Wikipedia:Gambar pilihan/2016
Minggu 1 2016
[sunting sumber]
Kuchipudi ialah sejenis tarian India klasik yang berasal dari Andhra Pradesh, India. Berdasarkan legenda, seorang anak yatim bernama Siddhendra Yogi telah mencipta tradisi drama-tarian pada kurun ke-7. Persembahan akan dimulai dengan upacara pentas, diikuti dengan pengenalan oleh setiap watak yang memperkenalkan diri dengan selingan nyanyian dan tarian. Augustus Binu; disunting: Chris Woodrich
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 2 2016
[sunting sumber]
Tupai merah atau Tupai merah Eurasia (Sciurus vulgaris) ialah satu spesis tupai pokok daripada genus Sciurus yang boleh didapati di seluruh Eurasia. Tupai merah ialah seekor haiwan pengerat arboreal dalam kategori omnivor. Peter Trimming
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 3 2016
[sunting sumber]
Origami modular atau origami unit ialah satu teknik lipatan kertas yang menggunakan dua atau lebih helaian kertas untuk membentuk sebuah struktur yang lebih besar dan kompleks berbanding teknik origami biasa. Setiap helaian kertas dilipat menjadi sebuah modul, atau unit dan kemudian dipasang menjadi bentuk integrasi mendatar atau struktur 3-dimensi dengan memasukan hujung unit ke dalam poket.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 4 2016
[sunting sumber]
Spullersee ialah sebuah tasik buatan yang terletak di tanah tinggi Vorarlberg, Dalaas, Austria. Ia dibina antara tahun 1919 hingga 1925 oleh Kereta Api Persekutuan Austria bagi tujuan menjana tenaga elektrik untuk projek kereta api Arlberg.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 5 2016
[sunting sumber]
Pengawal Swiss (Latin: Custodes Helvetici; Itali: Guardie Svizzere) merupakan pasukan tentera Swiss yang berkhidmat sebagai pengawal, pasukan istiadat dan penjaga istana sejak abad ke-15 lagi. Kini, Pengawal Swiss hanya boleh didapati di negara Kota Vatikan dengan gelaran Pengawal Swiss Paus.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 6 2016
[sunting sumber]Fail sudah dipadam |
Ikan badut (Inggeris: Clown fish) merupakan spesies ikan yang berasal dari lautan berhawa panas seperti Lautan Hindi dan Pasifik termasuk Terumbu Karang Besar dan Laut Merah. Sehingga kini terdapat 30 spesies yang telah dikenal pasti. Bergantung kepada spesies, ikan badut boleh didapati dalam warna kuning, jingga, kemerah-merahan dengan belang atau tompokan putih.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 7 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 8 2016
[sunting sumber]
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai panduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Thegreenj, Jorge Barrios
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 9 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 10 2016
[sunting sumber]
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai panduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Thegreenj, Jorge Barrios
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 11 2016
[sunting sumber]
Hong Kong ialah sebuah wilayah pentadbiran khas di dalam Republik Rakyat China. Hong Kong ialah sebuah kota metropolitan global dan pusat kewangan yang sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem", ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan. Hong Kong mempunyai sistem mata wang, perundangan, politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas yang berasingan dan berbeza dengan dengan Tanah Besar China.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 12 2016
[sunting sumber]
Kangaroo ialah sejenis marsupial yang berasal dari Australia. Ia dikelaskan dalam keluarga Macropodidae yang termasuk spesies Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop, dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 13 2016
[sunting sumber]
Zuhal merupakan planet yang keenam terjauh dari Matahari dan planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal, Musytari, Uranus dan Neptun dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 14 2016
[sunting sumber]
Thomas Alva Edison (11 Februari 1847 – 18 Oktober 1931) ialah seorang pencipta dan usahawan yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau digelar Yang Pintar dari Taman Menlo. Thomas adalah antara pencipta terawal yang menggunakan sistem pengeluaran besar-besaran dalam perindustrian.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 15 2016
[sunting sumber]Fail sudah dipadam |
Menara Kuwait merujuk kepada tiga buah menara berstruktur konkrit yang terletak di Bandar Kuwait. Menara ini berfungsi sebagai tempat simpanan air utama bagi Bandar Kuwait. Keseluruhan menara mampu menyimpan kira-kira 4,500 meter padu air.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 16 2016
[sunting sumber]
Stesen minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijualialah petrol atau diesel. Stesen minyak juga dilengkapi dengan kemudahan untuk mengisi udara bagi tayar kenderaan.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 17 2016
[sunting sumber]
Stesen minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijualialah petrol atau diesel. Stesen minyak juga dilengkapi dengan kemudahan untuk mengisi udara bagi tayar kenderaan.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 18 2016
[sunting sumber]
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari lantas menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat dengan bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 19 2016
[sunting sumber]
'Dolar Jepun' merujuk kepada mata wang yang dikeluarkan oleh empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara tahun 1942 hingga 1945. Ia juga dikeluarkan Burma, Hindia Timur Belanda dan Filipina. Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dikenali sebagai "duit pisang" merujuk kepada motif pokok pisang yang terdapat pada wang kertas 10 dolarnya. Dolar Jepun kini hanya boleh ditemui di muzium dan pengumpul mata wang persendirian.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 20 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 21 2016
[sunting sumber]
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi orang Melayu. Ia juga boleh didapati di Singapura, Indonesia dan Brunei. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 22 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 23 2016
[sunting sumber]
Kamera dipercayai dicipta oleh oleh seorang ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham pada tahun 1015-1021. Ia dikembangkan lagi oleh dua orang saintis berbangsa Inggeris iaitu Robert Boyle dan Robert Hooke. Kamera ialah sebuah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (dikenali sebagai filem atau video).
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 24 2016
[sunting sumber]
Masjid Bandar Kota Kinabalu ialah masjid kedua terbesar di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, selepas Masjid Negeri di Sembulan. Pembinaan masjid bermula pada tahun 1989, dan selepas beberapa kali terbelangkai, masjid ini akhirnya dibuka pada tahun 2000 dan mendapat gelaran "Masjid Terapung" kerana dibina di atas tasik buatan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 12,000 orang jemaah.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 25 2016
[sunting sumber]
Pholiota malicola ialah spesies kulat dalam famili Strophariaceae. Pada mulanya ia dipanggil Flammula malicola oleh ahli mikologi Calvin Henry Kauffman. Pada tahun 1934, ia dipindahkan kepada genus Pholiota oleh Alexander H. Smith. Kulat ini boleh ditemui di Amerika Utara dan Australia.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 26 2016
[sunting sumber]
Kapal Perang Yamato (大和) ialah sebuah kapal perang pertama dibina daripada kelas Yamato. Bersama-sama dengan kapal kembarnya, Musashi, Yamato ialah kapal terbesar dan terberat yang pernah dibina untuk Tentera Laut Empayar Jepun. Beratnya 72,802 tan pada muatan penuh. Kapal ini membawa persenjataan terberat yang pernah dipasang pada sebuah kapal perang iaitu sembilan laras meriam bersaiz 460 mm (18.1 inci).
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 27 2016
[sunting sumber]
Topeng gas ialah sejenis topeng yang digunakan untuk melindungi pengguna daripada menyedut udara tercemar dan gas toksik. Ia memberi perlindungan kedap kepada hidung dan mulut pengguna. Kebanyakan topeng gas juga merupakan sebuah alat pernafasan. Topeng gas tidak memberi perlindungan daripada jenis gas yang boleh meresap melalui kulit. Gambar: Nikodem Nijaki
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 28 2016
[sunting sumber]
Lewis Hamilton ialah salah seorang pemandu kereta lumba Formula Satu yang berasal dari United Kingdom. Beliau kini memandu untuk pasukan Mercedes AMG. Foto memaparkan aksi beliau ketika sedang memandu jentera Mercedes pada tahun 2013.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 29 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 30 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 31 2016
[sunting sumber]
Pulau Liberty ialah sebuah pulau yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan yang terletak di Hulu Teluk New York, Amerika Syarikat. Ia terkenal kerana menempatkan Patung Liberty. Meskipun dikelilingi oleh air di Jersey City, New Jersey, pulau ini merupakan sebuah exclave bagi Kota New York borough Manhattan. Setelah sekian lama dikenali sebaggai Pulau Bedloe, Pulau Liberty kemudian dinamakan semula selepas persidangan Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1956.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 32 2016
[sunting sumber]
Katak air Epirus (Pelophylax epeiroticus) ialah satu spesies katak daripada keluarga Ranidae. Ia boleh didapati di barat Greece, termasuk Corfu, dan kawasan selatan Albania. Spesies ini ditangkap dari habitat liar untuk dijadikan makanan oleh manusia.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 33 2016
[sunting sumber]
Bahagian dalam Aya Sophia pada tahun 1852 semasa ia dikenali sebagai Masjid Ayasofya. Bangunan ini dibina untuk dijadikan sebagai sebuah gereja Ortodoks Timur bermula pada tahun 537 AD sehingga kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 (kecuali antara tahun 1204 hingga 1261 bila mana ia ditukarkan oleh para salibi dalam Perang Salib ke-4 kepada katedral Katolik Rom). Hagia Sophia ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmed II dari Uthmaniyyah Turki dan digunakan selama hampir 500 tahun. Aya Sophia terkenal dengan kubah besarnya dan dianggap sebagai kemuncak seni bina Byzantine dan mempengaruhi banyak reka bentuk masjid di Istanbul. Kerja seni: Gaspare Fossati; Lithograf: Louis Haghe; Pemuliharaan: Adam Cuerden
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 34 2016
[sunting sumber]
Burung Murai Batu (Copsychus malabaricus) ialah sejenis burung passerine kecil daripada keluarga Muscicapidae. Ia boleh ditemui di habitat bertumbuhan di India dan Asia Tenggara. Murai Batu terkenal dijadikan burung sangkar kerana kemerduan bunyi siulannya. Spesies ini memakan serangga di habitat liar.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 35 2016
[sunting sumber]
Teratai (Nelumbo nucifera) ialah sejenis tumbuhan akuatik dalam genus Nelumbo. Ia menyerupai bunga telepok. Biji teratai boleh dimakan. Teratai berasal dari Asia. Ia banyak ditanam dan digunakan dalam perubatan dan masakan Cina. Teratai merupakan bunga rasmi bagi negara India, Mesir dan Vietnam. Hong Zhang (jennyzhh2008)
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 36 2016
[sunting sumber]
De Adriaan ialah sebuah kincir angin yang terletak di Belanda. Ia musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1932 dan siap dibina semula pada tahun 2002. Kincir angin asal telah dibina pada tahun 1779 dan menjadi mercu tanda bandar Haarlem selama berkurun-kurun.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 37 2016
[sunting sumber]
Itik Belibis (Dendrocygna javanica) ialah satu spesies itik siul yang membiak di Benua Kecil India dan Asia Tenggara. Ia merupakan haiwan yang mencari makan pada waktu malam dan semasa siang mungkin boleh ditemui dalam kawanan di sekitar tasik atau sawah padi. Ia boleh bertenggek di atas dahan pokok dan kadangkala membuat sarang di dalam lubang pokok. Foto: JJ Harrison
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 38 2016
[sunting sumber]
Giralda ialah sebuah menara jam setinggi 104.5 m (343 ka) yang terletak di Katedral Seville, Seville, Andalusia, Sepanyol. Ia asalnya dibina sebagai sebuah menara pada tahun 1198, apabila Seville di bawah pemerintahan Khilafah Almohad. Selepas kota ini ditakluk oleh Kristian semasa Reconquista, masjid bandar ini diubah menjadi sebuah gereja. Bahagian atas ketiga struktur ini disiapkan semasa Renaissance Sepanyol. Foto David Iliff
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 39 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 40 2016
[sunting sumber]
Koma-koma (Crocus sativus) atau lebih dikenali dengan nama safron merupakan sejenis rempah berasal dari Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Herba yang digelar "Emas Padang Pasir" merupakan antara rempah yang termahal di dunia. Selain terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya, warnanya yang menarik serta baunya yang harum menjadikannya digunakan dengan meluas dalam masakan, kecantikan dan perubatan.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 41 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 42 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 43 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 44 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 45 2016
[sunting sumber]
Pemandu kereta pasukan Formula 1 Mercedes-AMG PETRONAS yang berasal dari Britain, Lewis Hamilton berlumba dalam litar basah di Grand Prix Monaco 2016. Beliau berjaya memenangi perlumbaan ini meskipun tidak pernah menang di litar ini sebelumnya. Foto: Andrew Locking
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 46 2016
[sunting sumber]
Kapal mohor merah (朱印船 Shuinsen) ialah sejenis kapal layar dagang bersenjata Jepun yang dilesenkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Antara tahun 1600 sehingga 1635, lebih daripada 350 buah kapal Jepun telah berdagang ke luar negara melalui sistem kebenaran untuk berdagang ini. Perdagangan yang menggunakan kapal ini digunakan untuk berlayar ke pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Dimuat naik: AMorozov
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 47 2016
[sunting sumber]
Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca buruk. Ia mungkin ditandai dengan angin kencang, guruh dan kilat (ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (hujan batu), atau angin yang membawa lain-lain zarah melalui atmosfera (seperti ribut pasir dan ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara. Foto: Maxime Raynal (Perancis)
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 48 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 49 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 50 2016
[sunting sumber]
Stari Most atau "Jambatan Lama" merupakan sebuah jambatan yang dibina oleh Uthmaniyyah pada kurun ke-16 di bandar Mostar, Bosnia and Herzegovina. Ia telah diguanakan selama 427 tahun sebelum dimusnahkan oleh tentera Croat pada 9 November 1993. Stari Most merupakan mercu tanda seni bina Islam Balkan yang terkenal. Ia telah direka oleh Mimar Hayruddin, seorang murid kepada arkitek Uthmaniyyah yang terkenal iaitu Mimar Sinan.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Minggu 51 2016
[sunting sumber]- Belum dicalonkan
Minggu 52 2016
[sunting sumber]
Pemujaan Para Gembala, kadang-kala juga masih dikenali sebagai Kelahiran Allendale, sempena nama bekas pemilik, merupakan sebuah lukisan yang dihasilkan oleh pelukis oleh Zaman Pembaharuan Itali, Giorgione. Ia telah disiapkan pada tahun 1505 hingga 1510. Lukisan minyak atas papan ini disimpan dan dipaparkan di Galeri Seni Kebangsaan, Washington, DC, Amerika Syarikat. Pelukis: Giorgione
Gambar pilihan sebelum ini:
|