Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim | |
---|---|
Lokasi | |
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Government English School, Sultan Abdul Hamid School, Sekolah Menengah Ibrahim |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Finis Coronat Opus (Penamat Menentukan Takhta) |
Ditubuhkan | 1919 |
Autoriti pendidikan | Kuala Muda / Yan |
Sesi | Pagi |
Nombor sekolah | 604-4212633 |
Kod sekolah | KEB3049 |
Tenaga pengajar | 102 (2019) |
Jantina | Lelaki dan Perempuan |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Ibrahim No.1 |
Lagu | Usaha Tangga Kejayaan |
Faks | 604-4227461 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (singkatan: SMK Ibrahim atau SMKI), ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan bersesi pagi yang terletak di bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kemudahan asrama juga ditawarkan bagi pelajar sekolah yang berminat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim amat dikenali untuk kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan penerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, SMK Ibrahim menjadi sekolah terbaik di negeri Kedah, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A+.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim mula dibuka pada bulan Ogos 1919 oleh Encik E.A.G. Stuart, Pengarah Pendidikan Kedah dan Perlis, Tanah Melayu British. Sekolah telah dinamakan sebagai Government English School. Pada mulanya tapak asal Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim terletak di Pejabat Telekom Malaysia, Sungai Petani (sekarang). Sekolah terdiri daripada sebuah rumah panjang yang mempunyai lantai bersimen dan dinding berkayu dengan mempunyai tiga bilik darjah.
Sebelum sekolah dibuka, En. Stuart mengundang guru dari Government English School (sekarang Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar untuk memegang jawatan sebagai pengetua sekolah yang baru ditubuhkan itu. Allahyarham Tuan Syed Jan Al-Jafree dipilih sebagai guru besar yang pertama dengan seorang guru penolong iaitu Encik Mohamed bin Suparman.
Pada tahun 1921 dan 1922, tiga lagi guru dihantar ke sekolah ini memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Kerajaan menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Petri untuk memberi kawasan yang lebih bagus dan luas bagi bilangan pelajar yang bertambah ini.
Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis yang ada sekarang yang terletak di Jalan Kolam Air, Sungai Petani dengan keluasan 30.29 ekar. Premis baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu, En. La. M. Stowell, dan ditukarkan dengan nama baharu iaitu Sultan Abdul Hamid School.
Pada tahun 1936, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Ibrahim (Ibrahim Secondary School) sebagai mengenang jasa Almarhum Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang menjadi pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914.
Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Sekolah ini dibuka semula pada bulan Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1954, sekolah ini dibahagikan kepada bahagianrendah dan bahagian menengah. Bahagian rendah dikelolakan oleh Encik Mohamad bin Man. Pada tahun 1960, Pengarah Pelajaran Kedah, Encik Halliday memecah terus Sekolah Ibrahim. Sekolah rendah dikenali sebagai Sekolah Rendah Ibrahim (sekarang Sekolah Kebangsaan Ibrahim) di bawah guru besarnya yang pertama, Encik Lim Chin Gee. Sekolah ini adalah untuk murid lelaki sahaja.
Pada tahun 1959, bilangan pelajarnya adalah seramai 950 orang dan bilangan ini meningkat kepada 1,423 orang pada tahun 1971.
Selain daripada perkembangannya dalam pelajaran, sekolah ini juga mengadakan beberapa rancangan untuk membantu murid-murid yang miskin misalnya pada tahun 1963, mereka ini telah diberi bantuan berupa makanan percuma di kantin, buku teks, pakaian dan lain-lain.
Hubungi
[sunting | sunting sumber]- Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
- Telefon : +604-4212633
- Faks : +604-4227461
Lencana Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Diperkenalkan pada tahun 1946.
- Berbentuk perisai.
- Bahagian kiri terdapat segemal padi melambangkan Negeri Kedah sebagai jelapang padi Malaysia.
- Sebelah kanan terdapat obor melambangkan ilmu pengetahuan.
- Bahagian bawah dilingkari oleh dua mayang kelapa melambangkan aspirasi.
- Cogan kata "Finis Coronat Opus" membawa maksud "Penamat Menentukan Mahkota".
- Warna hijau pada lencana melambangkan "keagamaan", kuning melambangkan "kesetiaan" dan merah melambangkan "keberanian".
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]USAHA TANGGA KEJAYAAN
Lagu: Abdul Rahman Zainol
Lirik: Mohammad Abdullah
Sekolah Menengah Ibrahim
Harum Semerbak Namamu
Mendidik Memimpin Kami
Putera Puteri Berakhlak Berilmu
Cekal Tabah Semangat Waja
Cita-cita Murni Tanpa Kecewa
Demi Agama Bangsa Dan Negara
Ilmu Di Dada Warisan Kita
Sekolah Menengah Ibrahim
Lahirkan Insan Sempurna
Maju Jaya Setiapp Lapangan
Usaha Tangga Kejayaan.
Moto
[sunting | sunting sumber]Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim ialah Finis Coronat Opus yang membawa maksud Penamat Menentukan Mahkota. Moto ini berasal daripada bahasa Latin. Moto ini dapat dilihat di bahagian bawah lencana sekolah.
Visi & Misi
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
[sunting | sunting sumber]Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Rumah Sukan
[sunting | sunting sumber]Rumah Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim ialah:
- Bendahara (Unggu) - (Dulu dikenali sebagai Day)
- Raja Muda (Biru) - ( Dulu dikenali sebagai Stuart)
- Sultan (Kuning)
- Sultanah (Merah) - (Dulu dikenali sebagai Asus)
- Syed Jan (Hijau)
Ketika pendaftaran masuk ke sekolah, setiap pelajar diberikan nombor pelajar. Dua digit pertama nombor pelajar merupakan tahun kemasukan pelajar tersebut. Digit terakhir nombor pelajar pula menentukan rumah sukan pelajar tersebut seperti ini:
- Sultan - 0 & 5
- Raja Muda - 1 & 6
- Bendahara - 2 & 7
- Sultanah - 3 & 8
- Syed Jan - 4 & 9
Sebagai contoh, jika nombor pelajar anda ialah 14008, maka rumah sukan anda adalah Sultanah.
Hari Sukan Tahunan sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1946 oleh pengetua yang kedua, Dato' J.F. Augustin. Nama rumah sukan mengikut tradisi telah sentiasa merupakan Sultan (kuning), Syed Jan (hijau), Stuart (biru), Day (purple) dan Sultanah (merah). Disebabkan pembahuruan yang diperkenalkan oleh pengetua yang ke-15, Tuan Haji Rosli b. Pin, nama rumah sukan mewakili hierarki sistem kesultanan lama.
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]No. | Pengetua | Mula Berkhidmat | Tamat Berkhidmat |
---|---|---|---|
1. | Tuan Syed Jan Al-Jefree | 1919 | 1946 |
2. | Y.Bhg Dato' J.F. Augustin | 1946 | 1953 |
3. | Encik Lim Chien Chye | 1953 | 1958 |
4. | Encik Kok Swee Hong | 1958 | 1962 |
5. | Y.Bhg Dato' Syed Abu Bakar Barakbah | 1963 | 1963 |
6. | Encik K.K Koshy | 1963 | 1966 |
7. | Y.Bhg Dato' G.Raja Gopal, FRGS | 1967 | 1971 |
8. | Encik K.K Koshy | 1972 | 1973 |
9. | Encik P.A Norton | 1973 | 1975 |
10. | Tuan Haji Yahaya B. Haji Awang, BCK | 1976 | 1982 |
11. | Tuan Haji Syed Ahmad b. Syed Yasin, PJK | 1982 | 1987 |
12. | Tuan Haji Mohamad Amin b. Abdul Rahman, PJK | 1987 | 1993 |
13. | Tuan Haji Atan Awang b. Abdullah | 1994 | 1995 |
14. | Tuan Haji Md Jaffar b. Haji Din, BCK, BKM | 1995 | 1999 |
15. | Tuan Haji Rosli b. Pin | 1999 | 2004 |
16. | Puan Hajah Haminah bt. Haji Rejab | 2004 | 2005 |
17. | Tuan Haji Mansor b. Lebai Habib, BCK | 2005 | 2006 |
18. | Encik Menteri b. Abdullah | 2006 | 2006 |
19. | Encik Ramli b. Abd. Rahman | 2007 | 2011 |
20. | Encik Nasrudin bin Ab. Rahman | 16 Oktober 2011 | 31 Januari 2016 |
21. | Encik Ideris bin Haji Abdul Rahim | 2 Februari 2016 | 9 Jun 2020 |
22. | Tuan Haji Osman bin Omar | 14 Julai 2020 | 14 April 2024 |
Pertubuhan Alumni
[sunting | sunting sumber]Pertubuhan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim dikenali sebagai Ibrahim Old Boys Association (IOBA). Pertubuhan ini kini mempunyai sebuah rumah kelab dikenali sebagai IOBA Club House. Bangunan rumah kelab ini dahuunya merupakan rumah guru dan telah diubah suai unuk dijadikan rumah kelab. IOBA Club House dicat dengan warna Ibrahim, iaitu hijau, kuning dan merah. IOBA Club House terletak di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim.