Pergi ke kandungan

Trias Akhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trias Akhir/Atas
~237 – 201.4 ± 0.2 Ma
Kronologi
Etimologi
Nama kronostratigrafiTrias Atas
Nama geokronologiTrias Akhir
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP amonit Daxatina canadensis
Sempadan bawah GSSPPrati di Stuores, Dolomites, Itali
46°31′37″N 11°55′49″E / 46.5269°N 11.9303°E / 46.5269; 11.9303
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2008[1]
Takrif sempadan atasDKP amonit Psiloceras spelae tirolicum
Sempadan atas GSSPKeratan Kuhjoch, Pergunungan Karwendel, Northern Calcareous Alps, Austria
47°29′02″N 11°31′50″E / 47.4839°N 11.5306°E / 47.4839; 11.5306
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2010[2]

Trias Akhir ialah nama untuk epok ketiga dan terakhir pada Tempoh Trias dalam skala masa geologi, menjangkau masa antara 237 Ma dan 201.4 jtd (juta tahun dahulu). Ia didahului oleh Epok Trias Tengah dan diikuti oleh Epok Jura Awal. Siri lapisan dasar batu yang berpadanan dikenali sebagai Trias Atas. Trias Akhir terbahagi kepada usia Karnian, Norian dan Rhaetian.

Banyak dinosaur terawal berkembang semasa epok Trias Akhir, termasuklah Plateosaurus, Coelophysis, Herrerasaurus, dan Eoraptor. Peristiwa kepupusan Trias-Jura bermula pada zaman ini dan merupakan salah satu daripada lima peristiwa kepupusan besar-besaran yang terhebat di Bumi.[3]

Kehidupan pada Trias Akhir

[sunting | sunting sumber]

Berikutan peristiwa kepupusan Perm-Trias, organisma yang masih hidup mengalami pempelbagaian. Di darat, haiwan dalam klad archosauriformes terutamanya dinosaur menjadi komponen fauna yang penting sewaktu epok Trias Akhir. Ikan bertulang juga mengalami pempelbagaian dalam persekitaran akuatik, terutamanya Neopterygii yang merupakan kumpulan melibatkan hampir semua spesies ikan moden. Di kalangan ikan neopterygii, teleost kumpulan stem dan Pycnodontiformes yang kini telah pupus menjadi lebih banyak sewaktu epok Trias Akhir.[4]

Usia Karnian

[sunting | sunting sumber]

Usia Karnian merupakan usia pertama pada epok Trias Akhir, meliputi selang masa dari 237 hingga 227 juta tahun dahulu. [5] Dinosaur benar yang terawal mungkin muncul semasa usia Karnian dan dengan cepatnya mempelbagaikan spesies.[6][7] Dinosaur ini muncul dalam dunia yang sedang dikuasai oleh arkosaur krurotarsan (yakni leluhur buaya), fitosaur pemangsa, aetosaur herbivor yang berkulit keras, dan rauisukian yang merupakan karnivor gergasi, dan secara beransur-ansur mula digantikan oleh dinosaur.[8]

Kemunculan dinosaur pertama datang pada masa yang sama dengan episod pluvial Karnian, sekitar 234 hingga 232 jtd. Tempoh masa ini merupakan adalah tempoh masa yang lembap pada zaman Trias yang secara umumnya kering. Ia ditandai dengan kadar kepupusan yang tinggi pada organisma marin, tetapi mungkin telah membuka ceruk untuk percambahan spesies dinosaur.[9][10]

Usia Norian

[sunting | sunting sumber]

Usia Norian merupakan usia kedua tempoh Trias Akhir, meliputi selang masa kira-kira 227 hingga 208.5 juta tahun dahulu.[5] Pada usia ini, sauropodomorfa herbivor telah mempelbagaikan spesiesnya dan mula menggantikan terapsida herbivor besar, mungkin kerana sauropodomorfa lebih mampu menyesuaikan diri dengan iklim yang semakin kering.[11] Walau bagaimanapun, krurotarsan terus menduduki lebih banyak ceruk ekologi berbanding dinosaur.[8] Di lautan, ikan neopterigii membiak dengan mengorbankan amonit seratitid.[12]

Peristiwa impak Manicouagan berlaku sekitar 214 juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, tiada peristiwa kepupusan dikaitkan dengan impak meteor tersebut.[13][14]

Usia Rhaetian

[sunting | sunting sumber]

Usia Rhaetian merupakan usia terakhir selepas Usia Norian[5] pada epok Trias Akhir, dan ia melibatkan kepupusan besar kehidupan yang terakhir sehingga berlakunya kepupusan besar-besaran pada akhir tempoh Kapur. Usia ini terkenal dengan kepupusan reptilia marin, seperti notosaur dan syastasaur dengan iktiosaur, yang mirip dengan ikan lumba-lumba pada hari ini. Zaman ini telah disimpulkan dengan kehilangan banyak spesies yang memakan jenis plankton dari lautan, serta beberapa organisma yang terkenal dengan pembinaan terumbu, dan konodon pelagik. Tambahan pula kepada spesies yang telah pupus ini, nautiloid bercangkang lurus, plakodonta, bivalvia dan banyak jenis reptilia lain tidak dapat bertahan mengharungi zaman ini.

  1. ^ Mietto, Paolo; Manfrin, Stefano; Preto, Nereo; Rigo, Manuel; Roghi, Guido; Furin, Stefano; Gianolla, Piero; Posenato, Renato; Muttoni, Giovanni; Nicora, Alda; Buratti, Nicoletta; Cirilli, Simonetta; Spötl, Christoph; Ramezani, Jahandar; Bowring, Samuel (September 2012). "The Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP) of the Carnian Stage (Late Triassic) at Prati Di Stuores/Stuores Wiesen Section (Southern Alps, NE Italy)" (PDF). Episodes. 35 (3): 414–430. doi:10.18814/epiiugs/2012/v35i3/003. Dicapai pada 13 December 2020.
  2. ^ Hillebrandt, A.v.; Krystyn, L.; Kürschner, W.M.; Bonis, N.R.; Ruhl, M.; Richoz, S.; Schobben, M. A. N.; Urlichs, M.; Bown, P.R.; Kment, K.; McRoberts, C.A.; Simms, M.; Tomãsových, A (September 2013). "The Global Stratotype Sections and Point (GSSP) for the base of the Jurassic System at Kuhjoch (Karwendel Mountains, Northern Calcareous Alps, Tyrol, Austria)". Episodes. 36 (3): 162–198. CiteSeerX 10.1.1.736.9905. doi:10.18814/epiiugs/2013/v36i3/001. S2CID 128552062.
  3. ^ Blackburn, Terrence J.; Olsen, Paul E.; Bowring, Samuel A.; McLean, Noah M.; Kent, Dennis V; Puffer, John; McHone, Greg; Rasbury, Troy; Et-Touhami7, Mohammed (2013). "Zircon U-Pb Geochronology Links the End-Triassic Extinction with the Central Atlantic Magmatic Province" (PDF). Science. 340 (6135): 941–945. Bibcode:2013Sci...340..941B. CiteSeerX 10.1.1.1019.4042. doi:10.1126/science.1234204. PMID 23519213.
  4. ^ Romano, Carlo; Koot, Martha B.; Kogan, Ilja; Brayard, Arnaud; Minikh, Alla V.; Brinkmann, Winand; Bucher, Hugo; Kriwet, Jürgen (February 2016). "Permian-Triassic Osteichthyes (bony fishes): diversity dynamics and body size evolution". Biological Reviews. 91 (1): 106–147. doi:10.1111/brv.12161. PMID 25431138.
  5. ^ a b c Ogg, Ogg & Gradstein 2016.
  6. ^ Alcober, Oscar A.; Martinez, Ricardo N. (2010). "A new herrerasaurid (Dinosauria, Saurischia) from the Upper Triassic Ischigualasto Formation of northwestern Argentina". ZooKeys. Sofia: Pensoft Publishers (63): 55–81. doi:10.3897/zookeys.63.550. ISSN 1313-2989. PMC 3088398. PMID 21594020.
  7. ^ Langer, Max C.; Ramezani, Jahandar; Da Rosa, Átila A.S. (May 2018). "U-Pb age constraints on dinosaur rise from south Brazil". Gondwana Research. Amsterdam: Elsevier. 57: 133–140. Bibcode:2018GondR..57..133L. doi:10.1016/j.gr.2018.01.005. ISSN 1342-937X.
  8. ^ a b Brusatte, Stephen L.; Benton, Michael J.; Ruta, Marcello; Lloyd, Graeme T. (2008). "Superiority, Competition, and Opportunism in the Evolutionary Radiation of Dinosaurs" (PDF). Science. Washington, D.C.: American Association for the Advancement of Science. 321 (5895): 1485–1488. Bibcode:2008Sci...321.1485B. doi:10.1126/science.1161833. ISSN 0036-8075. PMID 18787166. Dicapai pada October 22, 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "BrusatteEtal2008" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ Simms, M. J.; Ruffell, A. H. (1989). "Synchroneity of climatic change and extinctions in the Late Triassic". Geology. 17 (3): 265–268. doi:10.1130/0091-7613(1989)017<0265:soccae>2.3.co;2.
  10. ^ Furin, S.; Preto, N.; Rigo, M.; Roghi, G.; Gianolla, P.; Crowley, J.L.; Bowring, S.A. (2006). "High-precision U-Pb zircon age from the Triassic of Italy: Implications for the Triassic time scale and the Carnian origin of calcareous nanoplankton, lepidosaurs, and dinosaurs". Geology. 34 (12): 1009–1012. doi:10.1130/g22967a.1.
  11. ^ Olsen, P.E.; Schneider, V.; Sues, H.-D.; Peyer, K.M.; Carter, J.G. (2001). "Biotic provinciality of the Late Triassic equatorial humid zone". Geological Society of America, Abstracts with Programs. 33: A-27.
  12. ^ Teichert, Curt (22 October 2013). "Main Features of Cehalopod Evolution". Dalam Clarke, M.R.; Trueman, E.R. (penyunting). Paleontology and Neontology of Cephalopods. 12. Academic Press, Harcourt Brace Jovanovich. m/s. 1988. ISBN 9781483275529. Dicapai pada 23 November 2021.
  13. ^ Hodych, J.P.; G.R.Dunning (1992). "Did the Manicouagan impact trigger end-of-Triassic mass extinction?". Geology. 20 (1): 51.54. Bibcode:1992Geo....20...51H. doi:10.1130/0091-7613(1992)020<0051:DTMITE>2.3.CO;2.
  14. ^ Ramezani, J., S. A. Bowring, M. S. Pringle, F. D. Winslow, III, and E. T. Rasbury (2005).

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]