Separuh Akhir Muzik Muzik 27
Separuh Akhir Muzik Muzik 27 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-27.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.
Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 27
[sunting | sunting sumber]Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Ahad berturut-turut pada 11, 18 dan 25 November 2012, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.
Pusingan Pertama (11 November)
[sunting | sunting sumber]Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|
"Cerita Dia" | Ammar Habir | Aepul | Drama Band |
"Idola" | Audi Mok | Azlan | Azlan & The Typewriter |
"Watak" | Aidit Alfian | Ad Samad | Hafiz Suip |
"Aku Datang" | Tomok | Rafidah Abdullah | Tomok |
"Aku Suka Dia" | Ainan Tasneem | ||
"Pelangi Senja" | Taja | Tun Teja | Stacy |
"Jerrypah" | Aizat | Anas & Aizat | Aizat Amdan |
"Majnun" | Audi Mok | Audi Mok & Omar K | Hazama Azmi |
"Pencinta Terbaik" | Edry Abdul Halim | Kumpulan Sofazr | |
"Kasanova" | Stacy | ||
"Biar Sampai Ke Bintang" | Ajai | Ahmad Farid Abdul Jalal (Transformer Melayu) | Asmidar |
Pusingan Kedua (18 November)
[sunting | sunting sumber]Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Nota |
---|---|---|---|---|
"Anak Kampung" | Jimmy Palikat | One Nation Emcees & Jimmy Palikat | One Nation Emcees & Jimmy Palikat | |
"Terukir Di Bintang" | Yuna Zarai | Pada malam Juara Lagu, Aizat Amdan akan menggantikan Yuna sebagai penyanyi | ||
"Angkasa" | Diandra Arjunaidi | |||
"Tanpamu" | Amir Jahari | |||
"Sesaat Kau Datang" | ID Mifzal | Zie Syafruddin | Ramlah Ram & Sleeq | |
"Ombak Rindu" | Zaidi | Hafiz Suip & Adira | ||
"Terlalu Mencintaimu" | Ajai | Jeremy Chong | Suki Low | |
"Hatimu Milikku" | Kuncidemak | Siti Nurulain | Nera | |
"Tapi Bagaimana" | Tam Spider | M.Nasir | Kumpulan Spider | |
"Sebelah Jiwaku" | Edry Abdul Halim | Jaclyn Victor | ||
"Lagu" | Bo Amir Iqram | Kumpulan Bedroom Sanctuary |
Pusingan Ketiga (25 November)
[sunting | sunting sumber]Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Nota |
---|---|---|---|---|
"Teman Pengganti" | Malique | Black & Malique | Pada malam Juara Lagu, rapper RJ akan menggantikan Malique | |
"Harapan" | Frozen | Kumpulan Hyper Act | ||
"Panik" | Sam Baharom | Bunkface | ||
"Simetri" | Audi Mok | Zel Firdhaus Haduan | Hazama Azmi & Amy Search | |
"Mesti Ada Cinta" | Kuncidemak | Akim Ahmad & Fiq | ||
"Andaiku Bercinta Lagi" | Edry Abdul Halim | Kumpulan Mojo | ||
"Patah Seribu" | Shila Amzah | |||
"Ku Akui" | Ajai | Hafiz Suip |
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Nota;
- Lagu yang diwarnakan dalam kotak biru cair adalah lagu-lagu yang layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-27.