Surah Al-Mumtahanah
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Mumtahanah (Arab: سورة الممتحنة ) ialah surah ke-60 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 13 ayat. Dinamakan Al Mumtahanah yang bererti Wanita yang diuji di ambil dari kata "Famtahinuuhunna" yang bererti maka ujilah mereka, yang terdapat pada ayat 10 surat ini.
Sejarah pewahyuan
[sunting | sunting sumber]Menurut ajaran Islam, surah al-Mumtahanah ialah surah Madaniyah, iaitu surah yang diwahyukan selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah. Menurut The Study Quran, pewahyuan ini kemungkinan berlaku pasa satu ketika selepas tahun ke-6 selepas hijrah (H) atau 628M. Menurut beberapa pengulas, ayat pertama diwahyukan ketika pembukaan Kota Mekah pada 8H (Januari 630M).[1]
Kronologi Mesir tradisional meletak surah ini sebagai surah yang ke-91 mengikut susunan pewahyuan (selepas Surah At-Tur), manakala Nöldeke Chronology (oleh orientalis Theodor Nöldeke) meletak surah ini sebagai surah yang ke-110.[2]
Isi kandungan
[sunting | sunting sumber]Hukum-hukum
[sunting | sunting sumber]- Larangan mengadakan hubungan persahabatan dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam, sedang dengan orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam boleh mengadakan persahabatan
- Hukum perkawinan bagi orang-orang yang pindah agama
Kisah-kisah
[sunting | sunting sumber]- Kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama kaumnya sebagai contoh dan teladan bagi orang-orang mukmin
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The Study Quran, m/s. 1358.
- ^ Ernst 2011, m/s. 40.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]
Surah Sebelumnya: Surah Al-Hasyr |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah As-Saff |
Surah 60 |