Tembok Api Besar China
Tembok Api Besar China (Cina ringkas: 防火长城 ; Cina tradisional: 防火長城 ; pinyin: Fánghuǒ Chángchéng) ialah suatu sistem gabungan undang-undang dan teknologi yang dikuatkuasakan di Republik Rakyat China bertujuan mengawal kemasukan maklumat Internet dalam negara tersebut seperti mana peranan Tembok Besar China pada ketika dahulu - melalui pengharaman dan pengehadan fungsi laman web tertentu[1] agar mengikut undang-undang yang ditetapkan pemerintah China.[2][3] Penapisan ini turut mengesan terhadap pengembangan ekonomi internet dalam negeri China dengan menunjang syarikat-syarikat domestik [4] serta mengurangi keefektifan produk-produk dibawa syarikat-syarikat internet luar negara.[5]
Konsep ini pertama kali dicanangkan oleh Geremie Barmé, seorang pakar budaya Cina dan pemikir dari Australia pada tahun 1997.[6][7]
Kandungan yang diharamkan sistem
[sunting | sunting sumber]Kandungan web yang ditapis antaranya:
- Laman-laman yang dipunyai kumpulan dan persatuan yang diharamkan pemerintah China seperti aktivis pro-demokrasi dan Falun Gong
- Sumber berita yang merangkumi topik yang dianggap lmenyebarkan fitnah" terhadap China, seperti keganasan polis, bantahan Dataran Tiananmen 1989, kebebasan bersuara dan demokrasi.[8]
- Laman-laman yang berkaitan dengan pemerintah dan pertubuhan yang datang dari Taiwan termasuk laman komuniti dan blog.
- Kandungan yang dianggap lucah seperti pornografi
- Laman yang berkaitan dengan kegiatan kongsi gelap
- Laman yang berkaitan dengan Dalai Lama dan ajaran-ajarannya.
- Laman web lain yang dianggap subversif
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mozur, Paul (13 September 2015). "Baidu and CloudFlare Boost Users Over China's Great Firewall". The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Mozur, Paul; Goel, Vindu (5 Oktober 2014). "To Reach China, LinkedIn Plays by Local Rules". The New York Times.
- ^ Branigan, Tania (28 Jun 2012). "New York Times launches website in Chinese language". The Guardian.
- ^ Denyer, Simon (23 May 2016). "China's scary lesson to the world: Censoring the Internet works". The Washington Post. Dicapai pada 5 September 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWaPo2017
- ^ Lanfranco, Edward (September 9, 2005). "The China Yahoo! welcome: You've got Jail!". UPI (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Barme, Geremie R.; Ye, Sang (6 January 1997). "The Great Firewall of China". Wired. Dicapai pada 29 December 2015.
- ^ Marquand, Robert (24 Februari 2006). "China's media censorship rattling world image". The Christian Science Monitor. Dicapai pada 22 Mei 2011.