Bukan warganegara | - | 11,482 |
Jumlah | 184,007 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Seberang Perai Selatan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 43.3 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 33 peratus, agama Hindu sebanyak 15.7 peratus, agama Kristian sebanyak dua peratus dan lain-lain agama sebanyak dua peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.17 peratus dan hampir empat peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Selatan. Terdapat sebanyak 56 buah sekolah di daerah ini;[7]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 21 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 18 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 15 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |
Daerah Timur Laut juga mempunyai 15 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "2017 Q2 statistics" (PDF). Penang Institute (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
- ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ "South Seberang Perai District topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sekolah di PPD Barat Daya-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seberang Perai Selatan |