Teleteks
Teleteks (juga dikenali sebagai teleteks penyiaran) adalah sistem penyampaian maklumat sehala yang sistem pemancarannya dengan menggunakan garis televisyen yang tidak dimanfaatkan dalam penghantaran isyarat imej dan isyarat suara. Isyarat-isyarat teleteks ini ditekankan pada isyarat gambar televisyen dalam bentuk digital, memproses maklumat tersebut dan memaparkan secara grafik di atas skrin. Kandungan yang boleh disediakan melalui teleteks termasuk berita, ramalan cuaca dan maklumat olahraga, harga saham, tinjauan acara, serta teks atau sarikata keterangan adegan untuk orang-orang kurang upaya pendengaran. Biasanya boleh dipaparkan pada saluran 888 atau 777.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Singapura menjadi negara Asia dan Nusantara pertama mengaplikasikan teknologi ini melalui pelancaran khidmat SBCText kelolaan Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) di saluran-saluran SBC5 dan SBC8 pada 1 April 1983. Malaysia memulakan perkhidmatan teleteks Beriteks sendiri berasaskan format Ceefax dikembangkan Perbadanan Penyiaran British di saluran TV3 pada Januari 1985; ia dikelolakan New Straits Times[1] setiap hari dari pukul 4:20 petang hingga 5:20 petang[2] sebelum dilanjutkan kepada saluran-saluran Radio Televisyen Malaysia pertengahan tahun sama.
Di Indonesia pula, Rajawali Citra Televisi Indonesia menpelopori teknologi ini dalam penyiaran negara tersebut dengan kerja sama PT Amcol Graha selaku wakil syarikat Sony di Indonesia saat itu, khidmat ini dilancarkan pada April 1994. Televisi Republik Indonesia juga melancarkan teleteks TVRI-Text pada Ogos tahun sama dengan sokongan teknikal dari PT Pilar Kumalajaya.[3][4] Kedua-dua perkhidmatan ini diduga sudah tidak beroperasi selewat tahun 2002.[5] BeritaSatu juga pernah memberikan layanan teleteks digital pada pengguna HomeCable (kini First Media).[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ D'Rose, Pat (11 Julai 1985). "Those with SBCText decoders can soon tune in to Beriteks". Singapore Monitor. m/s. 6 – melalui NewspaperSG.
- ^ Meor Zailan Sulaiman (1992). "The emergence of commercial television in Malaysia and its performance during the early period of its existence". Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication. Universiti Kebangsaan Malaysia (8): 103–115. ISSN 0128-1496.
- ^ Kompas, 5 Juni 1994, disarikan dari MrRyanBandung (2012). "Teletext, Kiat Baru Menjual TV Tahun 1994". Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ "Mau Diskon? Tekanlah Tombol TXT". Tempo. 28 Mei 1994. Dicapai pada 14 Ogos 2021.
- ^ a b "BeritaSatu teletext". 2015. Dicapai pada 14 Ogos 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Broadcast Teletext Specification, September 1976 Diarkibkan 2009-07-01 di Wayback Machine (scanned copy of original document, MS-Word and Postscript files)
- [1]
- History of Teletext
- History of Ceefax
- Timeline of Telecommunications, with some entries on teletext Diarkibkan 2006-09-24 di Wayback Machine
- Teletext Decoder Certification Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
- Dutch Teletext Diarkibkan 2009-08-27 di Wayback Machine
- [2][pautan mati kekal]